Merancang Untuk Hamil Ini Waktu Sesuai Makan Asid Folik Baru Mudah Lekat


Asid folik adalah suplemen vitamin B yang digunakan untuk mencegah kecacatan tiub saraf semasa kehamilan. Tetapi adakah waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam?
Ketahui cara selamat dan betul untuk mengambilnya.

Apa itu asid folik?
Sebelum mengetahui waktu sesuai makan folic acid, jom kita fahami secara ringkas mengenai suplemen ini.
Asid folik merupakan bentuk folat sintetik – buatan manusia. Folat adalah sejenis vitamin B.
Folat diperlukan oleh setiap individu. Tetapi bagi ibu hamil, ia menjadi amat penting kerana peranannya dalam mencegah keabnormalan kelahiran.
Asid folik bersifat larut air, yang membolehkan tubuh memetabolismekannya dengan cepat.
Keperluan harian individu dewasa untuk asid folik adalah 400 mikrogram (mcg). Ia akan meningkat kepada 600 mcg semasa mengandung dan kemudiannya berkurangan kepada 500 mcg bagi ibu menyusu.
Asid folik vs folat
Asid folik adalah bentuk folat yang dihasilkan – vitamin B penting yang boleh didapati secara semula jadi.
Selain suplemen, sumber vitamin B lain adalah seperti makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi.
Terdapat pelbagai makanan lain termasuklah bayam, avokado dan pisang, turut mengandungi folat – bentuk semula jadi vitamin ini.
Waktu sesuai makan folic acid: Fahami manfaatnya
Asid folik membantu badan membuat sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Individu yang tidak mendapat asid folik mencukupi berisiko mengalami keadaan yang disebut sebagai anemia kekurangan folat.
Ia bermaksud tubuh tidak berupaya menghasilkan sel darah merah mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kemerosotan ini boleh menjejaskan banyak aspek kesihatan, termasuklah fungsi organ.
Semasa mengandung, tubuh memerlukan lebih banyak asid folik kerana ia turut memainkan peranan penting dalam membantu janin membesar dan berkembang.
Salah satu peranannya yang penting adalah untuk mencegah kecacatan tiub saraf, termasuklah spina bifida dan anencephaly.
Spina bifida adalah keadaan di mana tulang saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan pelbagai kecacatan yang boleh menjejaskan pembangunan, mobiliti dan kesihatan keseluruhan.
Bayi dengan anencephaly pula sama ada tiada otaknya tidak berkembang atau perkembangan yang sangat sedikit. Dalam kebanyakan kes, anencephaly boleh membawa maut – sama ada di dalam rahim atau sejurus selepas kelahiran.
Sering kali kesemua kecacatan ini berisiko terjadi semasa 28 hari pertama kehamilan – biasanya sebelum seseorang wanita itu mengetahui dirinya hamil.
Waktu sesuai makan folic acid
Mana-mana wanita yang ingin merancang untuk mengandung harus mula mengambil suplemen asid folik sebelum kehamilan berlaku.
Waktu sesuai makan folic acid adalah semasa mencuba untuk mengandung – sebaik-baiknya 3 bulan sebelum dan 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana kecacatan tiub neural berisiko tinggi terjadi pada peringkat awal perkembangan janin.
Dos biasa bagi mereka yang ingin mengandung dan wanita hamil di usia 12 minggu pertama ialah 400 mcg dan perlu diambil sehari sekali.
Jika anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan kecacatan tiub saraf, doktor akan mengesyorkan peningkatan dos sebanyak 5mg, diambil sekali sehari.
Ada juga pakar yang menyarankan ibu mengandung meningkatkan pengambilan asid folik kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Secara amnya, tiada waktu khusus bagi pengambilan asid folik ini. Walau bagaimanapun, tabiat seperti mengambil vitamin pranatal setiap pagi bersama sarapan, boleh memudahkan anda mengingati pengambilan asid folik ini.
Waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam? Ini jawapannya…
Jika perlu mengambil asid folik setiap hari, anda disyorkan memakannya pada waktu yang sama – sama ada pada waktu pagi atau waktu petang Ambil tablet asid folik dengan segelas air Suplemen asid folik ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan Jika terlupa mengambil dos harian, ambil ia sebaik sahaja teringat mengenainya. Tetapi jangan sekali-kali mengambil 2 dos untuk menggantikan yang terlupa Jika pengambilan asid folik jenis cecair, ia akan disertakan dengan picagari atau sudu plastik untuk membantu mengukur dos yang betul. Sekiranya tiada, dapatkan daripada ahli farmasi. Jangan guna sudu kecil dapur kerana ia tidak dapat mengukur jumlah yang betul. Asid folik & kesuburan
Asid folik dapat membantu meningkatkan peluang untuk mengandung dan kekal hamil.
Terdapat kajian telah dilakukan pada tahun 2016, melibatkan 4,000 responden wanita dengan pengambilan asid folik. Hasil keputusan menunjukkan peserta yang mengambil suplemen lebih berkemungkinan untuk hamil.
Di samping itu, asid folik boleh membantu mencegah keguguran disebabkan beberapa keabnormalan kelahiran termasuklah kecacatan tiub saraf.
Kesimpulannya
Asid folik adalah nutrien penting untuk semua tetapi ia menjadi sangat penting semasa kehamilan.
Mereka yang ingin hamil disyorkan untuk berbincang dengan doktor tentang dos dan waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda disarankan merujuk doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Merancang Untuk Hamil? Ini Waktu Sesuai Makan Asid Folik, Baru Mudah Lekat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/merancang-untuk-hamil-ini-waktu-sesuai-makan-asid-folik-baru-mudah-lekat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum 2022 SOP Baru Bersalin di HTAR Klang dan Tips Mudah Bersalin Tengok tajuk ada tips mudah bersalin ye Kemain ye ibu nak share tips mudah bersalin huhu Apa apa pon yang ni based on pengalaman dan pembacaan sis amalkan dan alha...
5 Cara Memasang Gorden Yang Benar Dan Mudah Sesuai Jenis Tirainya

5 Cara Memasang Gorden Yang Benar Dan Mudah Sesuai Jenis Tirainya

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 248 hits
Kuncinya selalu ukur kerangka jendela dengan akurat dan sabar ketika mengaitkan setiap komponen gorden ke penyangganya
Suka Makan Mangga Boleh Cuba 4 Resipi Ini Yang Mudah Sedap

Suka Makan Mangga Boleh Cuba 4 Resipi Ini Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 224 hits
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan Malah rasanya juga tidak mengecewakan enak dengan rasa masam manis Tak percaya ini ada empat menu yang mempunyai campuran mang...
Jom Makan Makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru Di Kota Bharu Kelantan

Jom Makan Makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 670 hits
Jom Makan makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru di Kota Bharu Kelantan Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang cafe yang menjadi tumpuan ramai di Bandar Kota Bharu iaitu Cafe To The Moon Untuk pengetahuan korang C...
12 Tahun Lepas Waktu Baru Mula Niaga Rezeki Mila Jirin Syukur Kini Ada 6 Buah Lori Sendiri

12 Tahun Lepas Waktu Baru Mula Niaga Rezeki Mila Jirin Syukur Kini Ada 6 Buah Lori Sendiri

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 173 hits
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk memiliki lori sendiri akhirnya menjadi kenyataan Menurut Mila dia sebenarnya telah menyimpan hasrat tersebut sejak pertama kali menceburi bidang bisnes sejak l...
Ini Tip Mudah Tak Payah Bagi Hp Masa Di Kedai Makan Anak Jadi Lebih Tenang

Ini Tip Mudah Tak Payah Bagi Hp Masa Di Kedai Makan Anak Jadi Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 200 hits
Perasan tak setiap kali di kedai makan atau ke mana mana tempat gajet dengan anak sukar nak berpisah Jika tak dapat mulalah anak buat drama sehingga ibu bapa pun jadi tak tenang Jadi pilihan terakhir terpaksa jugalah beri gajet untuk pastik...
Jom Makan Di Cafe Baru Tanah Merah Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah

Jom Makan Di Cafe Baru Tanah Merah Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 1102 hits
Jom Makan Di Cafe Baru Tanah Merah Jiwa Kopi Dan Bingsu Tanah Merah Jalan Jalan di Tanah Merah Kelantan tapi tak tahu nak makan dan lepak dekat mana dengan kawan kawan Jom aku kongsikan dengan korang satu lagi cafe baru yang boleh dikunjung...
Kah Kah Kah Ketua Umum Baru Untuk Umum Apa Apa Tanya Lah Si Ketua Umum

Kah Kah Kah Ketua Umum Baru Untuk Umum Apa Apa Tanya Lah Si Ketua Umum

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 147 hits
Ketua umum antara jawatan dicadang kepada Zuraida kata pemimpin PBM June 8 2022 Antara cadangan jawatan bagi Zuraida Kamarudin dalam Parti Bangsa Malaysia adalah jawatan ketua umum PETALING JAYA Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin dicada...
Selidiki Kasus Baru Kpk Periksa Adik Mardani Maming

Selidiki Kasus Baru Kpk Periksa Adik Mardani Maming

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 224 hits
Diduga pemeriksaan terhadap Rois Maming berkaitan dengan kasus yang menyeret Mardani Maming yakni terkait dugaan suap penerbitan Izin Usaha Pertambangan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba