Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Perlu Nak Menyusu Atau Buaian Dari Awal Ajar Lagi Mudah


Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Perlu Nak Menyusu Atau Buaian. Dari Awal Ajar Lagi Mudah! Bagaimana melatih bayi untuk tidur sendiri? Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita, betul? Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya, anak kita mampu di didik untuk tertidur dengan mudah.
Cuba lihat beberapa perkara ini:
1) Bawa anak ke bilik tidur lebih awal
Perkara pertama ini penting. Ia amat penting untuk membiasakan anak dan bayi kita bahawa ini adalah masa untuk mereka tidur. Anda akan merangsang anak anda sedari kecil lagi untuk tidur lebih awal. Rangsangan ini amat berharga kerana persediaan sebelum tidur amat diperlukan oleh anak kecil sebelum mereka mampu untuk tidur.
2) Rutin tidur yang teratur
Ini juga antara perkara paling penting. Langkah yang paling baik ialah mendidik masa untuk anak anda tidur semenjak usia bayi lagi. Ya, bayi memerlukan jangka masa tidur yang lebih lama berbanding dewasa. Tidak sama seperti kita. Cuba latih untuk mereka tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.
3) ‘Bedtime routine’ yang konsisten
Ini juga penting. Bagi anda yang mempunyai anak pada usia kanak-kanak, cuba lakukan aktiviti sebelum tidur yang tenang, damai dan mampu merangsang anak-anak untuk tidur. Ini termasuk bercerita, menyanyi, alunan zikir dan sebagainya mengikut kesesuaian. Ia penting untuk mendidik anak-anak bahawa ketika itu adalah masa untuk mereka mulai tidur.
4) Letak anak anda di atas katil atau tilam ketika mereka mengantuk
Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk terus bermain walaupun mereka sudah kelihatan sangat letih dan mengantuk. Cuba lazimkan dengan meletakkan anak anda di bilik dalam suasana yang sunyi dan tenang sebaik sahaja melihat mereka letih. Secara tidak langsung, kita sedang melatih dan merangsang mereka untuk belajar tidur dengan sendirinya tanpa pengaruh kita.
5) Cuba kurangkan tabiat menyusukan anak sampai tertidur
Ya, ini merupakan antara langkah yang sering kita lihat dan lakukan sendiri. Ianya tidak salah. Cuma, apabila terlalu kerap anda melakukan cara begini, anda tidak akan langsung memberi peluang kepada anak untuk belajar tertidur tanpa pengaruh luar. Sesekali cuba lepaskan susuan apabila melihat anak sudah sangat letih, biarkan mereka tertidur.

Bersabar dan teruskan dengan langkah yang anda lakukan sekarang. Lakukanlah dengan cara yang paling tenang, mudah dan penuh kasih-sayang. Sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti ianya pasti akan mudah buat anak-anak kita.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
LANGKAH MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH ANAK DENGAN BERKESAN

1. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN
Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih – iaitu 2 bahan utama yang memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.
Jika anda mengalami payudara yang bengkak, cubalah mengepam dan memberi anak susu perahan sebagai alternatif buat sementara waktu. Di samping itu, ibu menyusu juga boleh meningkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat agar ia turut dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.
2. MEMPELBAGAIKAN SUMBER SAYURAN & BUAH-BUAHAN
Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.
Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, elakkan penambahan gula berlebihan ya!
3. MENAMBAH BAWANG PUTIH DALAM HIDANGAN
Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam hidangan mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria, membantu menstimulasikan sel pertahanan, dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.
Cubalah tambahkan bawang putih dalam makanan harian seperti bubur nasi, sup ayam, spaghetti, atau garlic bread. Menurut sumber dari KidSpot, seeloknya bawang putih ini dimasukkan pada akhir masakan supaya ia tidak memusnahkan khasiat kebaikan yang disebutkan tadi.
4. MEMATUHI WAKTU TIDUR YANG BAIK
Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Merujuk kepada National Sleep Foundation, 11-14 jam tidur diperlukan bagi anak kecil berusia 1-2 tahun, 11-13 jam tidur bagi anak kecil berusia 3-5 tahun, manakala 9-11 jam tidur diperlukan oleh kanak-kanak berusia 6-13 tahun setiap hari.
Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.
Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.
 
The post Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Perlu Nak Menyusu Atau Buaian. Dari Awal Ajar Lagi Mudah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/latih-anak-tidur-sendiri-tanpa-perlu-nak-menyusu-atau-buaian-dari-awal-ajar-lagi-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 511 hits
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Baru...
Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 462 hits
Bila anak demam kita mulalah susah hati Bukan apa sebab anak susah sangat nak makan ubat Nak paksa kesian pula Sebenarnya ada cara dan langkah terbaik untuk pujuk anak dan cara terbaik untuk beri anak makan ubat adalah dengan cara yang diko...
Nak Capai Target Susukan Anak Hingga Usia Dua Tahun Lakukan Persediaan Ini Dari Awal

Nak Capai Target Susukan Anak Hingga Usia Dua Tahun Lakukan Persediaan Ini Dari Awal

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 400 hits
TIADA MAGIC untuk meneruskan penyusuan susu ibu Banyak perkara perlu tahu dan banyak tindakan perlu dilaksanakan IA BUKAN SEMUDAH SELAK BAJU DAN SUAKAN PADA ANAK Persediaan yang perlu dilakukan sejak dari peringkat kehamilan lagi Ada keperl...
Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 554 hits
Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak Menangis mengamuk dan meronta ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon Pening dibu...
Elak Hiasan Atau Mainan Di Tempat Tidur Anak Boleh Jadi Punca Kematian Mengejut

Elak Hiasan Atau Mainan Di Tempat Tidur Anak Boleh Jadi Punca Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 579 hits
Ramai ibu bapa berbelanja ratusan ringgit membeli dan menghias tempat tidur bayi semata mata nak nampak cantik dan menepati kehendak hati Tapi tindakan ibu bapa jugalah menyumbang kepada perkara yang tak diingini atau dalam bahasa mudahnya ...
Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 510 hits
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B Kerana ketahuilah hidup ini tidak selalunya indah langit tidak selalu cerah Itu semua kita tidak bo...
Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 397 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah dan suami Azwan kombos bersama anaknya Harum Dahlia kelihatan berada di Dhubai Apa yang menariknya Pelakon andainya takdir 2 ini telah berkongsi tip kendali bayi ketika dalam penerbangan Beliau telah berkongsi tip di...
5 Resipi Mudah Yang Anda Boleh Cuba Bersama Anak Cuti Sekolah Ini

5 Resipi Mudah Yang Anda Boleh Cuba Bersama Anak Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 456 hits
Cuti sekolah ini ambil peluang untuk luangkan masa bersama anak dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti memasak Jelita kongsikan 10 resipi mudah yang boleh anda cuba bersama anak cuti sekolah ini Piza Ayam Bahan 1 sudu perasa 1...
Bagaimana Nak Mengetahui Perkembangan Pertuturan Anak Ikut Panduan Pakar Ini

Bagaimana Nak Mengetahui Perkembangan Pertuturan Anak Ikut Panduan Pakar Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 368 hits
Bagaimana nak mengetahui perkembangan pertuturan anak Ikut panduan pakar iniSetiap ibu bapa sudah pasti risaukan tentang perkembangan anak anak Kerisauan juga akan timbul apabila melihat kanak kanak sebaya lain lebih berkembang berbanding a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord