Larangan Pergerakan Peniaga Penjaja Makanan Tambah Nilai Perkhidmatan


Tidak boleh berniaga seperti biasa. Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini, bagaimanapun secara tidak langsung telah mencetuskan idea kepada kalangan peniaga, terutamanya peniaga makanan, untuk menambah nilai perkhidmatan mereka.
Langkah itu yang julung kali diambil oleh kerajaan untuk menangani penularan COVID-19 telah sedikit sebanyak menjejaskan rutin harian mereka, tetapi demi kelangsungan hidup, kalangan pengusaha makanan bersedia menggunakan cara baharu.
Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, yang antara objektif utamanya untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memastikan penjarakan sosial dapat dilakukan, sebenarnya membawa kepada penambahbaikan kepada peniaga mengendalikan operasi mereka.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi kedai makan di ibu kota hari ini mendapati kalangan pemilik kedai terbuka kepada idea untuk melakukan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan, memandangkan orang ramai dilarang menjamu selera di kedai makan.
Noridawati Hassan, 42, yang mengusahakan gerai makanan berlauk berhampiran Istana Budaya di sini tetapi tidak menggunakan khidmat syarikat penghantaran makanan sedia ada seperti GrabFood, FoodPanda dan BungkusIt, berkata dia mengambil langkah menghantar sendiri makanan kepada pelanggan.
“Kami ambil maklum kehendak kerajaan, jadi kami tidak menyediakan kerusi dan meja. Pelanggan tetap kami sudah ambil maklum dengan perkara ini jadi mereka boleh hubungi kami untuk penghantaran makanan terus kepada mereka.
“Perintah ini pun demi keselamatan orang ramai, jadi peniaga harus patuh dan cari alternatif sendiri dalam tempoh sehingga 31 Mac ini,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, turut senada dengan usaha itu, seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Effi, 37, yang baru membuka kedai makan di kawasan Kampung Baru di sini.
Jelasnya, dia akan mempertimbangkan untuk melaksanakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam mendepani perintah itu dengan memperkenalkan menu ringkas yang senang untuk dibungkus.
“Nak tak nak kena akur (dengan perintah itu) sebab kita tak mahu kena denda dan ini melibatkan keselamatan orang awam. Setakat ini, kita masih belum jalankan penghantaran makanan, tapi kami mungkin pertimbangkan ini (penghantaran manakan) dengan menyediakan menu ringkas,” katanya.
Menurut Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac, premis makanan tidak akan ditutup melainkan premis itu menjalankan khidmat pembungkusan makanan dan menggunakan khidmat syarikat penghantaran makanan.
Mewakili suara penjaja dan peniaga pasar malam, Pengerusi Peniaga-peniaga Pasar Malam Kuala Lumpur Abdul Hadi Mustafa bersetuju perintah yang dikeluarkan adalah cara terbaik untuk membendung penularan COVID-19.
Bagaimanapun, beliau mengakui peniaga sepertinya bakal terjejas dari sudut pendapatan mereka berikutan larangan untuk berniaga bagi mengelak orang ramai berada di tempat sama dalam satu masa.
“Dari segi peniaga, kita rasa memang ada kesan ekonomi tapi lebih penting keselamatan kepada orang. Bagi pasar malam, nampaknya agak terjejas, itulah sumber pendapatan mereka jadi apa pun kena akur dengan tindakan kerajaan yang saya rasa paling baik.
“Kalau boleh, bagi setiap peniaga, mereka kena beringat dari awal. Mereka perlu ada simpanan sedikit untuk dua minggu ini bagi kecemasan sebegini. Saya rasa (untuk) makan tak jadi masalah, tapi kalau ada bantuan kerajaan, ini lebih baik,” katanya.
Perdana Menteri, yang mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara, akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak COVID-19 dan perkembangan terkini penularan penyakit itu dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.
Bagi sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010.

Sumber: Bernama
The post Larangan Pergerakan: Peniaga, Penjaja Makanan Tambah Nilai Perkhidmatan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/larangan-pergerakan-peniaga-penjaja-makanan-tambah-nilai-perkhidmatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekatan Pergerakan Prihatin Penjaja Kecil Anwar

Sekatan Pergerakan Prihatin Penjaja Kecil Anwar

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 149 hits
Sekatan perjalanan sehingga berlaku penutupan perniagaan kecil sewajarnya diambil peduli oleh kerajaan kudeta Perikatan Nasional gesa Presiden PKR Anwar Ibrahim Beliau mahu kerajaan segera menyalurkan bantuan kepada golongan yang bergaji ha...
Perintah Kawalan Pergerakan Ini 25 Sektor Perkhidmatan Penting Negara Yang Tidak Ditutup

Perintah Kawalan Pergerakan Ini 25 Sektor Perkhidmatan Penting Negara Yang Tidak Ditutup

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 366 hits
Perintah Kawalan Pergerakan ini 25 sektor perkhidmatan penting negara yang tidak ditutupBerikut antara sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan bermula Rabu hingga 31 Mac depan 1 Air2 Elektrik3 Tenaga4 Telekomunikasi5 P...
Institusi Zakat Digesa Salur Dana Khas Bantu Peniaga Penjaja Kecil

Institusi Zakat Digesa Salur Dana Khas Bantu Peniaga Penjaja Kecil

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 252 hits
Bagi kakitangan awam dan kerajaan atau bekerja dengan GLC atau syarikat disenarai awam memang seronok Boleh cuti dua minggu Duduk rumah pun gaji tetap jalan Mahu tidak seronok 25 haribulan gaji tetap masuk Bagi yang kaya dan berduit macam T...
Petua Tambah Susu Badan Semasa Berpantang Dengan 7 Jenis Makanan Unik

Petua Tambah Susu Badan Semasa Berpantang Dengan 7 Jenis Makanan Unik

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 493 hits
Petua Tambah Susu Badan Semasa Berpantang Dengan 7 Jenis Makanan Unik Saban hari ada saja keluhan dan kerisauan seorang ibu selepas melahirkan bayi mereka Tentu sahaja ia melibatkan soal breast feeding kepada bayi Kebiasaanya ibu yang baru ...
Elak Jangkitan Covid 19 Plus Tutup Operasi Tambah Nilai

Elak Jangkitan Covid 19 Plus Tutup Operasi Tambah Nilai

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 19 MAC PLUS Malaysia Berhad menutup semua operasi tambah nilai di pusat khidmat pelanggan dan lorong di semua plaza tol sistem tertutup serta terbuka di lebuh raya kendaliannya bermula semalam bagi membendung penularan wabak Covid...
Tunetalk Tawar Kredit Tambahan Sehingga 20 Untuk Tambah Nilai Bagi Tempoh Pkp

Tunetalk Tawar Kredit Tambahan Sehingga 20 Untuk Tambah Nilai Bagi Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 323 hits
TuneTalk hari ini telah mengumumkan promosi khas bagi pengguna talian berkenaan dimana kini TuneTalk menawarkan kredit tambahan sehingga 20 untuk tambah nilai pertama yang dilakukan sehingga 31 Mac 2020 kelak Bagi pengguna TuneTalk yang mel...
Peniaga Yang Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dikenakan Tindakan

Peniaga Yang Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 260 hits
Bermula esok pemilik premis yang tidak mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan di negeri ini akan dikenakan tindakan tegas Tindakan itu berkuatkuasa terhadap premis di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Pe...
Perkhidmatan Telefon Dan Whatsapp Talian Kasih Digantung Kerana Perintah Kawalan Pergerakan

Perkhidmatan Telefon Dan Whatsapp Talian Kasih Digantung Kerana Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 208 hits
Perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa hari ini bagai membantu proses menurunkan keluk epidemik Covid 19 di Malaysia Oleh sebab itu kami yakin di kalangan pembaca yang sedang bekerja dari rumah kerana tidak tergolong di dalam kalangan pek...
Perintah Kawalan Pergerakan Bisnes Makanan Tak Jalan Tak Laku Ini Jalan Penyelesaiannya

Perintah Kawalan Pergerakan Bisnes Makanan Tak Jalan Tak Laku Ini Jalan Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 492 hits
Perintah Kawalan Pergerakan baru je diumumkan malam tadi sekaligus menyaksikan pada 18hb March 2020 nanti akan menyebabkan majoriti aktiviti harian menjadi terhad Memetik kepada permasalahan yang utama bagi mereka yang bekerja di bandar ban...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago

Jawab Persoalan Ramai Lisa Bp Sahkan Hubungan Dengan Ceo Kaya Fr D Ric Arnault

Fedtri Yahya Sambut Hari Lahir Anak Sulung Indah Sutera Jannah Yang Ke 12 Coretannya Undang Sebak