Peniaga Yang Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dikenakan Tindakan


Bermula esok, pemilik premis yang tidak mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan di negeri ini akan dikenakan tindakan tegas.

Tindakan itu berkuatkuasa terhadap premis di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang, berkata keputusan itu diambil berikutan aduan orang ramai selain sikap peniaga yang enggan memberi kerjasama dalam mematuhi arahan bagi mencegah penularan COVID-19.


Katanya, antara tindakan yang dikenakan ialah dengan menutup premis, menyita barangan perniagaan atau menarik balik lesen perniagaan.


“Kita sudah memberi notis dan menasihatkan peniaga khususnya di kawasan yang boleh mengundang kumpulan orang ramai namun sekiranya mereka masih ingkar, premis mereka akan ditutup dan barangan juga akan disita.

“Sekiranya tetap tidak patuh, lesen perniagaan mereka akan ditarik balik dan laporan polis akan dibuat,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud.

Mengulas lanjut, penjaja di sekitar empat pasar awam di sini, turut diperintahkan penutupan bermula esok.

Lokasi itu ialah di sekitar Pasar Awam Air Itam, Jelutong, Jalan Perak dan Bayan Baru yang masih lagi sesak dikunjungi orang ramai yang mahu membeli keperluan.

“Sehingga hari ketiga, sebanyak 1,834 premis di sini sudah diperiksa penguatkuasa MBPP.

“Di sini, pemantauan turut dibuat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan lokasi yang masih menjadi tumpuan orang ramai,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Rozali berkata, pengumpulan sampah di bahagian Seberang Perai berkurangan sebanyak 17 peratus berbanding pada hari pertama perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Katanya pada 18 Mac lalu, sebanyak 687.3 tan sampah dikumpul di daerah itu berbanding 568.15 tan yang direkodkan pada hari ketiga (20 Mac).

“Ia menunjukkan kejayaan kempen Penang Lawan COVID-19iaitu dengan mengurangkan pergerakan kakitangan MBSP ketika bekerja.

“Sehingga hari ketiga, MBSP juga sudah memeriksa sebanyak 270 premis dan mengeluarkan notis arahan patuh perintah kawalan pergerakan,” katanya.

Sementara itu, Jagdeep berkata pihaknya sudah mendapat kelulusan dari kerajaan negeri bagi mendapatkan sebanyak 150,000 botol cecair pembasmi kuman bagi diedarkan secara percuma kepada penduduk di 212 blok skim perumahan awam bertingkat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/peniaga-yang-ingkar-arahan-perintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Dikenakan Hukuman Penjara

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Dikenakan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 548 hits
PUTRAJAYA Individu yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan bermula tengah malam ini bakal berdepan hukuman penjara Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan individu berkenaan boleh didakwa dan disabi...
Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Ini Tindakan Polis Selangor

Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Ini Tindakan Polis Selangor

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 347 hits
Polis Selangor akan mengadakan operasi besar besaran berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 8 malam pada Rabu Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Ini Tindakan Polis Selangor
Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 658 hits
The ReporterSemenjak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khasnya beberapa hari lalu masih ramai rakyat di negara ini yang tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Selamba Main Dam Haji Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Selamba Main Dam Haji Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 470 hits
KLANG Walaupun sudah masuk hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ada segelintir orang ramai yang ingkar arahan tersebut malah berkumpul di tempat awam tanpa tujuan yang penting Menerusi Ops Covid 19 yang dijalankan ...
Masih Ada Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Masih Ada Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 366 hits
KOTA SAMARAHAN Sikap penduduk di kawasan ini yang masih degil dengan keluar dari ruman tanpa keperluan penting amat dikesali meskipun kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara Rungutan itu disuarakan pasuk...
Arahan Pertukaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Arahan Pertukaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 401 hits
DAY 7 Aku diarahkan bertukar unit Hah Kena tukar Tapi kenapa mesti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni Dalam keadaan WFH ni apa yang boleh aku buat Susah hati dah ni Dalam dok fikir pasal arahan tu telefon aku berbunyi Eh Takkan aku...
2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Tengah Malam Tadi

2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Tengah Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 270 hits
Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai tengah malam ini selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID 19 2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperke...
Akhirnya Terciduk Suspek Mengkepala Bapakkan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Ditahan Polis

Akhirnya Terciduk Suspek Mengkepala Bapakkan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 859 hits
Akhirnya terciduk Suspek mengkepala bapakkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan ditahan polisSusulan viral video lelaki yang memperlekehkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa hari lalu polis tela...
Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 687 hits
UNTUK MAKLUMAN DAN HEBAHAN ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KERANA WABAK COVID 19 NEGERI PAHANG 1 Memastikan semua premis premis kedai makan di daerah daerah yang mencatatkan kes positif Covid 19 dan di CAMER...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kes Bakar Lelaki Dalam Kereta Dua Rakan Dipenjara 18 Tahun

Anwar Temui Ceo Nvidia Berkenaan Pembangunan Ai Di Malaysia

Muatan Lori Kerikil Melebihi 70 Peratus Had Bdm Punca Nahas Fru

Lai House Broissin Mexico

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Terkini Dan Kini