Laporan Wang Gst Dirompak Dibentang Minggu Depan


Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani NORAINI: Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semua ahli-ahli PAC Parlimen sama ada daripada pihak Kerajaan dan pembangkang dapat mencapai keputusan sebulat suara dalam menyiapkan laporan ini.   KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen berhubung Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Berjumlah RM19.4 Bilion akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Julai ini.

Pengerusi PAC, Datuk Noraini Ahmad berkata laporan tersebut sudah dimuktamadkan secara sebulat suara oleh 13 ahli PAC hari ini dalam Mesyuarat Verifikasi Laporan PAC Parlimen.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semua ahli-ahli PAC Parlimen sama ada daripada pihak Kerajaan dan pembangkang dapat mencapai keputusan sebulat suara dalam menyiapkan laporan ini khususnya, untuk perkara rumusan dan syor berhubung tuntutan tunggakan GST berjumlah RM19.4 bilion.

“Saya perlu akui bahawa ia adalah satu prosiding yang lama apabila PAC Parlimen mengambil masa selama 11 bulan bermula 15 Ogos 2018 untuk menyiapkan laporan ini dengan mengadakan 10 mesyuarat prosiding membabitkan 10 saksi termasuk mantan Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, mantan Menteri Kewangan II, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan Akauntan Negara,” memetik kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.  Malah, PAC Parlimen juga mendapat taklimat daripada Jabatan Audit Negara (JAN) sebanyak tiga kali serta mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara selain mengadakan mesyuarat penyediaan laporan tersebut sebanyak empat kali.

Ujarnya, bilangan mesyuarat itu cukup membuktikan bahawa PAC Parlimen mahu memastikan siasatan diadakan daripada setiap aspek dalam mencari kebenaran dan keadilan berhubung isu ini demi kepentingan negara dan rakyat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Mantan Pengerusi PAC Parlimen, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang memulakan siasatan serta prosiding dengan meletakkan asas kepada PAC Parlimen dalam mengadakan siasatan dan prosiding terhadap isu ini,” tambahnya.

Pada masa sama, Noraini akui, dalam menyediakan laporan tersebut, PAC Parlimen turut mendapat input daripada tujuh kementerian dan jabatan iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Akauntan Negara.

Tegasnya, laporan tersebut amat komprehensif dan input, pandangan serta maklum balas daripada ketujuh-tujuh kementerian dan jabatan yang bertindak sebagai ex officio PAC Parlimen amat penting dalam memastikan segala maklumat, rumusan serta syor dalam laporan tidak menyebelahi mana-mana pihak serta berasaskan fakta yang sahih dan tepat.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan tersebut dengan memuat turunnya daripada laman web PAC Parlimen di alamat www.parlimen.gov.my/pac pada hari yang sama ia dibentangkan.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Guan Eng sekali lagi membangkitkannya di Dewan Rakyat pada keesokan harinya dan dilaporkan berkata, audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.

Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini; RM6.8 bilion (35 peratus) 2017; RM2.8 bilion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/laporan-wang-gst-dirompak-dibentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Tambah Kerusi Dun Sabah Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan

Usul Tambah Kerusi Dun Sabah Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 262 hits
Astro Awani Kerajaan dijangka akan mengusulkan draf Perintah Perlembagaan Persekutuan tersebut bersama dengan Laporan SPR untuk pembentangan di Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 Gambar hiasan SANDAKAN Usul tambah kerusi Dewan Undangan Negeri ...
Laporan Pac Sahkan Najib Kerajaan Bn Rompak Wang Gst

Laporan Pac Sahkan Najib Kerajaan Bn Rompak Wang Gst

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 287 hits
Pada 16 Julai 2019Laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara yang dibentangkan di parlimen hari ini mengesahkan bahawa Najib Razak dan kerajaan yang lalu telah secara asasnya merompak RM19 4 bilion yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran...
Laporan Mengenai Pasaran Buruh Menyokong Dolar As Dan Komoditi Mata Wang Aud Dan Nzd Berdagang Dalam Julat Mendatar

Laporan Mengenai Pasaran Buruh Menyokong Dolar As Dan Komoditi Mata Wang Aud Dan Nzd Berdagang Dalam Julat Mendatar

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 265 hits
Bilangan pekerjaan baru dalam sektor bukan pertanian AS meningkat sebanyak 224 000 pada bulan Jun jauh melebihi ramalan konsensus Walau bagaimanapun kadar pengangguran meningkat daripada 2 6 kepada 3 7 dan pertumbuhan gaji purata perlahan k...
Analisis Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 9 Julai 2019 Dolar As Mendapat Semula Momentum Berbanding Jpy Selepas Laporan

Analisis Pasangan Mata Wang Usd Jpy Untuk 9 Julai 2019 Dolar As Mendapat Semula Momentum Berbanding Jpy Selepas Laporan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 435 hits
Pasangan mata wang USD JPY telah menjadi cukup impulsif dengan momentum kenaikan harga semasa yang mendorong harga untuk menembusi di atas tahap 108 50 dengan penutupan harian Negara negara Bersatu mengeluarkan laporan pekerjaan yang member...
Fia European Truck Racing Championship Akan Tiba Pada Minggu Depan

Fia European Truck Racing Championship Akan Tiba Pada Minggu Depan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 202 hits
Bigben Interactive telah mengumumkan permainan FIA European Truck Racing Championship dan akan dilancarkan di platform PlayStation 4 Xbox One Switch dan PC pada 18 Julai 2019 Permainan ini berdasarkan kejohanan sebenar dan kesemua pasukan y...
Toyol And Billions Of Dirompak Gst Money That Wasn T Stolen After All

Toyol And Billions Of Dirompak Gst Money That Wasn T Stolen After All

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 369 hits
KL 16 July Don t ask me why this rather funny story about the boy toyol in West Java makes me reflect on Lim Guan Eng s situation over his GST claim But for sure I m not the only one going awe awe awe Almost all the major mainstream newspap...
Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 370 hits
Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman mengenai kerja kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 mulai 9 pagi 23 Julai ini Pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilak...
Minggu Ini Fatwa Jatuhkan Ph Minggu Depan Fatwa Lain Itu Parti Fatwa

Minggu Ini Fatwa Jatuhkan Ph Minggu Depan Fatwa Lain Itu Parti Fatwa

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 340 hits
AKMAL MANAF Minggu ni fatwa wajib jatuhkan Pakatan Harapan minggu depan fatwa lain Tahun depan fatwa lain pula Itu parti fatwa demikian kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu Mohamad berkata pihaknya mengambil kira segala kritikan yang dilempark...
Gangguan Bekalan Air Di Selangor Kuala Lumpur Minggu Depan

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Kuala Lumpur Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 248 hits
Gangguan bekalan air di Selangor Kuala Lumpur minggu depan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Jul 2019 10 37PM
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai