Laporan Pac Sahkan Najib Kerajaan Bn Rompak Wang Gst




Pada 16 Julai 2019oleh Khoo Poay Tiong  
Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di parlimen hari ini mengesahkan bahawa Najib Razak dan kerajaan yang lalu telah, secara asasnya, merompak RM19.4 bilion yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran balik cukai GST.
Khususnya, laporan tersebut mengesahkan tiga kesalahan besar yang telah dilakukan oleh Najib dan kerajaan yang lalu.
(1) Adakah pembayaran balik GST dilambatkan kerana PRU14?
Pertama, siasatan PAC mengesahkan bahawa terdapat kekurangan terkumpul sebanyak RM19.4 bilion akibat daripada keengganan Kementerian Kewangan untuk meluluskan wang pembayaran balik GST yang dipohon oleh Jabatan Kastam.
Sepertimana yang tertera di dalam laporan PAC, pada tahun 2015 dan 2016, jumlah wang pembayaran balik yang dipohon oleh Jabatan Kastam ialah masing-masing sebanyak RM9.969 bilion dan RM20.764 bilion. Untuk kedua-dua tahun tersebut, kerajaan telah memenuhi permohonan Jabatan Kastam, di mana RM9.969 bilion and RM20.164 bilion telah diluluskan dan dipindah ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST pada tahun 2015 dan 2016 masing-masing.
Tetapi, jurang yang besar mulai muncul pada tahun 2017 dan 2018. Pada tahun 2017, Jabatan Kastam telah memohon RM38 bilion untuk pembayaran balik GST tetapi hanya RM25.3 bilion sahaja yang telah diluluskan. Pada tahun 2018, jumlah yang dipohon sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah RM13.285 bilion tetapi hanya RM5.8 bilion sahaja yang telah diluluskan.
Adakah Najib dan kerajaan yang lama telah secara sengajanya melambat-lambatkan pembayaran balik GST pada tahun 2017 dan 2018 untuk membolehkan wang tersebut digunakan untuk PRU14?
Memang diketahui umum bahawa pada PRU14 yang lepas, Barisan Nasional (BN) telah banyak menyalahgunakan wang dan sumber kerajaan untuk tujuan politik. Sebagai contoh, Najib dan kerajaan yang lalu telah membayar RM30 juta kepada pekerja-pekerja DRB-Hicom pada April 2018 walaupun parlimen pada ketika itu telah dibubarkan.
Pelbagai lagi program dan projek yang bersifat pemberian (handout) telah diluluskan sebelum PRU14 untuk mempengaruhi pengundi. Perkara ini sudah pasti secara tidak langsung telah menyebabkan kerajaan tidak dapat menunaikan pembayaran balik GST.
(2) Menyalahi undang-undang kerana mengakaunkan wang daripada kutipan cukai GST secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan
Kedua, laporan PAC mengesahkan bahawa, menurut Seksyen 52(2) Akta GST 2014, wang yang dikutip daripada GST mesti diletakkan ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST yang berfungsi sebagai sebuah akaun amanah. Najib dan kerajaan yang lalu tidak mematuhi peruntukan ini kerana wang yang dikutip daripada GST telah diakaunkan secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.
Najib telah cuba mempertahankan tindakan ini dengan menggunakan Seksyen 54(5) Akta GST 2014, yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengarahkan pemindahan wang daripada Akaun Pembayaran Balik GST ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.
Justifikasi ini sememangnya tidak sah kerana wang yang dikutip daripada GST mesti dibayar ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST terdahulu sebelum dipindahkan ke Kumpulan Wang Hasil Disatukan, bukannya secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.
Di dalam laporan PAC, Peguam Negara turut menyatakan bahawa tindakan meletakkan wang GST secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan ini adalah bertentangan dengan Akta GST 2014 dan prinsip-prinsip asas keamanahan dari segi undang-undang dan perakaunan.
(3) Merompak dan menyalahgunakan wang pembayaran balik GST
Ketiga, laporan PAC mengesahkan bahawa yang untuk pembayaran balik GST telah digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain. Najib dan mantan ketua setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar, mengaku kepada PAC bahawa jumlah pembayaran balik GST hanya akan ditetapkan setelah memenuhi keperluan aliran tunai untuk urusan perbelanjaan kerajaan.
Ini merupakan pengakuan jelas bahawa wang pembayaran balik GST telah dirompak kerana pada asasnya wang pembayar cukai telah ditahan dan diambil secara paksa.
Melalui kaedah ini, Najib dan kerajaan yang lalu telah berjaya memperolehi modal percuma tanpa faedah untuk kegunaan mereka. Pada masa yang sama, pembayar cukai terpaksa menanggung kesan tidak medapat pembayaran balik cukai GST.
Kesimpulannya, tindakan-tindakan Najib mencerminkan simptom seorang kleptokrat yang langsung tidak menghormati peruntukan undang-undang. Hasil siasatan PAC menunjukkan Najib telah melanggar amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dengan merompak dan menyalahgunakan wang pembayaran balik cukai GST.
Saya bersetuju dengan pandangan Peguam Negara bahawa isu ini terbuka kepada suatu penyiasatan jenayah, dan oleh itu saya menyeru agar pihak polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain mengambil tindakan dengan segera. 
*Khoo Poay Tiong adalah Ahli Parlimen Kota Melaka

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/laporan-pac-sahkan-najib-kerajaan-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Wang Gst Dirompak Dibentang Minggu Depan

Laporan Wang Gst Dirompak Dibentang Minggu Depan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 175 hits
Astro Awani NORAINI Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semua ahli ahli PAC Parlimen sama ada daripada pihak Kerajaan dan pembangkang dapat mencapai keputusan sebulat suara dalam menyiapkan laporan ini KUALA LUMPUR Laporan Jawatankuas...
Dap Mp Insists Pac Report Proves Najib Administration Stole Gst Funds

Dap Mp Insists Pac Report Proves Najib Administration Stole Gst Funds

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 188 hits
Kota Melaka MP Khoo Poay Tiong said today the Public Accounts Committee s report on allegedly missing consumption tax refunds was proof the Najib government misused and stole public funds Khoo said the PAC report clearly showed that money m...
Laporan Tuntutan Gst Pac Bersetuju Bentangkan Tuntutan Tunggakan Cukai Gst

Laporan Tuntutan Gst Pac Bersetuju Bentangkan Tuntutan Tunggakan Cukai Gst

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 202 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pac Confirms Gst Law Was Broken

Pac Confirms Gst Law Was Broken

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 210 hits
MP SPEAKS The Public Accounts Committee confirms the GST law was broken and GST refunds that were not paid out to taxpayers were used for other purposes In early August 2018 when I first tabled in Parliament that there was RM19 4 billion wo...
Patriot Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis Soal Najib

Patriot Takkan Masa Itu Ianya Kerajaan Dap Yang Melawan Komunis Soal Najib

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 386 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak sebuah pertubuhan bukan kerajaan Patriot yang memutar belit ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli pada hujung minggu lalu Bidas Najib dalam Facebook Patriot meng...
Pelik Ph Tuduh Saya Terima Wang Haram Kemudian Mahu Kenakan Cukai Pula Najib

Pelik Ph Tuduh Saya Terima Wang Haram Kemudian Mahu Kenakan Cukai Pula Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Najib Razak hari ini mempersoalkan kerajaan Pakatan Harapan mengapa dana asing yang diterimanya dan didakwa wang haram dikenakan cukai Lagi menakjubkan ialah kerajaan PH telah dakwa saya di mahkamah bahawa dana dana yang saya ...
Anak Tir Najib Didakwa Mengubah Wang Haram Rm1 25billion

Anak Tir Najib Didakwa Mengubah Wang Haram Rm1 25billion

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 232 hits
Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Aziz Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sebentar tadi atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS 248 lapan tahun lalu Pengasas sya...
Wang Bapa Jho Low Dilucut Hak Kepada Kerajaan Malaysia Dirampas Lebih Rm48 Juta

Wang Bapa Jho Low Dilucut Hak Kepada Kerajaan Malaysia Dirampas Lebih Rm48 Juta

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 224 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Nazri Boleh Ganti Saya Tapi Mahukah Dia Kritik Kerajaan Ph Najib

Nazri Boleh Ganti Saya Tapi Mahukah Dia Kritik Kerajaan Ph Najib

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 335 hits
Kalau dia mahu dia boleh menggantikan tempat saya sebagai penasihat BN Tapi dia perlulah mainkan peranan dia sebagai seorang ahli parlimen pembangkang Tanggungjawab pemimpin parti pembangkang bukan hanya untuk membangkang pihak pembangkang ...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven