Laporan Umno Terpaksa Pindahkan Kj Ke Kerusi Lain



Selepas bertapak selama tiga penggal, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor akan 'dipindahkan' ke kerusi di luar Rembau pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Langkah itu akan diambil bagi membolehkan kerusi berkenaan ditandingi ketua Umno kawasan itu, Mohamad Hasan.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dipetik sebagai berkata dalam PRU akan datang dia tidak lagi bertanding di peringkat dewan undangan negeri.

“[...] ini kawasan saya dan sebagai ketua bahagian (Umno) saya menawarkan diri di sini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota semalam.

Dipetik portal Malaysia Post, Mohamad berkata dia tidak tahu ke mana Khairy Jamaluddin akan diletakkan pada PRU akan datang. Pun begitu Mohamad yang juga timbalan presiden Umno membayangkan Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan begitu saja.

Kata Mohamad, Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan begitu saja sebaliknya kemungkinan akan diletakkan di sebuah kawasan lain yang dianggap selamat buat bekas ketua Pemuda Umno.

Khairy Jamaluddin dijangka diberi tugas untuk merampas kembali kerusi Tampin yang kini diwakili Hasan Bahrom dari Pakatan Harapan (PH).

Ia dijangka tidak menjadi masalah besar kerana kedudukan Mohamad sendiri sebagai pengerusi Umno Negeri Sembilan.

Dua orang di satu tempat

Untuk rekod Khairy Jamaluddin, 46, merupakan salah seorang pemimpin berprofil tinggi sejak awal dia menyertai politik. Selain merupakan menantu kepada perdana menteri kelima Malaysia, pendekatan politik anak bekas diplomat itu juga berwarna-warni.

Dalam pemilihan Umno pada 2018, dia menawarkan diri bertanding untuk jawatan presiden tetapi gagal apabila dikalahkan anggota parlimen Bagan Datuk, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy Jamaluddin mula bertanding di Rembau pada PRU ke-12 yang diadakan pada 2008.

Dia sekali lagi memenangi kerusi Rembau pada PRU ke-13 dengan mengalahkan tiga calon lain.


Khairy JamaluddinDalam PRU ke-14 Khairy Jamaluddin mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 4,300 undi.

Akhir-akhir ini Khairy Jamaluddin menarik perhatian ramai apabila memberikan komen yang kurang disenangi sesetengah pihak mengenai bekas perdana menteri keenam, Najib Razak.

Antaranya Khairy Jamaluddin menyarankan agar Umno mengambil langkah ke depan apabila Najib didapati bersalah oleh mahkamah atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Menurut Khairy Jamaluddin masih ada sesetengah pihak yang berharap agar Najib kembali mengetuai Umno walaupun dia sudah didapati bersalah atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Mohamad berkata dalam PRU akan datang dia perlu bertanding di kawasan parlimen.

“Disebabkan (ada) dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/laporan-umno-terpaksa-pindahkan-kj-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Telunjuk Pas Umno Terima Padah Terpaksa Berebut Kerusi

Ikut Telunjuk Pas Umno Terima Padah Terpaksa Berebut Kerusi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 307 hits
NASUHA RAHMAN Ahli Parlimen Pasir Salah Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan berlakunya perebutan kerusi antara Umno dan Pas di tempat tempat tertentu Perebutan itu katanya telah menimbulkan suasana yang tidak seronok antara Umno dan Pas seper...
Takkanlah Umno Nak Tanding 20 Kerusi

Takkanlah Umno Nak Tanding 20 Kerusi

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 320 hits
Agihan kerusi antara Umno dan Bersatu dilihat menjadi isu kritikal antara kedua dua parti itu yang berada dalam blok kerajaan bukan pilihan rakyat pada masa ini Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman menegaskan rundingan kerusi de...
Rundingan Kerusi Umno Pas Bakal Disabotaj Ahli Bawahan

Rundingan Kerusi Umno Pas Bakal Disabotaj Ahli Bawahan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 295 hits
Pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 semakin parah apabila Umno mengumumkan penarikan diri dari perikatan dan menggesa agar Bersatu menyertai Muafakat Nasional Namun menurut penganalisis politik Dr M...
Pas Umno Bincang Agihan Kerusi Pru 15

Pas Umno Bincang Agihan Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 316 hits
Pas membuat keputusan pengagihan kerusi pilihan raya umum akan datang antara UMNO dan Pas di seluruh negara akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas neg...
Umno Bn Tanding Semua 73 Kerusi Dun Sabah Kata Bung

Umno Bn Tanding Semua 73 Kerusi Dun Sabah Kata Bung

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 275 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mengesahkan akan bertanding di Lamag iaitu satu daripada DUN baharu diwujudkan di Sabah Foto oleh Firdaus LatifKOTA KINABALU 2 Ogos Barisan Nasional Sabah dan rakan parti lain termasuk Parti Pribumi Bersat...
Agihan Kerusi Umno Pas Masih Dalam Dilema

Agihan Kerusi Umno Pas Masih Dalam Dilema

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 541 hits
Pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 semakin parah apabila Umno mengumumkan penarikan diri dari perikatan dan menggesa agar Bersatu menyertai Muafakat Nasional Namun menurut penganalisis politik Dr M...
Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri

Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 337 hits
Belum pun tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRN Sabah ditetapkan oleh SPR tanda tanda gaduh besar antara UMNO dan Bersatu lebih dulu jelas kelihatan Dalam reaksi awal kedua dua parti Melayu itu mereka kini nampaknya saling berebut ...
Umno Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Dan Negeri Di Terengganu

Umno Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Dan Negeri Di Terengganu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 290 hits
Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Umno sedia bertanding kesemu kerusi di Terengganu iaitu lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri itu Kalau Pas boleh kata mereka mahu tanding enam kerusi Par...
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 318 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam