Laporan Polis Ke Atas Pas Menunjukkan Kebodohan Dap


Dilihat dari sudut mana sekalipun, tindakan Nga Kor Ming menggesa supaya laporan polis di bawah Akta Hasutan dibuat ke atas Salamiah Mohd Nor II lantaran ucapan beliau yang dikatakan mendesak supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan dan tindakan pemimpin DAP Perak membuatnya semalam hanyalah memperlihatkan kekurangcerdikan mereka sahaja.
Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding telah dengan jelas memutuskan bahawa desakan supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan Mark Koding didapati bersalah bukan kerana membuat desakan ini tetapi kerana menuntut pindaan ke atas Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Begitupun, pemimpin DAP ini berkeras dengan mengatakan dalam laporan polis mereka bahawa desakan supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan tetap bercanggah dengan Perkara 152 (1) yang menyebut “tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain”.
Sangat teruk sekali jika pemimpin-pemimpin DAP, khususnya yang mempunyai sedikit sebanyak latar belakang perundangan termasuk peguam-peguamnya yang ramai, tidak tahu bahawa soal sama ada sekolah-sekolah Cina dan Tamil dilindungi oleh Perkara 152 (1) atau tidak telah turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding ini.
Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding ini telah memutuskan bahawa peruntukan mengenai “larangan atau halangan ke atas pengajaran atau pembelajaran apa-apa bahasa lain” yang terkandung dalam Perkara 152 (1) ini berbeza daripada peruntukan mengenai “larangan atau halangan ke atas pengajaran atau pembelajaran dalam apa-apa bahasa lain”.
Tegas Mahkamah Persekutuan, tiada apa-apa dalam peruntukan ini yang membolehkan perlindungan sama diberikan kepada operasi sekolah yang bahasa pengantarnya adalah Cina, Tamil, Arab atau Inggeris (“to justify the extension of the protection to the operation of schools where the medium of instruction is Chinese, Tamil, Arabic or English”).
Oleh itu, usaha pemimpin-pemimpin DAP untuk tetap cuba memangsakan Salamiah di bawah Akta Hasutan dengan menggunakan Perkara 152 (1) ini, walaupun Salamiah sendiri tidak menyentuh Perkara 152 (1) dalam ucapan beliau, sudah pastilah tidak akan membuahkan hasil malah hanya menunjukkan kekurangcerdikan mereka sahaja.
Pemimpin-pemimpin DAP ini juga kurang cerdik bila tetap menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin-pemimpin tertinggi DAP telah berkali-kali mendesak dan menegaskan komitmen DAP kepada penunaian janji dalam Manifesto Pakatan Harapan supaya Akta Hasutan dihapuskan yang hanya menunjukkan sikap tidak konsisten mereka.
Tindakan pemimpin-pemimpin DAP tetap menggunakan Akta Hasutan ini tentulah boleh digunakan untuk menunjukkan kerelevanan Akta Hasutan, malah atas hujah inilah Ramkarpal Singh terpaksa mengaku silap menggesa Tun Hanif Omar disiasat di bawah Akta Hasutan setelah ditegur oleh abang beliau sendiri, Gobind Singh, pada 10 September 2018.
Dr. Kamarul Yusoff
Nota: Tajuk dikeraskan sedikit oleh Admin daripada tajuk asal. (Kekurangcerdikan –> Kebodohan)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/25/laporan-polis-ke-atas-pas-menunjukkan-kebodohan-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 601 hits
Susulan video yang viral mengenai seorang pelajar didakwa dirotan kerana memanggil seorang guru dengan gelaran pondan mendapat perhatian menteri pendidikan sebelum ini dijangka bakal berakhir Gara gara tidak puas hati dengan cikgu yang mero...
Budak Lelaki Buat Laporan Palsu Berdepan Tindakan Polis

Budak Lelaki Buat Laporan Palsu Berdepan Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 354 hits
KUALA TERENGGANU Gara gara takut dimarahi emak kerana bermain futsal sehingga lewat petang seorang kanak kanak mereka cerita tentang dirinya cuba diculik Bukan itu sahaja kanak kanak berusia 12 tahun dari Merchang Marang itu turut membuat l...
Ini Tanggapan Saudi Atas Laporan Penyidik Pbb Soal Pembunuhan Jamal Khashoggi

Ini Tanggapan Saudi Atas Laporan Penyidik Pbb Soal Pembunuhan Jamal Khashoggi

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 233 hits
Membantah laporan PBB Menteri Negara untuk Urusan Luar Negeri Saudi Adel al Jubeir mengatakan bahwa semua itu tidak ada yang baru serta telah diterbitkan dan diedarkan di berbagai media cuitnya di Twitter seperti dikutip dari Gulfnews Kamis
Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 586 hits
PETALING JAYA PKR tidak akan membuat laporan polis berhubung penularan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ini kerana katanya beberapa laporan polis mengenai video tersebut telah ...
Rm200 000 Lesap A Aida Buat Laporan Polis

Rm200 000 Lesap A Aida Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 266 hits
Baru saja berdepan kontroversi perceraian produser terkenal Datuk A Aida diuji lagi apabila beliau mengalami kerugian sebanyak RM200 000 akibat kes kecurian Menurut A Aida The post appeared first on
Ibu Kepada Pelajar Dirotan Sampai Berbirat Tarik Balik Laporan Polis Tetap Teruskan Siasatan

Ibu Kepada Pelajar Dirotan Sampai Berbirat Tarik Balik Laporan Polis Tetap Teruskan Siasatan

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 549 hits
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata ibu kepada pelajar perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah merotan anaknya sehingga berbirat baru baru ini telah menarik balik laporan polis sehari selepas laporan itu dibuat ...
Bukitmertajam Buat Laporan Polis Palsu Sebab Duit Majlis Sanding Tak Cukup

Bukitmertajam Buat Laporan Polis Palsu Sebab Duit Majlis Sanding Tak Cukup

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 264 hits
Tertekan dengan permintaan keluarga isterinya seorang juruteknik sanggup membuat laporan palsu kononnya disamun dua lelaki dengan menaiki motosikal Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berka...
Kata Tak Dapat Angkat Tangan Tu Elok Je Main Handphone Pelajar Dirotan Sebab Gelar Cikgunya Pondan Buat Laporan Polis

Kata Tak Dapat Angkat Tangan Tu Elok Je Main Handphone Pelajar Dirotan Sebab Gelar Cikgunya Pondan Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1127 hits
Semalam viral klip video seorang guru dimarahi oleh ibu kepada seorang pelajar perempuan kerana berang anaknya dirotan sehingga berbirat di lengan dan kaki Difahamkan guru lelaki itu berbuat demikian kerana pelajar itu memanggilnya Ah Kua y...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine