Laporan Al Jazeera Cemarkan Imej Negara Ds Dr Adham Baba



Laporan berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19) mencemarkan imej negara dan memburukan nama ‘frontliners’.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mereka sepatutnya membantu negara menangani pandemik Covid-19 ini daripada terus ditularkan namun sebaliknya melalui video itu banyak fakta terpesong.

"Mereka perlu faham tugas KKM memastikan keselamatan nyawa rakyat bukan warganegara yang berada di Malaysia. Sebab itu kita perlu asingkan mereka jika tempat itu ada wabak.



“Mereka tidak boleh dihubungi oleh orang luar atau keluar daripada kawasan tersebut ataupun sebaliknya,” katanya pada Rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.


Laporan Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik Covid-19.
Menurutnya, sekiranya didapati positif selepas disaring bukan mereka sahaja akan dirawat bahkan kontak rapat juga akan diasingkan serta dikuarantinkan.


“Jadi Al Jazeera sebenarnya sudah memburukkan nama-nama 'frontliners' dan mencemarkan imej negara kita dengan laporan tersebut.



“Sepatutnya mereka perlu belajar dengan pengamal media di Malaysia dan mencontohi bagaimana laporan dibuat dengan begitu tepat sekali gus membantu menyekat penularan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham menyifatkan kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan telah mendorong trend kes Covid-19 kekal ke satu digit sehingga ke hari ini.

Katanya, hanya kes import yang menjadikan jumlah atau angka itu melebihi satu digit namun KKM masih kekal dengan strategi untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Kejayaan besar kita sehingga hari ini ialah kerana rakyat bersama pemimpin mematuhi SOP ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jadi kita perlu kekal dengan mengawal sempadan utama negara daripada dimasuki oleh mereka yang membawa virus ini. Sebab itu pengawalan sempadan sangat penting waktu ini kerana kes yang terdahulu pun disebabkan oleh perkara tersebut.

“Kemunculan semula virus ini di nergara lain disebabkan kebocoran sempadan utama mereka. Saya berterima kasih kepada masyarakat kerana sehingga kini mereka masih lagi berpegang teguh kepada Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit),” katanya.

SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/laporan-al-jazeera-cemarkan-imej-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dokumentari Al Jazeera Berunsur Hasutan Laporan Tidak Tepat Ketua Polis Negara

Dokumentari Al Jazeera Berunsur Hasutan Laporan Tidak Tepat Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR 10 Julai Dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia s Lockdown terbitan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang disiarkan baru baru ini didapati mempunyai unsur hasutan laporan tidak tepat serta mencetuskan kemarahan orang a...
Komitmen Adham Baba Berterusan Bendung Covid 19

Komitmen Adham Baba Berterusan Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 229 hits
SUARA MERDEKA KOMITMEN Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam membendung penularan Covid 19 berterusan biarpun Malaysia kini sudah sampai ke fasa pemulihan Malam tadi beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur unt...
Al Jazeera Lima Laporan Polis Diterima Bukit Aman

Al Jazeera Lima Laporan Polis Diterima Bukit Aman

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 7 Julai Lima laporan polis diterima berkaitan dokumentari yang diterbitkan media antarabangsa Al Jazeera berhubung cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika usaha mengekang penularan COVID 19 Pengarah Jabatan Siasatan...
Betulkan Fakta Sebelum Komen Retweet Laporan Al Jazeera Wanita Ditegur Kp Kesihatan

Betulkan Fakta Sebelum Komen Retweet Laporan Al Jazeera Wanita Ditegur Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 312 hits
Isu laporan Al Jazeera yang didakwa memburukkan Malaysia sedang hangat diperkatakan Baru baru ini seorang wanita ditegur sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah atas kenyataannya yang tidak tepat Wanita itu berka...
Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al Jazeera

Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 378 hits
Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan...
Al Jazeera Cuba Jadikan Malaysia Negara Penyimpan Pati Ummah

Al Jazeera Cuba Jadikan Malaysia Negara Penyimpan Pati Ummah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 342 hits
Pengerusi Gerakan Ummah Malaysia Mohd Zai Mustafa KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah membantah penyiaran dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera yang memaparkan fakta salah dan memberi gambaran negatif terhadap kerajaan Malaysia sebagai a...
Diusir Serta Merta Jika Burukkan Imej Malaysia Dan Pembohongan Al Jazeera

Diusir Serta Merta Jika Burukkan Imej Malaysia Dan Pembohongan Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 499 hits
Memang patut diusir serta merta Media melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukka...
Patut Tangkis Laporan Al Jazeera Bukan Hukum Pengacara Bernama

Patut Tangkis Laporan Al Jazeera Bukan Hukum Pengacara Bernama

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 281 hits
Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican KUALA LUMPUR Rakyat mempunyai hak untuk mengkritik laporan Al Jazeera dalam dokumentari Locked Up di Malaysia s Lockdown malah media Malaysia seharusnya menggunakan kuasa editorial yang dimilikinya untuk re...
Laporan Al Jazeera Imigresen Minta Kerjasama Orang Awam Kesan Warga Bangladesh

Laporan Al Jazeera Imigresen Minta Kerjasama Orang Awam Kesan Warga Bangladesh

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 563 hits
Astro Awani Warga Bangladesh ini sedang dikesan bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959 63 Foto Jabatan Imigresen KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk menjejak seorang warga Bangladesh bagi ...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future