Al Jazeera Cuba Jadikan Malaysia Negara Penyimpan Pati Ummah
Nizam Zain                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Pengerusi Gerakan Ummah Malaysia (Ummah), Mohd Zai Mustafa             KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah  penyiaran dokumentari oleh agensi berita Al-Jazeera yang memaparkan  fakta salah dan memberi gambaran negatif terhadap kerajaan Malaysia  sebagai anti pendatang asing tanpa izin (PATI) serta bersikap tidak  berperikemanusiaan.
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa menegaskan, Al-Jazeera seolah-olah  mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara menyimpan PATI tanpa  dokumen yang sah.
“Adakah ini satu promosi bahawa Malaysia adalah sebuah negara  tempat orang buangan tanpa dokumen? Agenda Al-Jazeera sangat kolot.
“Semua negara mempunyai undang-undang masuk ke sesebuah negara  termasuk Malaysia. Dokumen masuk dan tinggal di negara ini mestilah sah  di sisi perundangan negara dan antarabangsa.
“Bagi yang tiada dokumen perjalanan ia dianggap melanggar  undang-undang sebagai PATI dan melanggar undang-undang di negara ini dan  juga semua negara di dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas laporan saluran berita antarabangsa Al-Jazeera  berhubung dakwaan wujud diskriminasi dan isu perkauman terhadap warga  asing ketika Malaysia mengendalikan pandemik Covid-19.
Artikel berkaitan: Polis siasat Al Jazeera
Laporan Al-Jazeera menerusi video berdurasi 25 minit 50 saat itu  bertajuk “Locked Up in Malaysia’S Lock down” yang mula disiarkan kepada  umum, sejak Ahad lalu.
Ummah melahirkan rasa kesal apabila cara Malaysia menguruskan  penularan pandemik Covid 19 adalah yang terbaik di dunia dan mendapat  pengiktirafan antarabangsa tidak pula didokumentarikan oleh media  antarabangsa itu.
Artikel berkaitan: Siapa dalang di sebalik dokumentari Al Jazeera? – Zahida
“Sepatutnya ini yang didokumentarikan kerana Malaysia telah  menyumbang satu contoh penyelesaian yang bijak dan boleh dicontohi oleh  negara lain tapi bukan sebaliknya.
“Nampaknya Al-Jazeera telah memaparkan sisi ‘buta’ dalam memaparkan  beritanya kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/al-jazeera-cuba-jadikan-malaysia-negara.html