Laporan 1mdb Asal Dipinda Atas Arahan Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah mengarahkan agar laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh Ketua Audit Negara semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda.

Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas Perdana Menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di pejabat Perdana Menteri bersama Ambrin yang dikatakan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Mohd. Salleh.

Utusan diberitahu Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad telah membentangkan laporan asal 1MDB tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Madinah dijangka akan membentangkan laporan asal itu kepada Kabinet dalam masa terdekat dan seterusnya dalam prosiding siasatan 1MDB oleh PAC pada awal bulan depan.

Sumber itu memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.

Sehubungan itu, sumber tersebut mendakwa, adalah pelik jika bekas Perdana Menteri dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam hanya mengakui ditipu oleh Jho Low berdasarkan perkembangan terbaharu yang berlaku sekarang.

Sumber menambah, pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam mesyuarat meminda laporan asal berkaitan juga perlu tampil memberikan penjelasan kerana ia melibatkan integriti dan kepentingan negara.

Pada 30 Oktober lalu, Ambrin yang kini mempengerusikan jawatankuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan bagaimanapun menafikan pindaan dibuat terhadap laporan asal 1MDB yang disediakan oleh beliau.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Poh yang mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda atas arahan individu tertentu.

Kah Poh semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu mendakwa pindaan telah dibuat semasa kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi termasuk SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ untuk menyiasat isu berkenaan ketika itu.

PAC dijadualkan memanggil Ambrin dalam prosiding siasatan 1MDB tetapi kemudian ditangguhkan. Prosiding itu dijadualkan semula pada 4, 5 dan 6 Disember ini setelah PAC mendapatkan nasihat Peguam Negara.

Pada 2016, laporan audit yang dilakukan terhadap 1MDB telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Status rahsia laporan itu dibatalkan pada 15 Mei lalu, selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.

Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/laporan-1mdb-asal-dipinda-atas-arahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Najib Pertikai Dakwaan Laporan 1mdb Dipinda

Peguam Najib Pertikai Dakwaan Laporan 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 294 hits
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan dakwaan ketua audit negara yang jabatannya dipaksa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dengan menggugurkan perenggan mengenai ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho Tan Sri Muhammad Shafee A...
Laporan 1mdb Dipinda Tanya Najib Kata Zahid

Laporan 1mdb Dipinda Tanya Najib Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 475 hits
Foto The StarPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda Ahmad Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu...
Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 467 hits
Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak langsung mengakui beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit 1MDB Berhubung pended...
Madinah Najib Juga Arah Sendiri Laporan Audit 1mdb Dipinda

Madinah Najib Juga Arah Sendiri Laporan Audit 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 522 hits
25 Nov 2018 Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad Ia termasuklah perenggan berkenaan peny...
Khairy Lawan Najib Zahid Atas Arahan Tun Mahathir Ke Soal Lokman Adam

Khairy Lawan Najib Zahid Atas Arahan Tun Mahathir Ke Soal Lokman Adam

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 334 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Adam terus bertelagah dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar Kali ini Lokman tidak berpuas hati dengan Khairy berhubung hujahan beliau mengenai isu 1MDB menerusi satu wawancara dengan...
Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 414 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mula menyiasat dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad yang didedahkan baru baru ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara terseb...
Dr Madinah Laporan 1mdb Di Ubah Najib Tahu Tentang Ini

Dr Madinah Laporan 1mdb Di Ubah Najib Tahu Tentang Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 520 hits
PUTRAJAYA Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Bhd telah diubah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tentang perkara ini Beliau berkat...
Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 442 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa tahu kes 1MDB dan pelik cuma seakan mengakui ditipu Jho Low sahaja Foto Jinwei Foundation New Straits TimesDatuk Seri Najib Tun Razak didakwa mengarahkan laporan asal 1Malaysia Development Berhad ya...
Utusan Najib Pengkhianat Negara Jika Ubah Laporan 1mdb

Utusan Najib Pengkhianat Negara Jika Ubah Laporan 1mdb

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 333 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak boleh dianggap sebagai pengkhinat negara jika terbukti beliau mengarahkan pindaan semula laporan jawatankuasa parlimen mengenai 1MDB kata akhbar milik Umno Utusan Malaysia Pojok Awang Selamat dalam Mingguan...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex