Cara Mandi Wajib


Cara mandi wajib - Sahabat perlu tahu...

 
Hukum mandi setelah keluar air mani, habis haid, nifas atau wiladah adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan diri daripada hadas besar. 
Langkah mandi wajib ini menjadi permulaan paling penting kepada kesempurnaan setiap ibadah yang ingin dilakukan. Mandi wajib yang tidak sempurna akan menjejaskan kualiti ibadah yang anda lakukan setiap hari, terutamanya solat. 
Adakah betul dan sempurna mandi wajib anda selama ini? Singkir keraguan dengan mengikuti langkah demi langkah mandi hadas besar yang kami kongsikan di sini.
Tertib Mandi Wajib yang Betul
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan garis panduan untuk mandi wajib yang sempurna yang pernah ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah panduan lengkap mandi wajib yang boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki. 
Panduan daripada Jakim telah kami lengkapkan lagi dengan penyampaian Dr Zaharuddin Abd Rahman, pendakwah juga Ketua Eksekutif Elzar Shariah Solutions & Advisory Sdn Bhd, yang boleh anda ambil sebagai rujukan padat untuk cara mandi wajib yang betul dan tidak diragui.

Perkara pertama yang perlu anda ambil tahu adalah mandi ini mesti dikerjakan dengan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan. la kekal dengan sifat kejadiannya yang telah dijadikan Allah. Boleh saja menggunakan air mutlak daripada air paip, pancuran air, kolah atau perigi sekalipun, asalkan sumbernya adalah air mutlak.


10 Cara Betul Mandi Wajib Mengikut Sunah
1. Mulakan niat ketika air sampai atau menyentuh bahagian tubuh pertama semasa mandi. Niat mandi wajib tidak perlu dilafaz. Cukup sekadar menyatakannya di dalam hati. Niat mandi wajib yang umum (keluar air mani, haid dan nifas): "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Sementara niat mandi hadas haid: "Aku berniat mandi untuk menghilangkan hadas haid kerana Allah Taala."
2. Membaca bismillah.
3. Mencuci kedua-dua pergelangan tangan sebanyak tiga kali.
4. Mencuci kemaluan menggunakan tangan kiri.
5. Membersihkan tangan sekali lagi dengan sabun.
6. Berwuduk sempurna seperti biasa.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rata seluruh rambut, kemudian menyiramnya dengan tiga kali curahan air menggunakan kedua-dua tangan. 
Langkah ini adalah berdasarkan hadis daripada Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari laitu: "Kemudian Baginda SAW memasukkan jarinya ke dalam air, lalu mengusap rambut, kemudian menyiram kepala tiga kali dengan kedua-dua tangannya." 
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan, diikuti dengan bahagian kiri. Hal ini berlandaskan hadis Aisyah RA yang bermaksud: "Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri." 
Bagi kaum wanita yang ingin mandi haid atau junub, perlulah melepaskan ikatan rambut. Hal ini berdasarkan hadis Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari, di mana beliau datang haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata: "Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu."
8. Memulakan basuhan (alirkan air) daripada kepala hingga ke kaki dengan mendahulukan bahagian kanan tubuh, diikuti dengan bahagian kiri tubuh. Menurut Aisyah RA: "Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci," Sahih Muslim. 
Hanya perlu mengalirkan air ke seluruh tubuh sebanyak satu kali, namun jika ada kemudahan air yang lebih, diharuskan untuk melakukannya sehingga tiga kali (hukumnya sunat). Tetapi makruh hukumnya jika melebihi tiga kali basuhan kerana dikira sudah membazirkan air.
9. Meratakan air ke seluruh tubuh dan sunat hukumnya untuk menggosok lembut seluruh tubuh. Diharuskan untuk menggunakan wangian (sabun) semasa mandi.
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat kemudiannya (jika wuduk awal tadi sudah terbatal kerana menyentuh kemaluan semasa mandi).


Antara perkara sunat lain yang digalakkan ketika mandi wajib adalah:
1. Menghadap kiblat ketika mandi, tetapi aurat mestilah ditutup dengan memakai kain basahan.
2. Meninggalkan bercakap-cakap sepanjang waktu mandi.


Bolehkah Melewatkan Mandi Wajib?
Mandi wajib boleh ditunda dari malam ke siang. Jadi untuk pasangan suami isteri yang berjimak pada waktu malam, boleh melewatkan mandi wajib sehingga tibanya pagi iaitu sebelum menunaikan solat subuh.
Sunat untuk berwuduk sebelum tidur jika ingin menangguh mandi wajib kepada pagi.
Bagi mereka yang melewatkan mandi wajib ketika Ramadan, perkara tersebut tidak membatalkan puasanya. Boleh terus berpuasa dan puasanya tetap sah, selagi tidak melakukan perkara lain yang boleh membatalkan puasa. 
Tetapi harus diingatkan, secara hukumnya, anda perlulah menyegerakan mandi wajib kerana perlu menunaikan kewajipan fardu iaitu solat. Anda boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu, segeralah mandi wajib untuk menunaikan solat dengan sempurna.






والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Visit: Wansite
Kredit : https://ikhlas.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2024/11/cara-mandi-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selama Ini Salah Teknik Rupanya Ini Cara Mandi Yang Betul Confirm Badan Bersih

Selama Ini Salah Teknik Rupanya Ini Cara Mandi Yang Betul Confirm Badan Bersih

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 111 hits
Turutan mandi yang betul dapat membantu memastikan anggota badan bersih secara optimum dari kepala hingga hujung kaki Malah untuk jenis kulit tertentu tidak mengikuti turutan mandi yang betul boleh menyebabkan jerawat muncul Jadi apakah tur...
Program Bedah Rumah Cara Mendaftar Dan Tips Agar Permohonan Anda Disetujui

Program Bedah Rumah Cara Mendaftar Dan Tips Agar Permohonan Anda Disetujui

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 69 hits
BloggerBorneo com Program Bedah Rumah adalah inisiatif sosial yang berfokus pada perbaikan atau renovasi rumah rumah yang tidak layak huni menjadi hunian yang layak aman dan nyaman bagi penghuninya Program ini umumnya ditujukan bagi masyara...
Bahaya Dehidrasi Kenali Tanda Dan Cara Mengatasinya

Bahaya Dehidrasi Kenali Tanda Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 104 hits
Dehidrasi adalah situasi di mana tubuh kita kehilangan lebih banyak cecair berbanding yang diambil dan ini boleh terjadi pada sesiapa saja terutama sekali kepada kanak kanak dan warga emas Tanda tanda dehidrasi kadang kadang susah dikenali ...
Cara Jovian Mandagie Nina Ismail Sabri Raih Pujian Sambut Hari Lahir Anak Bersama

Cara Jovian Mandagie Nina Ismail Sabri Raih Pujian Sambut Hari Lahir Anak Bersama

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 113 hits
Pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie dan bekas isteri Nina Ismail Sabri di lihat menyambut hari jadi anak mereka yang ke 7 iaitu Jeanelle Nika Mandagie Nyata menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagian anak kesayangan mereka Mel...
Cara Manajemen Vps Dengan Aapanel Panduan Mudah Untuk Pemula

Cara Manajemen Vps Dengan Aapanel Panduan Mudah Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 91 hits
BloggerBorneo com Dalam era digital saat ini mengelola server secara mandiri menjadi kebutuhan bagi banyak pengembang web dan pelaku bisnis online Virtual Private Server memberikan kebebasan dan fleksibilitas yang lebih besar dibandingkan s...
Cara Hilangkan Mengantuk Pada Waktu Pagi

Cara Hilangkan Mengantuk Pada Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 78 hits
Mengantuk merupakan satu keadaan yang pastinya akan dialami oleh setiap individu tidak kira tua atau muda Ia selalunya berlaku ketika kita melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan seperti di tempat kerja atau di sekolah Keadaan ini boleh ...
Saman Road Tax Mati Kadar Denda Cara Pembayaran Saman

Saman Road Tax Mati Kadar Denda Cara Pembayaran Saman

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 75 hits
Siapa di antara kita yang pernah kena saman disebabkan road tax atau cukai jalan telah mati atau tamat tempoh tapi tak tahu nak buat apa Haa kalau anda pernah atau sedang berada di situasi tersebut pastikan anda teruskan membaca artikel ini...
Cara Betul Simpan Kuetiaw Mi Kuning Dalam Peti Ais Tak Keras Dan Senang Masak

Cara Betul Simpan Kuetiaw Mi Kuning Dalam Peti Ais Tak Keras Dan Senang Masak

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 76 hits
Macam mana nak simpan kuetiau dan mi kuning supaya tahan lebih lama dalam peti ais Kalau salah cara ini akan membuatkan kuetiau patah dan hancur ketika dimasak Tak cantik pula bila nak dihidangkan kepada keluarga dan tetamu Nak simpan macam...
Cara Memilih Percetakan Flyers Yang Profesional

Cara Memilih Percetakan Flyers Yang Profesional

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 80 hits
Apakah anda sedang merancang untuk menghasilkan flyers bagi mempromosikan perniagaan atau acara anda Memilih percetakan flyers yang profesional adalah kunci untuk memastikan pesanan anda disampaikan dengan berkesan kepada audiens yang tepat...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah