Terbukti Yang Dicari Daripada Anwar Hanyalah Senarai Nama


 
Sebagaimana yang dijangka, tujuan utama Anwar Ibrahim disiasat adalah semata-mata untuk mendapatkan senarai Ahli-Ahli Parlimen PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin.
Apabila Anwar dalam sidang media selepas mengadap Agong pada Selasa lalu memaklumkan telah menyerahkan dokumen sahih mengenai sokongan 120 Ahli Parlimen terhadapnya kepada Istana Negara untuk membentuk kerajaan baru, ia dengan sendirinya bermakna tentulah ada Ahli Parlimen PN yang sudah mengalihkan sokongan mereka.
Dari segi moralnya, Muhyiddin juga sebenarnya sudah pun hilang sokongan dan jika ada maruah diri, beliau sepatutnya tidak berlengah lagi untuk meletakkan jawatan.
Sebab itu, dalam cubaan untuk terus mempertahankan diri, Anwar telah disiasat dengan tujuan utamanya adalah untuk memperolehi senarai Ahli Parlimen yang sudah beralih arah itu.
Jika senarai itu diperolehi daripada Anwar, senanglah selepas itu pujuk rayu, tekanan atau mungkin tawaran habuan lumayan dilimpahkan kepada mereka yang berkenaan.
Kalau diperhati daripada awal, menyiasat Anwar semata-mata kerana cuba menubuhkan kerajaan baru adalah tidak masuk akal sama sekali kerana ini adalah urusan politik dan semua yang beliau lakukan pula masih dalam ruang lingkung yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan.
Senarai 121 Ahli Parlimen yang tersebar di media sosial bukanlah daripada Anwar dan sesiapa pun boleh mencipta senarai tersebut.


Maka itu, pihak yang membuat laporan polis mengenainya macam tidak boleh berfikir dan tidak pernah masuk sekolah saja gaya hidupnya.
Jika senarai palsu itu ingin disiasat, bukan Anwar orangnya yang patut diminta datang ke Bukit Aman, tetapi adalah siapa yang menyebarkannya, termasuk portal dan blog tertentu yang menyiarkannya.
Kalau ketenteraman rakyat terganggu, ia juga bukan disebabkan oleh Anwar, tetapi oleh mereka yang mencipta dan menyebar senarai palsu itu.
Malangnya, mereka yang berkenaan itu tidak pernah disiasat sama sekali.
Dalam siasatan yang dijalankan terhadap Anwar, beliau telah menekankan tiada senarai atau nama Ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Agong, sebaliknya yang ada hanyalah surat dan dokumen yang membuktikan wujud sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan baru.
Selebihnya, senarai itu ada dalam tangan ketua-ketua parti yang telah menyatakan sokongan kepadanya.
Hanya apabila ketua-ketua parti dipanggil mengadap Agong, barulah ia akan dipersembahkan kepada baginda.
Urusan ini tidaklah sukar difahami oleh mereka yang waras dan berakal, malah ia membuktikan Anwar sangat berhati-hati dalam strategi serta perancangan yang diaturnya.
Lebih daripada itu, tentulah turut tidak masuk akal untuk Anwar mendedahkan secara terperinci butir perbualannya dengan Agong kepada pihak polis, walaupun itu antara yang turut diminta dalam siasatan petang semalam.
Dalam hal ini, sangat mudah untuk memahami bahawa bukanlah pihak polis yang ingin mengetahui sangat senarai Ahli Parlimen yang tidak lagi menyokong Muhyiddin atau butir perbincangan Anwar dalam majlis mengadapnya dengan Agong itu.
Pihak polis tiada kepentingan dalam hal ehwal politik, mereka hanya bertanggungjawab dalam urusan keselamatan negara saja.
Pihak lain yang berselindung mempergunakan intrumen kerajaan inilah pendurjana sebenar yang membebankan pihak polis untuk kepentingan mereka.
Begitu pun, dengan tiada apa-apa maklumat berkaitan senarai berjaya diperolehi dalam siasatan terhadap Anwar semalam, pastilah mereka yang berkenaan sedang pening kepala dan mungkin sedang memikir mencari ikhtiar lain pula.
Tambahan lagi, majlis mengadap ketua-ketua parti terhadap Agong ditangguhkan sehingga tempoh PKPB berakhir pada 27 Oktober depan.
Lalu, tambah peninglah mereka mencari-cari siapa dalam kelambu PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin yang dengan tindakan tersebut, yang paling ditakuti sebenarnya ialah ia juga akan menyebabkan mereka bakal kehilangan jawatan dalam kerajaan.
(Shahbudindotcom 17/10/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/terbukti-yang-dicari-daripada-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Anwar Tidak Senarai Nama Mp Yang Sokongnya

Agong Anwar Tidak Senarai Nama Mp Yang Sokongnya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 294 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 2 57 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap pagi tadi telah mengemukakan jumlah ahli ahli...
Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 526 hits
oleh Dr KamarulSudah bertebaran rata dakwaan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad bahawa Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi kononnya menjanjikan sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Antara lainnya berita ini te...
Senarai 121 Mp Sokong Anwar Pm9 Bukan Dari Keadilan

Senarai 121 Mp Sokong Anwar Pm9 Bukan Dari Keadilan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 418 hits
Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menafikan beliau mengeluar atau dikaitkan dengan senarai nama nama Ahli Parlimen yang menyokong Anwar Senarai yang tular sejak semalam dan dipetik beberapa portal berita serta blogger menamakan lebi...
Dua Ahli Parlimen Umno Sabah Tolak Senarai Palsu Sokong Anwar

Dua Ahli Parlimen Umno Sabah Tolak Senarai Palsu Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 486 hits
KOTA KINABALU 4 Okt Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dia antara Ahli Parlimen dari Sabah menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim Penafian itu dibuat selepas ...
Gempar Senarai 121 Ahli Parlimen Sokong Anwar Kini Tular

Gempar Senarai 121 Ahli Parlimen Sokong Anwar Kini Tular

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 693 hits
mhdaily netDatuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sudah menyerahkan senarai nama wakil rakyat yang menyokong beliau untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kepada Yang di Pertuan Agong Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata ...
Bpn 2 0 Dah Boleh Disemak Hari Ini Terkini Kerajan Dedahkan Apa Yang Perlu Buat Kalau Nama Tak Ada Dalam Senarai

Bpn 2 0 Dah Boleh Disemak Hari Ini Terkini Kerajan Dedahkan Apa Yang Perlu Buat Kalau Nama Tak Ada Dalam Senarai

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 326 hits
Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihation Nasional 2 0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan C0VID 19
Senarai Nama Penting Atau Batang Tubuh Penting

Senarai Nama Penting Atau Batang Tubuh Penting

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 279 hits
Kecuh di media sosial Anwar tidak beri senarai nama kepada Istana MP MP yang menyokongnya tetapi hanya memberikan jumlah sahaja Maka dikatakan Anwar menipu sahaja Baiklah jika Anwar serah senarai nama yang dikatakan lebih dari 120 MP terseb...
Beliau Tidak Mengemukakan Senarai Nama Ahli Ahli Dewan Rakyat Yang Didakwa Memberi Sokongan Kepada Beliau Istana Negara

Beliau Tidak Mengemukakan Senarai Nama Ahli Ahli Dewan Rakyat Yang Didakwa Memberi Sokongan Kepada Beliau Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 443 hits
Beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau Istana NegaraDalam sidang media khas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah mempersembahkan dokumen kepada Yang di ...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee

Shandy Jangan Sampai Berpisah Chord

Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi