Lantik Orang Yang Lebih Susah Dari Anda Sebagai Coach Untuk Ubah Kehidupan Agar Jadi Lebih Senang





Biasanya, panduan umum yang para sifu di luar sana berikan dalam bab memburu kejayaan adalah, 

Untuk berjaya, perlu belajar dari orang sudah berjaya.
Contohnya, kalau anda nak kaya, kena belajar dari orang yang sudah berjaya jadi kaya. Logik panduan itu, tapi ..
Masalah jika nak ambil pendekatan tersebut adalah, orang kaya yang nak anda tuntut ilmu darinya itu akan kenakan bayaran. Bukan murah harganya. Sebab itu mereka kaya.
Bukan semua orang mampu keluarkan duit untuk bayar pada sifu-sifu yang dah kaya tu.
Jadi, saya nak cadang satu lagi cara yang jauh lebih mudah. Daripada belajar dengan orang kaya, apa kata anda belajar dari orang yang susah.
Dalam mana-mana masyarakat, orang susah saja yang sering bantu orang susah yang lain. Malah kebanyakan masa mereka memberi bantuan secara percuma saja, langsung tak berkira. 
Sebab mereka tak ada apa-apa yang nak dirugikan, dah memang tak ada apa-apa sangat pun dalam simpanan. Mereka miskin harta, tapi kaya budi.
Takrifan miskin, susah & kayaSebelum itu, mari lihat terlebih dahulu makna miskin, susah dan kaya secara praktikal. Itu pendekatan awal untuk memberi keyakinan terhadap apa yang akan anda amalkan selepas ini.
Berikut takrifan mudahnya.
Miskin – Pendapatan tidak cukup untuk menyara keperluan. Jika dia perlukan RM1000 untuk penuhi keperluan hidup, dia hanya mampu dapat kurang dari itu dan tak akan dapat melunaskan segala keperluan dan tanggungan hidupnya.Susah – Pendapatan ngam-ngam cukup untuk sara keperluan. Ini kategori yang ramai orang berada di dalamnya. Tak kira berapa pendapatan yang dia dapat, semuanya habis digunakan, tak ada lebih tak ada kurang. Begitulah berterusan sekali pun jika dia berjaya naikkan pendapatan tetap, perbelanjaan tetapnya akan turut juga naik.Kaya – Pendapatan lebih daripada keperluan. Jika dia perlukan RM5000 untuk keperluan hidup, pendapatannya sentiasa lebih dari itu. Baki disimpan tak kacau, kemudian dilaburkan dan makin lama makin meningkat lebihan hasil dari pasif income yang dibina.Anda boleh temui ramai orang, terutamanya yang makan gaji, yang susah. Macam saya kata di atas tu, setiap kali pendapatan meningkat, anda akan secara tak sedar tingkatkan juga keperluan. Hingga apa saja jumlah yang ada hanya cukup untuk dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada simpanan.
Belajar dari orang susahSekarang, mari lihat bagaimana orang susah boleh mengajar anda menjadi kaya.
Lihat di sekeliling, samada kawan, kenalan, jiran, saudara atau siapa saja yang anda kenal, semuanya punyai jumlah pendapatan yang berbeza antara satu sama lain.
Ada yang dapat RM900 sebulan, ada yang dapat RM1,500, ada yang dapat RM3,000 dan ada juga yang dapat lebih daripada RM10,000 setiap bulan.
Di kalangan mereka dah tentu ada yang jumlah ahli keluarganya sebijik sama dengan anda dan barang kali tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Lebih menarik lagi kalau dibandingkan pendapatan yang anda dapat, adalah jauh melebihi pendapatan mereka.
Katakan pendapatan yang anda bawa balik adalah RM5,000 sedangkan pendapatan jiran itu sekitar RM3,000. Jika diperhatikan ada perkara menarik yang berlaku. Kenapa pendapatan yang anda ada hanya cukup-cukup untuk keperluan sahaja. Dalam masa yang sama jiran anda juga mengeluh kenapa pendapatannya hanya ngam-ngam untuk menyara keperluannya sahaja setiap bulan.
Sama seperti anda juga, dia tak berkeupayaan menabung dan ini telah berterusan semenjak pendapatannya hanya RM1,500 sebulan dulu. Samalah seperti anda.
Ada rahsia penting tersorok dalam keadaan yang saya gambarkan di atas jika digabungkan, dapat membantu anda jadi kaya.
Begini caranya.

Lantik jiran jadi coach - Ajak kawan yang pendapatan RM3,000 itu menjadi pembantu untuk anda jadi kaya. Berikan sedikit ganjaran seumpama RM50 atau lebih, setiap kali dia ceritakan amalan kehidupannya pada anda.Tiru macam dia - Temuramah jiran anda itu bagaimana dia berbelanja secara terperinci. Kereta apa dia pakai, makanan jenis apa yang dia makan dan lain-lain yang berkaitan. Seterusnya ikut semua gaya hidup dan cara dia berbelanja. Jadikan beliau sebagai pemantau untuk menegur jika ada kesilapan berlaku.Istiqamah - Amalkan secara tetap sehingga menjadi kebiasaan. Di saat itu anda akan dapati pendapatan yang dibawa balik sudah sentiasa berlebihan sebanyak RM2,000 daripada keperluan sebab anda dah berjaya ikut gaya hidupnya yang bawa balik RM3,000 sebulan.Mula menabung semua lebihan - Masukkan ke dalam bank atau tabung haji atau unit trust atau seumpamanya secara tetap.Anda sudah masuk dalam senarai orang kaya.

Jangan lupa turunkan ilmu ini pada jiran yang membantu anda tadi selepas anda dah berjaya ikut gaya hidupnya. Suruh dia cari rakan atau jiran lain pula yang berpendapatan RM2,000 sebulan. Jangan kaya seorang diri, ajak orang lain juga jadi kaya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/11/belajar-dari-orang-susah-untuk-jadi-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Terbaik Untuk Di Letakkan Barang Jualan Anda Agar Lebih Tinggi Hasil Jualannya

Tempat Terbaik Untuk Di Letakkan Barang Jualan Anda Agar Lebih Tinggi Hasil Jualannya

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 160 hits
Salah satu perniagaan yang dah bertapak lama dan terbukti berjaya adalah perniagaan kedai runcit Masa zaman kanak kanak di kampung dulu orang tua saya ada akaun di kedai runcit Melayu kat Pekan Penanti Setiap hari mak pergi kedai tu beli ba...
Nak Lebih Senang Borak Dengan Kekasih Lisa Bp Akui Ingin Belajar Bahasa Perancis

Nak Lebih Senang Borak Dengan Kekasih Lisa Bp Akui Ingin Belajar Bahasa Perancis

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 268 hits
Semakin hari semakin banyak khabar angin percintaan antara Lisa BLACKPINK dan Fr d ric Arnault ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lisa telah menjadi muka depan untuk majalah Elle Taiwan 2024 dan juga terlibat dengan temu bual khas bersama mere...
Ubah Kehidupan Tambah Duit Simpanan Bermula Dengan Kemas Almari Pakaian

Ubah Kehidupan Tambah Duit Simpanan Bermula Dengan Kemas Almari Pakaian

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 121 hits
Tajuk di atas tu orang putih panggil clickbait Tajuk yang sengaja dibuat untuk menarik orang agar teringin nak baca Tentu anda tertanya tanya apa kaitan tambah duit simpanan dengan kemas almari pakaian Teknik ni boleh diguna pakai oleh anda...
Solusi Kehidupan Yang Lebih Baik Bagaimana Caranya

Solusi Kehidupan Yang Lebih Baik Bagaimana Caranya

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 217 hits
Inginkan kehidupan yang lebih baik Tenang keluarga bahagia kewangan Cukup dan melimpah ruah lagi berkat Buku FTR ada solusinya Buku nie untuk cuci KOLAM JIWABila hati bersihRezeki mudah datang Rezeki dalam bentuk apa sahaja Duit Kesihatan k...
Susah Nak Amik Dia Terima Lebih 100 Tawaran Banyak Jenama Berebut Nak Pilih Lisa Bp Jadi Duta

Susah Nak Amik Dia Terima Lebih 100 Tawaran Banyak Jenama Berebut Nak Pilih Lisa Bp Jadi Duta

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 231 hits
Lisa BLACKPINK tidak dinafikan mempunyai pengaruh hebat dalam pelbagai bidang termasuk hiburan dan fesyen Lisa BLACKPINK Menerima Tawaran daripada Lebih 100 Jenama Memilih Kurang Daripada 10 ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lisa telah dipili...
Hadiah Sebagai Perangsang

Hadiah Sebagai Perangsang

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum Bulan lepas SA ada order tumbler ni kat website Arkitype Dah lama aimed nak belikan untuk Dania sebagai something yang boleh naikkan semangat dia belajar product Arkitype ni memang selalu lalu lalang kat timeline FB SA so ha...
Siapa Iktiraf Mereka Sebagai Ulamak

Siapa Iktiraf Mereka Sebagai Ulamak

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 182 hits
Aku tengok sedutan podcast antara 3 tokoh ini cerita tentang gelaran ulama http tinyurl com bdhbn4za 2018 lagi aku dah menulis akan perlunya satu badan penarafan ulama Ini bagi memastikan bukan sesiapa pun boleh digelar ulama Hatta gelaran ...
Kenangan Manis Sebagai Ghostwriter Di Tahun 2023

Kenangan Manis Sebagai Ghostwriter Di Tahun 2023

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 237 hits
Apabila bercakap mengenai kenangan manis sebagai Ghostwriter sudah pasti automatik meleret menguntum senyuman di bibir saya Manakan tidaknya kenangan sepanjang tahun 2023 sangat banyak Daripada saya terima sehingga kepada job tetap sebagai ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever