Ubah Kehidupan Tambah Duit Simpanan Bermula Dengan Kemas Almari Pakaian




Tajuk di atas tu orang putih panggil 'clickbait'. Tajuk yang sengaja dibuat untuk menarik orang agar teringin nak baca. Tentu anda tertanya-tanya apa kaitan tambah duit simpanan dengan kemas almari pakaian.
Teknik ni boleh diguna pakai oleh anda yang selama ini cukup pendapatan, tapi tak pernah dapat menabung. Duit simpanan tak dapat diadakan. Jika berlaku apa-apa keperluan terkejut, tentu gelabah untuk selesaikannya.
Saya rasa itu masalah paling kerap berlaku kepada golongan makan gaji yang ada pendapatan tetap masuk setiap bulan. Banyak mana masuk, banyak itulah juga yang keluar ngam-ngam sehinggalah datang semula bulan yang baru.
Yang peliknya, bila pendapatan bulanan ada peningkatan, maka secara automatik, belanja juga akan turut sama naik. Masih tak dapat kekalkan cara belanja sebelum itu supaya jumlah kenaikan itu dapat dijadikan tabungan. Kena sumpahan apa pun tak tau lah!.
Semua itu dapat diubah seandainya anda ada 2 ciri-ciri berikut di bawah.
Rumah berselerak - Anda tinggal di sebuah rumah yang penuh berselerak dengan barang-barangSuka membeli - Rajin keluar rumah cari duit untuk membeli barang-barang lagi, bagi menambah koleksi simpanan barang-barangnya di rumah.Kebiasannya, anda yang punya ciri-ciri di atas, akan turut sama ada penyakit suka beli barang bila ada duit. Ia dah jadi tabiat, iaitu berlaku secara spontan tanpa perlu dipaksa atau tanpa disedari.
Tabiat itulah yang mahu diubah sekarang dengan menggunakan teknik kemas almari rumah. Ia mampu dijadikan sebagai permulaan membina sikap hidup ringkas supaya anda mampu jadi kaya.
Permulaan kemas almari ini diharapkan dapat membuatkan wang anda berlebihan sedikit daripada kebiasaan. Dari situ, diharap dapat dijadikan motivasi melebarkan teknik ini pada sudut dalam rumah, yang lain pula.
Kemas almari rumahPergi buka semua almari pakaian yang ada dan keluarkan semua pakaian kepunyaan anda yang ada di dalamnya satu persatu.
Asingkan  mengikut jenis seperti berikut:
Pakaian yang sering anda gunakanPakaian yang jarang digunakanPakaian yang tak pernah digunakanAda dapat perhatikan berlakunya fenomena 80/20. Anda akan dapati dalam keseluruhan baju yang ada, hanya 20% sahaja dariya yang anda gunakan 80% daripada masa. Lebihan 80% daripada pakaian dalam simpanan itu hanya digunakan 20% daripada masa kita.
Dalam bahasa mudahnya jika jumlah pakaian anda 100 helai, anda akan dapati, lebih kurang 20 helai sahaja yang paling kerap di pakai, iaitu 80% dari masa yang anda ada.
Anda akan dapati jenis pakaian dalam kategori kedua dan ketiga menjadi koleksi paling banyak dalam almari pakaian.
Kemas semula almariSetelah selesai mengklasifikasikan ketiga jenis pakaian di atas. masukkan semula jenis yang pertama ke dalam almari. Iaitu jenis yang memang anda sentiasa pakai dan gunakan.
Anda akan dapati ruang almari menjadi cukup luas dan lapang.
Semak semula pakaian jenis kedua dan simpan satu atau maksimum dua saja pakaian yang anda gunakan untuk:
Majlis perayaan seperti hari raya atauMajlis formal seperti makan malam atau lain-lain seumpamanya.Simpan hanya yang terbaik, tercantik, terbaru dan paling anda suka sahaja untuk kategori ini. Selebihnya jadikan ia sebagai kategori yang ketiga.
Biasanya jumlah pakaian dari jenis ketiga ini masih tetap jauh lebih banyak daripada kategori pertama.
Semak lagi untuk kali terakhirMulakan membelek satu persatu pakaian jenis ketiga ini buat kali terakhir.
Biarkan jenis ini melekat dalam kepala kerana kenangan sedih ini akan digunakan dalam kehidupan anda seterusnya. Setelah puas membelek, anda boleh buat keputusan samada mahu hadiahkan pada kawan baik atau orang susah.
Anda boleh juga jual dalam bentuk bunddle atau hadiahkan pada organisasi kebajikan. Kalau tak ada yang layak buang sahaja dan jadikan sebahagiannya sebagai kain buruk.
Perhatikan semula jenis yang pertamaKini tiba masa untuk membuat sedikit kajian terhadap pakaian daripada jenis yang pertama tadi. Fikirkan dan buat analisa kenapa anda suka pakai pakaian tersebut secara rutin.
Kenal pasti apa ciri-cirinya dan buat catitan pada buku nota. Spesifikasi yang telah disenaraikan tadi perlu digunakan setiap kali anda mahu membeli pakaian baru jika perlu. 
Ini akan membuatkan setiap pakaian yang dibeli akan lebih terjamin bukan satu pembaziran dan bukan dibeli semata-mata atas tipudaya promosi jurujual.
Mulakan gaya hidup baruSelesai semua aktiviti kemas almari rumah di atas menandakan satu permulaan kehidupan ringkas dalam hal berpakaian.
Anda hanya mempunyai pakaian yang benar-benar berguna dan sering dipakai. Anda juga akan secara automatik menghindari kesilapan membeli pakaian yang tidak diperlukan apabila sering teringatkan semula berbakul-bakul pakain jenis itu yang telah disingkirkan dari almari pakaian dirumah.
Wang pendapatan bulanan akan mula ada lebihan sedikit untuk dijadikan wang simpanan sebagai modal untuk diternakkan agar membiak dalam jangka panjang.
Anda sudah mula menjadi orang kaya baru. Orang kaya dalam makna hidup ringkas.
Selamat mencuba kemas almari rumah untuk permulaan membentuk sikap jadi kaya, semoga berjaya, Insyallah!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/11/teknik-kemas-almari-rumah-untuk-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shamsul Ghau Ghau Hilang 10 Tahun Demi Belajar Al Quran Duit Simpanan Rm300k Habis Diguna Amp Jual 2 Biji Rumah

Shamsul Ghau Ghau Hilang 10 Tahun Demi Belajar Al Quran Duit Simpanan Rm300k Habis Diguna Amp Jual 2 Biji Rumah

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 252 hits
Yang dahulu dikenali sebagai pelakon Shamsul Ghau Ghau memberitahu dia hilang daripada industri seni selama 10 tahun kerana mahu fokus kepada pengajian Al Quran untuk mendapatkan sijil bertauliah Lalui beberapa ujian sepanjang hilangkan dir...
Lantik Orang Yang Lebih Susah Dari Anda Sebagai Coach Untuk Ubah Kehidupan Agar Jadi Lebih Senang

Lantik Orang Yang Lebih Susah Dari Anda Sebagai Coach Untuk Ubah Kehidupan Agar Jadi Lebih Senang

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 186 hits
Biasanya panduan umum yang para sifu di luar sana berikan dalam bab memburu kejayaan adalah Untuk berjaya perlu belajar dari orang sudah berjaya Contohnya kalau anda nak kaya kena belajar dari orang yang sudah berjaya jadi kaya Logik pandua...
Bawa Duit Selepas Peras Wang Skandal Mendiang Lee Sunkyun Turut Ugut Jeon Hyejin

Bawa Duit Selepas Peras Wang Skandal Mendiang Lee Sunkyun Turut Ugut Jeon Hyejin

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 159 hits
Pada 3 Januari mesej antara pekerja seks yang memeras ugut isteri mendiang Lee Sun kyun telah didedahkan ARTIKEL BERKAITAN Khususnya pekerja seks A dan B yang didakwa telah memeras mendiang Lee Sun kyun merancang untuk menyasar isterinya ju...
6 Tips Cara Buat Bisnes Homestay Lubuk Buat Duit Online

6 Tips Cara Buat Bisnes Homestay Lubuk Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 145 hits
Salam semua bisnes homestay antara bisnes yang popular zaman sekarang Kalau nak cari homestay pun dah memang mudah dan senang nak dapat kan Ramai yang memilih untuk menginap di homestay sebab lagi murah sikit nak berbanding masuk hotel Kapa...
Cara Dapat Duit Mudah

Cara Dapat Duit Mudah

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 311 hits
Cara Dapat Duit Mudah Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit cara untuk mendapa...
Simpanan Tabung Haji Cara Had Pengeluaran

Simpanan Tabung Haji Cara Had Pengeluaran

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 331 hits
Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam mempunyai akaun simpanan Tabung Haji yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan duit tetapi juga sebagai pendaftaran untuk menunaikan ibadah Haji Selain itu sebahagian besar daripada ki...
Saya Tak Dak Duit Gaji Saya Ja Ada Kata Mahathir

Saya Tak Dak Duit Gaji Saya Ja Ada Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 227 hits
Mahathir kata dia tak curi duit rakyat Boleh periksa akaun dia Berapa je harta dia ada Mungkin betul tak ada banyak duit dalam akaun dia Tapi sebab dia tak bodoh Bukan sebab dia tak curi Tapi tak apa Kita bukan nak penjarakan Mahathir Kita ...
Peniaga Warga Asing Terjah Bagi Belon Pada Budak Kemudian Minta Duit

Peniaga Warga Asing Terjah Bagi Belon Pada Budak Kemudian Minta Duit

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 138 hits
KOSMO Tangkap layar perkongsian Kamal yang menunjukkan lambakan peniaga asing di sebuah taman rekreasi popular di Shah Alam SelangorPETALING JAYA Lambakan warga asing di negara ini menjadikan mereka semakin berani menjalankan pelbagai aktiv...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan