Lantang Kritik Kerajaan Satu Lagi Portal Disekat



Lantang kritik kerajaan, satu lagi portal disekat MalaysiaNow
Seorang pengulas politik terkenal Malaysia membidas menteri yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan internet di negara ini selepas laman sesawangnya disekat akses secara senyap, sama seperti sekatan 48 jam yang dikenakan terhadap portal berita MalaysiaNow baru-baru ini yang mendapat bantahan daripada beberapa pihak.
Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan laman Malaysia Today selama lebih sedekad menyifatkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebagai seorang yang hipokrit.
“Bila jadi pembangkang, menjerit tentang kebebasan bersuara.
“Bila jadi kerajaan, sekat Malaysia Today.”
Ini merupakan siri kritikan terbaru terhadap Fahmi, yang sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyerang media serta mengancam tindakan ke atas pengkritik kerajaan.
Raja Petra, yang melarikan diri bagi mengelakkan daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2009, memberitahu MalaysiaNow beliau menyedari laman sesawangnya tidak boleh diakses oleh sebahagian besar pembaca pada pertengahan bulan lalu.
Ujian di laman sesawang Open Observatory of Network Interference (Ooni) mengesahkan bahawa Malaysia Today disekat akses kepada pengguna sekurang-kurangnya dua penyedia perkhidmatan internet (ISP) utama di Malaysia – Maxis dan Celcom.
Sejak laman tersebut disekat akses, Raja Petra memaklumkan pembacanya supaya memasang alat atau tetapan yang boleh memintas sekatan itu.
Bagaimanapun seperti apa yang berlaku ke atas MalaysiaNow minggu lalu, katanya tiada sebarang maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi pengawal selia di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital yang diberi kuasa untuk menyekat laman sesawang “tidak diingini”.
“Kami tidak dapat memastikan kesahihannya 100%, kerana sekatan itu tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh SKMM,” katanya sambil menambah sekatan tersebut mengurangkan jumlah pembaca sebanyak 70%.

Minggu lalu, akses portal berita MalaysiaNow disekat beberapa penyedia perkhidmatan internet utama, sebelum ia ditarik balik kira-kira 48 jam kemudian berikutan kecaman daripada aktivis, wartawan dan ahli politik.
Sekatan terhadap MalaysiaNow dipercayai pertama kali dilakukan sejak 2016 membabitkan portal berita yang mempunyai akreditasi media dari Jabatan Penerangan.
Pada Februari 2016, portal berita The Malaysian Insider disekat oleh SKMM beberapa minggu sebelum akhirnya ditutup.
Fahmi, yang menafikan terlibat dalam mengeluarkan arahan sekatan itu masih belum memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan yang menyebabkan beberapa ISP menyekat akses kepada MalaysiaNow.
READ MORE HERE
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/07/03/lantang-kritik-kerajaan-satu-lagi-portal-disekat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah Bekas Pemimpin Pas Balun Annuar Musa Di Pentas Kerajaan Perpad

Fitnah Bekas Pemimpin Pas Balun Annuar Musa Di Pentas Kerajaan Perpad

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 214 hits
PENCERAHAN DARI SEORANG BEKAS PEMIMPIN PAS YANG DIPECAT OLEH PAS DALAM PENTAS KERAJAAN PERPADUAN DI PELANCARAN JENTERA PRN KELANTAN
Keciciran Murid Jangan Salahkan Kerajaan Semata Mata

Keciciran Murid Jangan Salahkan Kerajaan Semata Mata

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 172 hits
ULAMA dari Indonesia Hamka dalam buku bertajuk Pribadi Hebat ada menyebut Pendidikan yang menumbuhkan kedua dua kemampuan penting berpikir dan bekerja Kemampuan memikirkan dan kemampuan mengerjakan harus dikuatkan pada masa merdeka Statisti...
Terengganu Ada 10 Ribu Miskin Tegar Kerajaan Pusat Cuba Selesai Masalah

Terengganu Ada 10 Ribu Miskin Tegar Kerajaan Pusat Cuba Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 326 hits
Terengganu mengikut perangkaan terbaharu memiliki sekitar 10 000 isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar yang menyebabkan negeri itu berada di tangga 5 terbawah sebagai negeri miskin di Malaysia Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu A...
Owhhh Masa Dalam Kerajaan Pun Banyak Yang Hilang Terkini Vandilator Sebelum Ni Kbs Hilang Dekat 100 Juta Tak Silap

Owhhh Masa Dalam Kerajaan Pun Banyak Yang Hilang Terkini Vandilator Sebelum Ni Kbs Hilang Dekat 100 Juta Tak Silap

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 329 hits
Masa Mahiaddin jadi PM kemudian masa KJ duduk dalam kabinet berapa kukuh matawang negara Cuba ingatkan balik Matawang kita merudum baru ni ke atau menerima masa PN memerintah masa KJ ada dalam Kabinet lagi Berapa ramai rakyat yang peduli ni...
Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 260 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama hingga wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat PUTRAJAYA Kementerian Ekonomi sed...
Kerajaan Tak Akan Campur Tangan Kejatuhan Ringgit Pasaran Modal

Kerajaan Tak Akan Campur Tangan Kejatuhan Ringgit Pasaran Modal

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 191 hits
Kerajaan tidak bercadang untuk campur tangan segera dalam krisis kejatuhan pasaran modal dan ringgit ketika ini demikian menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli Beliau menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit ...
22 000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer Kerugian Rm850 Juta

22 000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer Kerugian Rm850 Juta

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 389 hits
SERAMAI 22 000 pesara kerajaan menjadi mangsa scammer setakat ini melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan Justeru beliau berkata kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan me
Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 142 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menerima 2 415 permohonan Dana Skim Pembiayaan Kewangan Mikro Negeri Pahang fasa kedua yang dibuka pada November hingga 14 Disember tahun lalu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Indera Zulkifli Yaacob ber...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan