Kerajaan Tak Akan Campur Tangan Kejatuhan Ringgit Pasaran Modal



(Berita Harian) – Kerajaan tidak bercadang untuk campur tangan segera dalam krisis kejatuhan pasaran modal dan ringgit ketika ini, demikian menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau menegaskan, tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi kejatuhan pasaran modal dan ringgit yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak pada masa ini.
Menurutnya, kerajaan melihat setiap campur tangan bagi menyokong pasaran modal dan ringgit akan membabitkan kos yang besar, dengan dana itu sepatutnya disalurkan kepada keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi Malaysia.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan akan menunggu impak positif yang akan terhasil menerusi penstrukturan semula ekonomi termasuk langkah subsidi bersasar yang dilaksanakan secara berperingkat.
“Tiada perbincangan dalam kerajaan untuk campur tangan berikutan kejatuhan pasaran ekuiti dan ringgit.
“Kerajaan akan lihat perkembangan dan hasil pelaksanaan penstrukturan ekonomi dan subsidi bersasar. Selepas itu, kita akan lihat konsolidasi fiskal akan berlaku untuk menyokong pasaran modal dan ringgit.
“Saya jangkakan kita akan melihat kesan penstrukturan ekonomi dan konsolidasi fiskal menjelang akhir tahun termasuk selepas pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober ini. Buat masa ini, tiada cadangan untuk campur tangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di sini, hari ini.
Rafizi berkata, kerajaan harus membelanjakan dana yang ada dengan bijak dan sepatutnya untuk impak jangka panjang untuk membina kapasiti ekonomi negara.
“Pasaran saham sangat bergantung kepada pembaharuan ekonomi. Ia akan mengambil sedikit masa kepada semua dan pasaran untuk melihat impaknya.
“Kita memahami ada sedikit jurang pemahaman pasaran ke atas apa yang sedang dilaksanakan kerajaan (penstrukturan ekonomi) tetapi selepas ia difahami dan dibuktikan dengan data defisit yang lebih baik.
“Kerajaan mahu memberi tumpuan kepada struktur ekonomi berbanding campur tangan terus ke atas pergerakan pasaran dan ringgit,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/20/kerajaan-tak-akan-campur-tangan-kejatuhan-ringgit-pasaran-modal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Penangkapan Begal Songong Lambai Tangan Ke Cctv Polisi Kokang Senjata

Video Penangkapan Begal Songong Lambai Tangan Ke Cctv Polisi Kokang Senjata

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 260 hits
Resmob Polres Brebes dalam akun youtubenya perlihatkan detik detik penangkapan 2 pelaku begal nasi goreng yang viral Salah seorang pelaku nampak percaya diri lambaikan tangan ke CCTV Polisi berhasil amankan 1 pelaku di wilayah Brebes 1 pela...
Video Mahfud Turun Tangan Tuntaskan Polemik Al Zaytun Gandeng Menag Dan Polisi

Video Mahfud Turun Tangan Tuntaskan Polemik Al Zaytun Gandeng Menag Dan Polisi

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 280 hits
Menko Polhukam Mahfud Md masih mendalami polemik Pondok Pesantren Al Zaytun di Indramayu Jawa Barat Mahfud mengaku sudah berkoordinasi lintas kementerian dan lembaga untuk menuntaskan kisruh Al Zaytun Selain itu mantan ketua Mahkamah Konsti...
Cerruti 1881 Jam Tangan Ruscello Men

Cerruti 1881 Jam Tangan Ruscello Men

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 594 hits
Dedikasi Cerruti 1881 untuk menghasilkan kualiti tinggi produk dengan keperibadian dan daya tarikan terserlah dalam terbaharunya menawarkan koleksi jam tangan Ruscello Men Fungsi dan spesifikasi antara jam tangan adalah serupa Walau bagaima...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Tular Di Media Sosial Penduduk Terjejas Aceh Tamiang Rayu Bantuan Kerajaan Aceh Arah Agih Segera

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Apa Sebenarnya Tugas Syarikat Design Printing Dalam Sesebuah Jenama

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta

Penghujung Sebuah Cerita Kesedihan Dan Harapan Dalam The Last Goodbye

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan