Keciciran Murid Jangan Salahkan Kerajaan Semata Mata



ULAMA dari Indonesia, Hamka dalam buku bertajuk Pribadi Hebat ada menyebut: "Pendidikan yang menumbuhkan kedua-dua kemampuan penting - berpikir dan bekerja. Kemampuan memikirkan dan kemampuan mengerjakan harus dikuatkan pada masa merdeka."

Statistik Kementerian Pendidikan (KPM)?mendedahkan seramai 14,858 orang atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon tidak hadir menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah membimbangkan.

Ini kerana angka itu meningkat 10,681 orang atau 2.7 peratus calon daripada jumlah keseluruhan yang tidak hadir menduduki SPM 2021. Ia menunjukkan pelajar telah hilang minat dan kesedaran untuk menuntut ilmu seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Di pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), kami masih menunggu hasil dapatan KPM untuk melihat faktor sebenar calon-calon tidak hadir peperiksaan itu. Hasil dapatan ini penting untuk mengatur dan menilai kembali strategi dan pendekatan yang sesuai untuk menangani permasalahan ini.

Semestinya, isu calon tidak hadir peperiksaan memerlukan pemerhatian dan pertimbangan yang holistik. Ia bukan sahaja isu yang perlu ditangani oleh warga pendidik tetapi juga ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya.

Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2022 menjadikan SPM sebagai peperiksaan awam tunggal untuk diduduki oleh pelajar sekolah menengah.

Ia juga merupakan kelayakan minimum seseorang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memasuki pasaran kerja. Oleh demikian, kegagalan hadir untuk melengkapkan pengajian di peringkat menengah ini masih memerlukan intervensi pelbagai pihak.

Selain isu calon SPM tidak hadir, jumlah calon yang gagal mendapatkan sijil SPM bagi 2022 sebanyak 31,414 orang iaitu 8.4 peratus daripada keseluruhan calon juga memerlukan perhatian KPM.

GPMS berpendirian, intervensi secara khusus perlu dibuat bagi mengenal pasti jenis punca dan solusi untuk membantu kumpulan yang gagal mendapatkan sijil SPM.

Ibu bapa perlu memainkan peranan besar dalam membantu dan mendorong anak mereka untuk memastikan sekurang-kurangnya mendapat keputusan minimum bagi melayakkan mereka mendapat sijil SPM.

Dalam pada itu, sekiranya wujud kecenderungan pelajar kepada pengajian berbentuk kemahiran, mereka perlu segera dipimpin ke Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

GPMS melihat peluang pendidikan dalam bidang TVET sungguh besar dan signifikan. Lebih-lebih lagi selari dengan pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memperkenalkan Program Asasi TVET.

Langkah ini memberikan gambaran jelas bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua tetapi patut dan wajar dipertimbangkan sebagai pilihan utama pelajar.

Tuntasnya, isu minat untuk belajar dan menyambung pengajian bukan mudah yang hanya memerlukan perhatian KPM ataupun Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ia merupakan satu isu besar dan kompleks kerana melibatkan pemain industri dan dasar hala tuju kerajaan supaya pelajar to dapat melihat di manakah diri mereka dalam tempoh lima tahun mendatang.

Peranan kita sebagai masyarakat adalah untuk menjadi penyuluh kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM supaya mereka dapat membuat keputusan tepat demi masa depan diri dan negara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/keciciran-murid-jangan-salahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Dapat Cahaya Islam Prof Ini Nekad Terbang Dari Amerika Ke Penang Semata Mata Nak Masuk Islam

Gara Gara Dapat Cahaya Islam Prof Ini Nekad Terbang Dari Amerika Ke Penang Semata Mata Nak Masuk Islam

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 219 hits
Gara gara dapat cahaya Islam Prof ini nekad terbang dari Amerika ke Penang semata mata nak masuk Islam 8220 Lebih 20 tahun saya terdedah dengan Islam melalui pergaulan saya tertarik melihat tingkah laku dan cara mereka membawa diri dalam ma...
Bukan Sahaja Kemiskinan Hala Tuju Sektor Pendidikan Punca Keciciran Murid Pensyarah

Bukan Sahaja Kemiskinan Hala Tuju Sektor Pendidikan Punca Keciciran Murid Pensyarah

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi mengkaji serta menyelesaikan masalah keciciran pelajar sekolah yang semakin ketara Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian P...
Jangan Asyik Salahkan Orang Lain

Jangan Asyik Salahkan Orang Lain

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 205 hits
Kita tidak pernah salah Kita selalu menuding jari pada orang lain Ia berlaku dalam kehidupan seharian kita Lagi parah kalau dalam dunia politik Selalunya begitulah Macam Ahmad Maslan menyalahkan bekas perdana menteri Ismail Sabri kerana tid...
Pemimpin Pn Bodoh Jangan Diikut Kalau Ikut Sama Jadi Bodoh Kerajaan Nak Bantu Dia Pertikai Memang Pertikaian National

Pemimpin Pn Bodoh Jangan Diikut Kalau Ikut Sama Jadi Bodoh Kerajaan Nak Bantu Dia Pertikai Memang Pertikaian National

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 197 hits
Nampak tak pemimpin PN ni jenis cerdik tak boleh ikut Tapi bodoh pun jenis tak boleh diajar juga Kononnya nak kutuk PMX dan Kerajaan Perpaduan flip flop kerana umum untuk teruskan subsidi telur dan ayam serta pemberian biasiswa JPA dalam bi...
Keciciran Kpm Sasar Tingkat Enrolmen Murid Prasekolah

Keciciran Kpm Sasar Tingkat Enrolmen Murid Prasekolah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 569 hits
ALOR SETAR Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid di prasekolah kepada 90 peratus berbanding 80 peratus ketika ini sebagai langkah awal mengekang keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah Menterinya Fa...
Kerajaan Pahang Perkenalkan Aplikasi Mudah Alih Kad Kesihatan Pahang Pride

Kerajaan Pahang Perkenalkan Aplikasi Mudah Alih Kad Kesihatan Pahang Pride

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 276 hits
TEMERLOH Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan aplikasi mudah alih Pahang Pride Kasih sebagai platform baharu kepada 30 600 penerima kad kesihatan program itu tahun ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aplikasi ini nila...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Not By Accident

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Tersama Lah Pula

Tiba Tiba Kena Mengacau Dodol

4 Resipi Daging Korban Paling Padu Siap Masak Dalam 15 Minit Je

Tiram Tidak Dilahirkan Untuk Menghasilkan Mutiara

Adifa Lekas Pulang Chord