Langsung Sekitar 50 000 Orang Sertai Demo Anti Icerd


HUJAN mula turun di Dataran Merdeka menyebabkan peserta perhimpunan mula beredar
Ramai peserta di sepanjang Jalan Tun Perak dilihat mula meninggalkan kawasan itu berikutan cuaca hujan
Namun peserta di hadapan Dataran Merdeka tidak dapat beredar ekoran penghadang jalan yang dipasang di kawasan berkenaan
Sementara itu, pemimpin dilihat masih lagi berucap di pentas mengenai bantahan ICERD dan kerajaan baharu Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran kepada PH yang Umno akan kembali berkuasa pada pilihan raya akan datang
Katanya ini kerana PH tidak menunaikan tanggungjawab mereka melindungi kepentingan orang Melayu dan Islam
Terdahulu, peserta perhimpunan dari Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak diarahkan berhenti berarak ke arah Dataran Merdeka yang kini penuh
Mereka diminta duduk di lokasi bersesuaian ketika sukarelawan memasang pembesar suara bagi membolehkan mereka mendengar ucapan dari Dataran Merdeka
Polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganggarkan jumlah peserta kira-kira 250,000 hingga 300,000 orang
Kira-kira 10,000 peserta terpaksa berhenti di Jalan Tun Perak kerana jumlah peserta yang ramai di sekitar Dataran Merdeka menyebabkan mereka tidak dapat mendekati kawasan itu
Peserta dari Sogo juga diarah berhenti berarak selepas dimaklumkan bahawa kawasan sekitar Dataran Merdeka sudah penuh
Terdahulu pemimpin Umno menyertai perhimpunan anti-ICERD dan mengambil tempat mereka di Dataran Merdeka
Antara pemimpin yang pertama tiba adalah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan
Mengenakan baju Melayu dan baju kurung putih, bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor tiba di stesen LRT Masjid Jamek disambut dengan laungan “Hidup Melayu”
Pasangan itu menaiki tren dari Pusat Dagangan Dunia Putra. Mereka kemudian diiringi ke Dataran Merdeka oleh penyokong Umno yang turut dilihat mengedarkan bendera parti
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin perhimpunan itu agar menjaga kata-kata ketika berucap
“Semuanya perlu berjalan mengikut undang-undang,” kata Muhyiddin di Johor pagi ini
Beliau turut mengingatkan pemimpin perhimpunan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan provokasi yang boleh menghasut peserta
“Apa yang paling penting adalah kekalkan keamanan,” katanya dan menambah polis sudah diarahkan untuk memastikan semuanya berjalan lancar ketika perhimpunan itu
Pemimpin Umno, PAS, Perkasa dan kumpulan hak Melayu memulakan ucapan pukul 2 petang
The Malaysian Insight melaporkan perhimpunan Bantah ICERD di Kuala Lumpur secara langsung:4.45pm: Setiausaha majlis ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh menutup perhimpunan dengan bacaan doa agar orang Melayu dan Islam bersatu
“Kita juga berdoa kepada tuhan agar kerajaan Pakatan Harapan kalah dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya
Hujan gerimis mula turun dan para peserta mula meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh
Tokoh utama dalam perhimpunan ini, bekas perdana menteri Najib Razak tidak menyampaikan ucapan sama sekali
Sumber polis menganggar seramai kira-kira 50,000 orang menghadiri perhimpunan ini
Sebahagian peserta masih setia mendengar ucapan pemimpin mereka pada perhimpunan anti-ICERD walaupun hujan mula turun.– Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.4.26pm: Perhimpunan di ibu negara hari ini menunjukkan orang Melayu dan Islam akan bersatu apabila isu melibatkan masyarakat itu diganggu, kata presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi
“Ini manifestasi (bahawa) kalau Islam, bangsa diusik, kita bangkit untuk perlihatkan kita bersatu. Kita lihat penyatuan ini adalah simbolik memperlihatkan kerajaan yang ada jangan main-main dengan rakyat,” katanya
Beliau berkata, isu mengenai ICERD itu sepatutnya turut dibincangkan di Parlimen seperti insiden rusuhan yang berlaku di kuil di Seafield, Subang Jaya
Tetapi isu mengenai ratifikasi ICERD itu hanya dijelaskan oleh kerajaan melalui kenyataan media sahaja, katanya
“Bagaimana soal yang berlaku di sebuah tempat penyembahan? Ada menteri bawa ke Dewan Rakyat, tapi ICERD cuma kenyataan media
“Adakah ICERD lebih kecil daripada isu di pusat penyembahan itu?” soalnya
4.22pm: Segelintir peserta himpunan mula beredar kerana cuaca mulai mendung dan guruh kedengaran di Dataran Merdeka
Segelintir peserta mula beredar apabila cuaca mulai mendung di ibu negara. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.
4.12pm: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perhimpunan itu bermaksud untuk beri tiga amaran kepada kerajaan
“Amaran pertama adalah kepada negara luar yang mereka tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negara kita. Kita bukan berhimpun kerana kita anti Cina atau India atau Hindu atau Kristian tetapi kita berhimpun untuk melindungi hak kita
“Kita tidak mahu rampas tanah orang lain tetapi mahu pertahan tanah rizab Melayu.”Peserta mula beredar dari lokasi perhimpunan kerana hujan. Ada sebahagian peserta mencari perlindungan di kaki lima bangunan untuk berteduh.– Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.Amaran kedua adalah sekiranya PH perlahan dalam bertindak balas isu ini, perhimpunan akan diadakan di Putrajaya
“Amaran ketiga. Jangan ancam keharmonian Malaysia dan hubungan antara kaum.”4.10pm: Perhimpunan hari ini bukan sahaja untuk membantah ICERD tetapi juga untuk mengganyang Pakatan Harapan, kata timbalan presiden Umno Mohamad Hassan
Sebab itulah PAS dan Umno bergabung sebagai gerakan Melayu dalam perhimpunan hari ini untuk merampas Putrajaya, katanya
“Kita bukan sahaja tolak ICERD kita tolak PH, kita ganyang PH, kita gasak PH. Kita duduk atas lori hari ini kerana kita kalah
“Untuk kembalikan maruah Melayu, Islam kita kena bersatu. Tiada formula lain selain orang Melayu bersatu
“Bila dua parti Melayu bersatu Umno dan PAS bekerjasama, saya ulangi Umno dan PAS kerjasama, kita boleh buat apa sahaja. PRU15 kita akan rampas semula Putrajaya,” katanya
Peserta wanita perhimpunan anti-ICERD tetap setia berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2018.4.09pm: Videografer sambilan Aliff Rahmat, 27 mempunyai cara berbeza bagi menyatakan bantahan terhadap ratifikasi ICERD
Sempena Himpunan Bantah ICERD di Dataran Merdeka, Aliff menggunakan kesempatan itu untuk merakam video klip lagu ciptaannya sendiri berjudul ‘Salam’
“Saya buat lagu bukan hendak mencari musuh. Saya hendak tunjuk bantahan melalui lagu. Ini tanah air kita,” katanya
Menurut Aliff, beliau mengambil masa seminggu untuk mencipta lagu berentap hip hop itu
4.00pm: Najib menuju ke Dataran Merdeka diiringi sorakan penyokongnya
Anggota Rela mengawal keselamatan peserta perhimpunan anti-ICERD di Dataran Merdeka hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2018.3.50pm Penyelaras perhimpunan yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dalam ucapannya memberi amaran Umno akan kembali berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang
Ini memandangkan, kerajaan tidak menjalankan tangungjawab kepada orang Melayu dan Islam pada masa ini, katanya sambil memberi contoh dalam agihan Belanjawan 2019
“Dr Mahathir jangan takut. Kita tak gulingkan kerajaan secara tidak demokratik. Kalau tak laksanakan tanggungjawab kepada orang Melayu dan Islam jangan salahkan kita. Kita akan bangkit dalam PRU depan
“(Dalam) Belanjawan baru-baru ini MRSM nak diceroboh, UiTM nak diceroboh. Petani tak dibela. Kita nak beritahu PH, kita nak tuntut hari ini tolong kembalikan hak petani, nelayan, pelajar-pelajar kita,” katanya
Beliau juga menuntut Dr Mahathir memecat P Waytha Moorthy kerana menurutnya menteri itu tidak menerima kenyataan bahawa orang Melayu masyarakat pribumi di Malaysia
“Moorthy kata Melayu bukan pribumi. Boleh terima? Tak boleh. Sebab itu kita minta (perdana menteri) kita pecat Waytha Moorthy,” katanya
Bekas perdana menteri Najib Razak menuju ke Dataran Merdeka diiringi penyokongnya. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.3.37pm: Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Kamaruzzaman Mohamad menganggarkan kehadiran kira-kira 500,000 peserta pada perhimpunan itu
3.31pm: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganggarkan jumlah peserta perhimpunan yang hadir antara 250,000 hingga 300,000 orang
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa sempat bergambar bersama peserta di Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 20183.13pm: Peserta perhimpunan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dari Sogo diminta berhenti berarak ke arah Dataran Merdeka dan duduk di mana sahaja sepanjang jalan berkenaan
Peserta perhimpunan anti-ICERD mengangkat sepanduk bagi menyatakan bantahan mereka terhadap konvensyen berkenaan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 Disember, 20182.54pm: Kira-kira 10,000 peserta perhimpunan terpaksa berhenti di Jalan Tun Perak kerana keadaan sesak di sekitar Dataran Merdeka
Pembesar suara dipasang berhampiran stesen LRT Masjid Jamek untuk menyiarkan ucapan pemimpin dari Dataran Merdeka
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan turut hadir menyertai perhimpunan anti-ICERD di ibu negara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2018.2.47pm: Peserta yang berarak dari Sogo diarahkan berhenti selepas Jalan Raja di sepanjang Dataran Merdeka diumumkan penuh. Ada peserta yang duduk dan berlindung dari cuaca panas di kaki lima
Peserta perhimpunan anti-ICERD berarak menuju ke Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 Disember, 20182.20pm: Najib, Rosmah dan para pemimpin PAS tiba di lokasi perhimpunan di Jalan Raja, di hadapan Dataran Merdeka
Para pemimpin tersebut dikawal oleh sukarelawan unit amal PAS
Kalangan aktivis Umno juga dilihat mula mengedarkan bendera Umno kepada para peserta perhimpunan
Aktivis Umno mula mengedarkan bendera parti itu kepada peserta perhimpunan. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 20182.18pm: Terdahulu ketika solat Zohor, ribuan peserta perhimpunan berdoa memohon perlindungan sebelum perhimpunan secara rasminya bermula
“Selamatkan kami dan lindungi bangsa kami dan agama daripada diskriminasi,” kata Imam Muhamad Ali Jamil, selepas mengimamkan solat Zohor hari ini
Beliau berdoa agar masyarakat Melayu bersatu padu dan bangkit menentang konvensyen anti diskriminasi seperti ICERD
Peserta menunaikan solat Zohor di Dataran Merdeka.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 Disember, 2018.2.03pm: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil tempat di pentas diikuti pemimpin Umno Ahmad Maslan
2.00pm: Penganjur Kamaruzaman Mohamad mendakwa 300,000 peserta berhimpun setakat ini
1.50pm: Perhimpunan pada hari ini adalah permulaan kepada penyatuan umat Islam dan juga rakyat Malaysia, kata Najib
Beliau menyiarkan video langsung di Facebook menunjukkan pergerakannya dari PWTC ke Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan anti-ICERD
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor tiba di Stesen LRT PWTC.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Disember, 2018.Najib yang dihurung penyokong menaiki LRT
1.50pm: Di Masjid Jamek, laungan “bangkit bangkit, bangkit Islam, hidup Melayu, tolak ICERD” berkumandang ketika peserta himpunan bergerak menuju ke Dataran Merdeka
Di Masjid Jamek, laungan hidup Melayu dan Islam kedengaran daripada peserta yang berarak ke Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.1.49pm: Rosmah Mansor, isteri Najib tiba di Steysen LRT PWTC. Beliau disertai Najib tidak lama selepas itu
1.48pm: Ribuan peserta yang berhimpun di Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka. Pemimpin PAS yang berada dalam sebuah trak mengingatkan semua orang supaya bergerak dengan tenang dan tidak membuang sampah merata-rata
1.44pm: Najib mula bergerak dari surau PWTC menuju ke Stesyen LRT untuk ke Masjid Jamek
Najib Razak mula bergerak dari PWTC menuju ke Masjid Jamek sebelum menyertai himpunan di Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.1.42pm: Peserta di Masjid Negara mula bergerak ke Dataran Merdeka. Situasi masih tenang dan terkawal. Anggota polis berkawal di sepanjang jalan untuk menyelia lalu lintas
1.18pm: Di PWTC, hampir 500 orang menunaikan solat Zohor di surau sebelum menghadiri himpunan di Dataran Merdeka
1.17pm: Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Mat mengimami ribuan penyokong bersolat Zohor di depan Kompleks Sogo
Dianggarkan 500 orang menunaikan solat Zohor di surau PWTC sebelum bergerak ke Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.1.05pm: Bekas presiden Umno Najib Razak berbaju Melayu putih dan seluar hitam tiba di surau PWTC untuk solat Zohor dan sunat bersama-sama peserta himpunan. Selepas itu, beliau akan bergerak ke Masjid Jamek menaiki LRT
Nik Abduh Nik Aziz jadi imam solat Zohor di depan Sogo. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.12.55pm: Di PWTC, peserta himpunan sedang bersiap sedia untuk menunaikan Solat Zohor, semua mereka sedang menuju ke surau sekarang
Najib Razak tiba di surau PWTC untuk solat Zohor dan sunat bersama peserta himpunan sebelum bergerak ke Masjid Jamek menggunakan LRT. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.12.55pm: Kehadiran penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus menarik perhatian ramai di depan Sogo, dan serta merta diserbu peserta bantahan
Azhar dengan serban hijau di bahu beberapa kali berhenti untuk bergambar dengan peserta himpunan
Peserta di Sogo juga sedang bersiap sedia untuk solat Zohor
Kehadiran Ustaz Azhar Idrus menarik perhatian ramai di Sogo. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.12.51pm: Di Masjid Jamek, penganjur meminta peserta bersiap sedia untuk solat Zohor, lelaki di kanan, wanita di bahagian kiri. Peserta dibekalkan air mineral secara percuma untuk digunakan berwuduk
12.45pm: Presiden Perkasa Ibrahim Ali tiba di Masjid Jamek. Beliau berada di kawasan trak makanan belakang masjid
Polis menganggarkan sudah 5,000 berkumpul di Kuala Lumpur untuk himpunan bantah ICERD. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 Disember, 2018.Sementara tu di Dataran Merdeka, pentas dan tempat duduk sudah diatur
Pemimpin Umno, PAS, Perkasa dan kumpulan hak Melayu dijangka memberikan ucapan bermula pukul 2 petang
Ibrahim Ali tiba di Masjid Jamek. Sedang berehat di kawasan trak makanan belakang masjid. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.12.25pm: Lebih 50 orang sudah mula berarak dari Kampung Baru menuju ke Sogo
12.20 pm: Tiada sebarang aktiviti berlaku di PWTC. Mereka menanti waktu Zohor sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Tidak kelihatan pimpinan Umno
12.10pm: Kumpulan 50 orang ahli Pekida, kumpulan kontroversi hak Melayu Islam mula berarak ke Dataran Merdeka dari Kompleks Sogo
Sambil membawa sepanduk membantah ICERD dan mengibarkan bendera tiga jalur hijau, kuning dan merah,, kumpulan itu menarik mula perhatian ramai apabila melaungkan takbir
Pekida banyak kali dituduh sebagai gerakan melampau tetapi ketua kumpulannya mendakwa kumpulan itu memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan dan sudah berusaha membasmi unsur jenayah dalam organisasinya
Tiada sebarang aktiviti berlaku di PWTC. Mereka menanti waktu Zuhur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Tiada pimpinan Umno kelihatan. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.11.56am: Di Masjid Negara, peserta himpunan mengambil masa untuk berehat. Makan-makan dan ada juga yang membeli tshirt bantahan. Terdapat banyak gerai makan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai latar belakang, lelaki dan wanita. Masih tidak kelihatan pemimpin utama. Dianggarkan sudah 1,000 orang memenuhi kawasan ini, dan jumlah itu dijangka meningkat beberapa ribu lagi sebelum Zohor
Peserta bergambar dengan sepanduk di photo booth yang disediakan secara percuma di kawasan Masjid Negara. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.11.51: Seramai 500 orang anggota persatuan silat yang menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini tiada kaitan dengan demonstrasi di Dataran Merdeka, kata wakilnya
Pengerusi seketariat gabungan silat pertahankan Perlembagaan (Pertahan) Sahruddin Esa, berkata, wakil dari 313 persatuan silat itu juga tidak akan menyertai perhimpunan berkenaan
“Kami tidak menuju ke Dataran Merdeka. Kami tiada kaitan dengan penganjuran himpunan di sana, kami dengan cara kami. Ini simbolik kepada majoriti orang Melayu yang membantah ICERD,” kata Sahruddin
Katanya, memorandum yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ini menyeru baginda bertiah agar tiada lagi perbahasan berkenaan ratifikasi ICERD dibangkitkan di Parlimen
11.45am: Laluan pejalan kaki di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman mula dipenuhi peserta berbaju putih dari Terengganu dan Kelantan ketika mereka mula berkumpul di depan Kompleks Sogo, salah satu tempat pertemuan perarakan menuju ke Dataran Merdeka
Ada yang mengambil kesempatan berswafoto dengan sepanduk “Bantah ICERD” di tengah jalan-jalan antara yang paling sibuk di Kuala Lumpur. Sebanyak tiga jalan utama pusat bandar ditutup hari ini
Masjid Negara sudah mula dipenuhi peserta himpunan, dianggarkan 1000 peserta sudah berkumpul di situ. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.11.36am: Orang ramai mula memenuhi Dataran Merdeka
11.30am: Suasana tenang dapat dilihat di kawasan Masjid Jamek. Peserta perhimpunan memenuhi kawasan kedai makan sementara menunggu perhimpunan bermula pada jam 3 petang
11.22am: Pegawai Istana Negara Azuan Effendy menerima memorandum daripada ketua persatuan silat
Pegawai Istana Negara Azuan Effendy menerima memorandum daripada ketua persatuan silat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 Disember, 2018.11.20am: Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memberitahu wartawan seramai 5,000 orang sudahpun berkumpul di ibu negara untuk menyertai perhimpunan
Beliau menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat
Kawasan Dataran Merdeka mula dipenuhi peserta bantah ICERD yang memakai baju putih. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.11.15am: Peserta mula memenuhi Stesyen LRT Masjid Jamek
Antara peserta dari Terengganu di Stesyen LRT Masjid Jamek untuk menyertai himpunan bantah ICERD hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Disember, 2018.11.00am: Ratusan anggota pertubuhan silat mula berarak ke Istana Negara pada jam 10.30 pagi ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong
Memorandum berkenaan menyatakan bantahan ke atas ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)
Terdahulu, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta pada pagi ini
Istana Negara terletak kira-kira 2 kilometer dari masjid tersebut
Kumpulan yang memakai baju berwarna hitam dan emas itu melaungkan takbir dan membawa kain rentang dengan tulisan kalimah syahadah
Setiausaha kumpulan berkenaan Sahruddin Esa menggesa ahli membacakan selawat dan tidak menyatakan slogan provokatif
Pergerakan kumpulan itu dikawal oleh pasukan polis
Mereka melaungkan Allahu Akbar dan kalimah syadah berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 Disember, 2018.Sementara itu, Presiden Perkasa Ibrahim Ali dan ahli-ahlinya tidak akan berarak ke Dataran Merdeka dari Masjid Kampung Baru
Beliau sebaliknya akan pergi ke Masjid Jamek pada jam 12.30 tengah hari dan akan bersolat di sana sebelum berarak ke tempat perhimpunan
Katanya juga, ahli Perkasa yang lain juga tidak akan berarak tetapi akan datang dari pelbagai kawasan dan bertemu di tempat perhimpunan
Tambahnya, beliau sudah terlalu tua untuk berarak ke Dataran Merdeka dari Kampung Baru
the malaysian insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2018/12/langsung-sekitar-50000-orang-sertai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shahidan Nak Bawa 20 Bas Sertai Demo Icerd

Shahidan Nak Bawa 20 Bas Sertai Demo Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 263 hits
Di sebalik pengesahan kerajaan bahawa ia tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pihak yang membantah konvensyen itu terus menyatakan semangat untuk meneruskan himpunan pada 8 Dis...
Cuma 55 000 Sertai Himpunan Icerd Polis Kesal Kanak Kanak Dibawa Bersama

Cuma 55 000 Sertai Himpunan Icerd Polis Kesal Kanak Kanak Dibawa Bersama

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 269 hits
Polis menganggarkan perhimpunan ICERD atau kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum disertai 55 000 oang Foto Astro Awani Polis menganggarkan seramai 55 000 pesert...
3 000 Umno Youth Members To Provide Security At Anti Icerd Rally

3 000 Umno Youth Members To Provide Security At Anti Icerd Rally

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 284 hits
Umno Youth will act as security during this Saturday s rally against the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination Secretary general Annuar Musa said 3 000 members of the youth wing will be acting as ...
Pas President Anti Icerd Demo To Go On Because We Still Have Our Doubts

Pas President Anti Icerd Demo To Go On Because We Still Have Our Doubts

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR The anti ICERD demonstration on Dec 8 will go on because PAS is still unsure that the UN treaty will not be ratified due to the conflicting statements from the Pakatan government We still have our doubts Prime Minister Tun Dr M...
What The Chinese Say About The 8 December Anti Icerd Rally

What The Chinese Say About The 8 December Anti Icerd Rally

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 370 hits
The ICERD protest came and went Peaceful and orderly There is the usual debate on the size of the said assembly FMT couldn t decide one report put it at 30 000 and another at 50 000 Malaysiakini gave an estimate of 80 000 Organizers claimed...
Anti Icerd Rally Put That In The History Books Ahmad Maslan Tells Minister

Anti Icerd Rally Put That In The History Books Ahmad Maslan Tells Minister

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 302 hits
Ahmad Maslan taunted Education Minister Maszlee Malik today saying that yesterday s against the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination should be included in History textbooks Ahmad who served as a ...
Anti Icerd Yang Sebenar Ialah Melayu Lawan Cina

Anti Icerd Yang Sebenar Ialah Melayu Lawan Cina

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 498 hits
Maklum balas kaum Cina terhadap perhimpunan anti ICERD membuktikan bahawa perpecahan antara kaum Melayu dan Cina adalah kekal dan ianya tidak boleh diperbaiki Malah orang Melayu dan Cina tidak lagi menapis atau mengawal komen mereka macam d...
Cops To Record Statements From Organisers Over Kids At Anti Icerd Rally

Cops To Record Statements From Organisers Over Kids At Anti Icerd Rally

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 377 hits
Inspector General of Police Mohamad Fuzi Harun says it is against the law to allow children to participate in rallies KUALA LUMPUR Top cop Mohamad Fuzi Harun says the police will question the organisers of Saturday s rally against the Inter...
Anti Icerd Rally Pas The Biggest Winner Umno The Biggest Loser

Anti Icerd Rally Pas The Biggest Winner Umno The Biggest Loser

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 349 hits
MP SPEAKS The biggest winner in the anti Icerd rally in Kuala Lumpur yesterday was PAS which managed to distract public attention from the fact that its president Hadi Awang had reduced PAS from a national party achieved under the presidenc...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall