Selesai lawatan di Gua Kelawar, Encik Mahadi membawa kami bersiar-siar di Laut Andaman. Bot dibawa sedikit laju untuk menuju ke laut luas. Kalau yang pakai topi tu kenalah buka, bimbang topi melayang pula
Nampak tak batu di atas tu berbentuk sisi wajah manusia? Mancung hidungnya!Encik Mahadi berhenti di beberapa tempat dan menunjukkan kepada kami formasi batuan unik yang terdapat di sekitar Kilim Geoforest Park. Ada diberikan nama tertentu mengikut bentuk batuan tersebut, tapi saya lupa pula entah apa namanya. Yang pasti, semuanya memang sangat unik dan menarik. Asyik sungguh saya menikmati keindahan formasi batuan di sini. Ada batuan yang kelihatan seperti disusun bertimpa dengan batuan kecil di atas sekali. Takjub sungguh dengan penciptaan Allah
Foto berlatarkan ikon Kilim Geoforest Park.Bot kami kemudiannya tiba di bukit batu kapur yang terdapat tulisan ‘Kilim Geoforest Park’. Cantik sangat tempat ni, cuma dalam gambar gelap sikit sebab cuaca sedikit mendung. Kami dan para pelancong lain ambil peluang berfoto di sini secara bergilir. Walaupun saya rasa segan sebab kita berfoto sambil diperhatikan oleh orang lain, tapi kalau tak berfoto terasa rugi pula. Kalau yang tak segan tu bolehlah berfoto dengan aksi yang lebih menarik, tidaklah duduk kaku macam saya. Tapi ada juga yang langsung tak mahu berfoto
Tempat ni terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian menempatkan restoran dan satu bahagian lagi menempatkan kelong. Binaan di hujung kelong dengan dinding anyaman tu adalah surau. Siap ada papan tanda bertulisan Jawi
Pertunjukan ikan (fish show).Staf di sini akan memberi makan ikan dan membuat aksi bersama ikan. Ini merupakan pengalaman kedua saya menyaksikan pertunjukan ikan di Kilim. Menurut saya, pengalaman kali ini kurang menarik berbanding sewaktu kunjungan saya pada tahun 2014 di restoran terapung Hole In The Wall. Info terkini yang saya dapat, tempat tersebut sudah pun menutup operasinya
Ada ikan berwarna-warni, cantik! Menurut staf di sini, ikan-ikan kecil dibela sebagai sumber makanan untuk ikan besar. Ikan berwarna-warni tu saya tak pastilah apa statusnya, kalau jadi makanan ikan besar macam sayang juga kan
Set hidangan tengah hari. Tiada dalam gambar - potongan buah oren.Tibalah waktu makan yang dinantikan oleh saya sebab perut rasa sangat lapar. Semasa kita membeli pakej Mangrove Tour, kita diberi pilihan untuk menambah set hidangan tengah hari dengan harga RM10 / set. Kalau tak mahu ambil set begini pun boleh, sampai di sini kita buat pesanan ikut selera sendiri. Kalau dah ambil set dan nak tambah menu lain pun boleh je. Tak mahu makan? Pun boleh, nikmati sajalah suasana di restoran terapung ni
Pemandangan indah dari restoran terapung|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |