Jeti Tanjung Rhu, Langkawi.Kami berkumpul di Jeti Tanjung Rhu sekitar pukul 9.45 pagi. Cari pengendali lawatan kita, selesaikan baki bayaran dan kemudiannya kita diberi satu pelekat tertera maklumat pengendali. Lekatkanlah di bahagian yang mudah dilihat
Bot yang kami naiki, ada 13 orang pelancong.Dalam bot kami ni semuanya orang Malaysia, ada Melayu dan Cina. Pelancong asing dikumpulkan di bot berbeza, mungkin untuk memudahkan komunikasi. Saya orang pertama naik bot, terus pilih tempat duduk depan sekali supaya mudah nak merakam foto dan video. Sangat teruja
Puncak Gorila - puncak bukit dengan bentuk seakan gorila.Encik Mahadi selaku pemandu bot merangkap jurupandu lawatan bertanya kepada kami, “Nampak tak puncak bukit tu macam bentuk apa?”. Disebabkan sebahagian besar bentuk muka bumi di Kilim ni terhasil daripada batu kapur dan telah mengalami hakisan angin sejak jutaan tahun lalu, maka kita akan dapat menyaksikan pelbagai formasi batuan unik di kawasan ini
Aktiviti memerhati burung helang.Perjalanan bot diteruskan ke suatu kawasan habitat burung helang. Encik Mahadi kemudiannya ‘membuang’ kulit ayam dipermukaan air untuk menarik perhatian kawanan helang. Meriahlah kawasan tersebut apabila kawanan helang mula menyambar makanan yang diberi. Sememangnya ia suatu pemandangan yang begitu mengujakan
Burung Helang Merah.Encik Mahadi menunjukkan kepada kami burung Helang Merah yang berada di dahan pokok bakau berhampiran dengan bot kami. Helang Merah inilah yang menjadi ikon bagi pulau Langkawi dan asal nama bagi Langkawi, iaitu lang - helang dan kawi - warna kemerahan. Helang Merah mempunyai kepala, leher dan dadanya berwarna putih. Manakala sayap dan bahagian badan yang lain berwarna coklat kemerahan. Memang cantik. Saya rasa seronok dapat memerhatikan helang secara dekat begini di habitatnya.
Burung Helang SiputSelain burung Helang Merah, kami juga dapat memerhati burung Helang Siput. Saiz badannya lebih besar berbanding Helang Merah. Kepala, dada, bahagian bawah sayap dan ekornya berwarna putih. Manakala bahagian badannya yang lain berwarna kelabu kehitaman. Bagaimanapun, jumlah Helang Siput adalah berkurangan berbanding Helang Merah.
Aktiviti menelusuri Sungai Kilim.Seterusnya, kami dibawa menelusuri Sungai Kilim. Suatu pengalaman yang cukup menarik sewaktu bot yang kami naiki membelok masuk di celahan hutan bakau. Masya Allah begitu indah pemandangan alam. Memang luas kawasan hutan bakau di Kilim ni dan banyak celahan, ada yang kecil (mungkin muat laluan satu bot kecil) dan ada yang luas (seperti dalam gambar di atas)
Memerhati hidupan di hutan paya bakau.Bot kami berhenti di suatu kawasan yang terdapat banyak monyet. Kumpulan monyet ini bagai sudah bersedia menunggu kedatangan para pelancong dengan ‘menunggu’ di tepi sungai. Entah siapa yang nak memerhatikan siapa ni? Hahaa…|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |