Perjalanan yang mempesona, bot sedang melalui celahan tebing bukit batu kapur
Di sepanjang perjalanan, pandangan mata saya terpukau dengan keunikan landskap batu kapur di sini. Sungguh saya tak sangka bahawa Langkawi menyimpan khazanah alam seindah begini. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam ini
Pintu masuk Gua Buaya.Pengalaman yang belum pernah saya lalui - masuk gua naik bot
Laluan yang sempit.Laluan dalam gua ni agak sempit, memang menguji kecekapan pemandu bot untuk bergerak. Gua ini bukan sentiasa boleh kita masuk ya, bergantung kepada paras air. Macam sekarang ni air surut, bolehlah bot lalu. Dalam gua ni dapatlah kita perhatikan formasi batuan. Saya nampak ada stalaktit saiz kecil
Sekejap je kita berada dalam ni, sekitar beberapa minit. Macam lalu terowong pendek. Bolehlah buat ambil pengalaman masuk gua naik bot
Batu kapur berbentuk buaya, itulah asal nama Gua Buaya.Sebaik saja keluar dari gua, Encik Mahadi menunjukkan kepada kami formasi batuan berbentuk buaya. Jadi, itulah asal nama Gua Buaya. Tak ada buaya pun ya. Hehe. Kalau ada buaya, siapa pula berani nak datang sini kan
Jeti ke Gua KelawarGua Kelawar ni terletak di kaki bukit. Sekelilingnya adalah hutan paya bakau. Manakala pintu Gua Kelawar pula menghadap Sungai Kilim. Inilah keunikan Kilim, adanya ekosistem paya bakau di perbukitan batu kapur.
Pintu masuk ke Gua Kelawar.Tak susah pun untuk kita meneroka Gua Kelawar ni sebab dah disediakan laluan bersimen. Ikut saja laluan tersebut dari pintu masuk sehingga ke pintu keluar. Cabaran utamanya adalah kegelapan di dalam gua. Tapi bagi saya, gua ni tidaklah gelap pekat sebab tak begitu panjang laluan di dalam gua. Ada kemasukan cahaya dari luar. Tapi masih perlu kepada cahaya lampu untuk kita mengatur langkah dengan selamat. Sebelum kita masuk, ada notis larangan guna flash pada kamera. Rasanya sebab tak mahu kelawar terkejut dengan cahaya flash
Kelawar bergantungan di langit-langit gua.Sebaik melangkah masuk ke dalam gua, saya terhidu bau yang tak sedap. Bau najis kelawar la agaknya. Tapi tak nampak pula mana kelawarnya. Lampu suluh dihala ke sekitar gua untuk melihat-lihat. Pemandangan biasa di dalam gua, kita akan dapat melihat stalaktit dan stalakmit. Tapi tak ada pula stalaktit atau stalakmit yang cantik berkilau seperti yang pernah saya lihat di gua-gua lain
Keluar dari gua, kita akan dapat menikmati pemandangan hutan paya bakau. Masa ni cuaca panas terik. Nampak cantik pokok-pokok bakau ni bila disimbah cahaya matahari
Mind your head, watch your step.Selepas laluan dengan pemandangan hutan paya bakau tadi, sekali lagi kita perlu masuk gua untuk meneruskan perjalanan keluar dari kawasan ini. Nak masuk ni kena berhati-hati, bumbung gua sangat rendah dan pada masa yang sama kita perlu melangkah anak tangga. Jadinya kita kena berjalan sambil membongkokkan badan. Sekejap je, lepas tu boleh melangkah macam biasa. Laluan dalam ni lebih pendek berbanding laluan gua pertama tadi
Tangga untuk naik ke atas bukit.Sampai di hujung jalan untuk keluar dari gua, terdapat satu tangga kayu dengan notis larangan naik ke atas. Rupanya inilah tangga untuk kita melihat pemandangan atas bukit. Mungkin atas faktor keselamatan maka kita dilarang naik ke atas
Suasana kesibukan di jeti, bot-bot mengambil dan menurunkan pelancong.Selesai lawatan di gua-gua, Encik Mahadi kemudiannya membawa kami ‘bersiar-siar’ di Laut Andaman dan ke lokasi terakhir lawatan ini iaitu restoran terapung. Insya Allah catatannya pada entri akan datang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |