Langkah Seterusnya Mahiaddin Kini Wajib Ambil Jawatan Ketua Pembangkang Daripada Hamzah




Bagi sesiapa yang pernah berjumpa dengan Mahiaddin Md Yasin, mereka pasti sedar topik pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam politik adalah antara tajuk perbualan yang jarang tidak disentuhnya.


Presiden Bersatu itu ternampak amat berbangga dengan pengalaman tersebut, terutama selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.


Ini sekaligus memberi maksud bahawa banyak kejayaannya dalam dunia politik, terutama kelicikan “memotong di korner” untuk menjadi Perdana Menteri pada 2020 lalu adalah dirangsang serta dipandu oleh pengalamannya yang cukup lama itu.


Setelah gagal bertahan lebih lama di singgahsana kuasa dan kemudian gagal juga untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas PRU15 lalu, Mahiaddin dalam sejak akhir-akhir ini berdepan satu lagi cabaran untuk cuba diketepikan daripada mengetuai parti yang sedang diterajuinya.


Dalam kalangan Bersatu sendiri, ramai yang melihat beliau sudah tidak relevan untuk memimpin Bersatu dan PN bagi menghadapi PRU16, bukan saja disebabkan beberapa kegagalannya kebelakangan ini, malah ditambah dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Selain itu, isu menantunya yang melarikan diri ke luar negara dan gagal dikesan sehingga kini lebih menjadikan bebannya membukit untuk terus relevan mengemudi kejayaan parti.


Untuk itu, bukanlah rahsia lagi bahawa Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu dan Ketua Pembangkang di Parlimen dilihat sebagai pemimpin yang layak untuk menggantikan Mahiaddin.


Mahiaddin sendiri dilihat sedar hakikat itu di mana di beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu diadakan, beliau sendiri membayangkan kesediaan untuk berundur, cuma mahukan proses peralihan harus dilakukan dengan lancar.


Dalam ucapan perasmian perhimpunan tahun parti Jumaat lalu pula, Mahiaddin akhirnya membuat pengumuman tidak akan mempertahankan lagi jawatannya.


Ramai yang melihat pengumuman itu dibuatnya kerana sedar beliau sedang sedang berada di laluan yang sempit untuk mara ke hadapan.


Terbukti akhirnya pengumuman itu hanyalah taktik dan strategi untuk memancing hati perwakilan, sudah tentu disertai gerakan yang disusun secara diam-diam melalui ucapan perwakilan, mesyuarat khas secara tergempar dan seterusnya keputusan Perhimpunan Agung yang membuat ketetapan menolak keinginan Mahiaddin untuk berundur itu.


Sebagaimana diduga, Mahiaddin sudahnya akur untuk tidak berundur, sebaliknya setuju mempertahankan lagi jawatannya pada pemilihan parti tahun depan.


Terbukti di sini, pengalaman selama lebih 40 tahun dalam politik itu memberi satu lagi kejayaan buat Mahiaddin.


Mahiaddin akhirnya berjaya melakukan Pusingan U di laluan yang dilihat makin sempit di hadapannya untuk kekal lagi menerajui Bersatu dan PN serta sudah tentu akan dinamakan sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri pada PRU16 tahun 2027 akan datang.


Dalam hal ini, apa yang Mahiaddin perlu lakukan seterusnya?


Bersama kejayaan kekal lagi memimpin parti dan menyingkirkan ancaman Hamzah daripada mencabarnya, Mahiaddin kini tiada pilihan lain jika ingin terus dilihat lebih berwibawa memimpin PN mendepani PRU16 melainkan dengan turut sama memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.


Mahiaddin perlu mengambil jawatan tersebut daripada Hamzah tanpa kompromi dan tanpa ada perasaan kesian sedikit pun.


Beliau dalam hal ini harus sedar bahawa cabaran di depannya adalah besar, selain memenangi PRU16, adalah juga untuk membebaskan diri dan menantunya daripada cengkaman kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Lihat bagaimana Anwar Ibrahim berjaya memperolehi pengampunan dan Zahid Hamidi memperolehi DNAA, semuanya adalah melalui kuasa politik dan kejayaan berada sebagai sebahagian daripada 
kerajaan.


Maka, untuk PRU16 akan datang, Mahiaddin harus merangkum semua kekuatan yang ada disekelingnya untuk memperolehi kuasa dan matlamat membebaskan dirinya.


Hanya dengan menambah jawatan Ketua Pembangkang dalam koleksi dirinya saja dilihat mampu memberi lebih kekuatan ke arah matlamat itu.


Lagi pun, dengan terus membiarkan jawatan Ketua Pembangkang dipegang Hamzah, hodohnya PN di mata rakyat ialah gabungan itu seolah-olah ada dua nakhoda dalam kapal yang sama.


Bagi tujuan melicinkan lagi Bersatu dan PN serta memudahkan Mahiaddin mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang itu, beliau juga tiada pilihan selain perlu melucutkan Hamzah daripada terus memegang jawatan Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PN.


Kedua-dua jawatan itu lebih wajar untuk Mahiaddin serahkan kepada Azmin Ali yang diketahui kebih tersusun, lebih kemas dan lebih teliti dalam gerak kerjanya politiknya selama ini, malah sejak bersama PKR lagi.


Dalam fasa menuju PRU16, Hamzah barangkali cukup sekadar diberi jawatan Bendahari Agung saja, itu pun jika Mahiaddin masih ada sedikit simpati dan kesian kepadanya. – ShahbudinHusin 26/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/26/langkah-seterusnya-mahiaddin-kini-wajib-ambil-jawatan-ketua-pembangkang-daripada-hamzah.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/langkah-seterusnya-mahiaddin-kini-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Bakal Rampas Semula Kerusi Ketua Pembangkang Dari Hamzah Zainudin

Muhyiddin Bakal Rampas Semula Kerusi Ketua Pembangkang Dari Hamzah Zainudin

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 245 hits
Bagi sesiapa yang pernah berjumpa dengan Mahiaddin Md Yasin mereka pasti sedar topik pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam politik Adalah antara tajuk perbualan yang jarang tidak disentuhnya Presiden Bersatu itu ternampak amat berbangga...
Hamzah Baru Nak Berangan Jadi Presiden Mahiaddin Dah Buat Pusingan U

Hamzah Baru Nak Berangan Jadi Presiden Mahiaddin Dah Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 205 hits
HarapanDaily comRata rata warganet berseloroh dengan tindakan Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat pusingan U berhubung pengumumannya akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden Bersatu bagi satu penggal lagi Ada yang mengaitkan ...
Bila Bersatu Tolak Hasrat Mahiaddin Untuk Berundur Maka Sadaqallahul Azim Sajalah Buat Hamzah

Bila Bersatu Tolak Hasrat Mahiaddin Untuk Berundur Maka Sadaqallahul Azim Sajalah Buat Hamzah

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 299 hits
Selepas solat Jumaat semalam tidak lama selepas Mahiaddin Md Yasin mengumumkan hasrat mahu berundur dan tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan tahun depan saya tiba tiba diberikan suatu maklumat bahawa semua itu h...
Ketua Pengarah J Kom Hantar Surat Letak Jawatan

Ketua Pengarah J Kom Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 191 hits
SHAH ALAM Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dilaporkan telah menghantar surat peletakan bagi jawatan itu berkuat kuasa pada 15 Disember ini Bagaimanapun menurut sumber surat berkenaan belum dilihat Per...
Adun Sidam Dilantik Ketua Pembangkang Dun Kedah

Adun Sidam Dilantik Ketua Pembangkang Dun Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 137 hits
Adun Sidam dilantik ketua pembangkang DUN Kedah Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2023 11 37AM
Hamzah Zainuddin Mpt Bersatu Setuju Muhyiddin Tak Pertahan Jawatan

Hamzah Zainuddin Mpt Bersatu Setuju Muhyiddin Tak Pertahan Jawatan

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 183 hits
MalaysiakiniMajlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersetuju dengan keputusan presidennya Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti tahun depan Bagaimanapun Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin mereka tidak d...
Alexander Marwata Pak Firli Bahuri Masih Ketua Kpk

Alexander Marwata Pak Firli Bahuri Masih Ketua Kpk

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 138 hits
Alexander Marwata menyebut Firli masih menjalankan tugas sebagai Ketua KPK seperti biasa
Wakil Ketua Kpk Firli Masih Pegawai Kpk Berhak Mendapat Bantuan Hukum

Wakil Ketua Kpk Firli Masih Pegawai Kpk Berhak Mendapat Bantuan Hukum

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 143 hits
Wakil Ketua KPK Alexander Marwata memastikan Firli Bahuri bakal mendapat bantuan hukum
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian

Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso