Bila Bersatu Tolak Hasrat Mahiaddin Untuk Berundur Maka Sadaqallahul Azim Sajalah Buat Hamzah




Selepas solat Jumaat semalam, tidak lama selepas Mahiaddin Md Yasin mengumumkan hasrat mahu berundur dan tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan tahun depan, saya tiba-tiba diberikan suatu maklumat bahawa semua itu hanya sandiwara.


Kata pemberi maklumat itu, tindakan Mahiaddin itu bukan keputusan yang jujur, sebaliknya bertujuan untuk mendapatkan simpati para perwakilan, seterusnya membolehkan beliau terus kekal memimpin Bersatu.


Untuk meyakinkan saya, pemberi maklumat itu menambah, dalam ucapan perwakilan nanti, pasti akan kedengaran desakan dan rayuan agar Mahiaddin menarik balik keputusannya itu.


“Akhirnya, dalam ucapan penutup Mahiaddin, kononnya setelah mengambil kira desakan dan rayuan perwakilan, maka beliau setuju untuk menarik balik keputusannya itu.


“Ertinya beliau ada lesen besar untuk terus mempertahankan lagi jawatannya dalam pemilihan parti pada awal tahun depan,” demikian kata pemberi maklumat itu.


Disebabkan itulah jugalah, saya tidak menulis apa-apa mengenai keputusan Mahiaddin enggan mempertahankan lagi jawatannya itu kerana ingin menunggu perkembangan selanjutnya berdasarkan maklumat yang saya terima itu.


Rupa-rupanya, tidak perlu menunggu sehingga ucapan penutup, kesudahan jalan cerita sandiwara telah pun berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan.


Hanya berdasarkan ucapan beberapa perwakilan yang merayu Mahiaddin menimbang semula keputusannya, petang semalam tiba-tiba telah diadakan mesyuarat khas MPT Bersatu berkenaan isu tersebut.


Dipengerusikan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja, mesyuarat khas dan tergempar Bersatu petang semalam itu mengambil keputusan menolak keinginan Mahiaddin untuk berundur.


“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak hasrat Mahiaddin untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti tahun depan.


“MPT sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Mahiaddin masih diperlukan oleh parti dan negara,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin yang sebelum ini diura-urakan mahu melawan Mahiaddin dalam pemilihan parti tahun depan.


Dengan keputusan mesyuarat itu, tersenyum lebarlah Mahiaddin kerana sandiwaranya bukan saja berjaya dipentaskan, bahkan tiket telah “sold out” lebih awal lagi.


Dalam perkembangan terbaru pagi ini, menyusul keputusan mesyuarat khas petang semalam, Perhimpunan Agung Bersatu turut membuat ketetapan sebulat suara menolak hasrat Mahiaddin daripada melepaskan jawatannya pada pemilihan tahun depan.


Juga ditolak ialah usaha mencari pengganti bagi jawatan Presiden Bersatu sebagaimana disuarakan Mahiaddin semalam.


Petang ini, dalam ucapan penutupnya, barangkali dengan nada sebak tetapi gembira di dalam hati Tuhan saja yang tahu, Mahiaddin dengan gaya negarawan ulung pasti dengan besar hati mengatakan beliau kini tiada pilihan lain melainkan terpaksa akur dengan kehendak parti yang diputuskan melalui mesyuarat khas dan juga Perhimpunan Agung berkenaan kedudukannya.


Senang cerita, kekal dan menang tidak bertanding lagilah Mahiaddin sebagai Presiden Bersatu.


Dalam masa yang sama, musnahlah impian Hamzah untuk mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu dan paling kecewa dalam hal ini tentulah para penyokong Ketua Pembangkang itu yang selama ini mengharapkannya mampu membawa nafas baru kepada parti itu.


Bersama mandat untuk kekal lagi mengetuai Bersatu, kiranya selepas ini ada terdengar apa-apa usaha daripada Hamzah untuk bertanding juga pada pemilihan tahun depan, silap-silap jawatan Setiausaha Agung yang sekarang disandangnya pun akan segera dilucutkan.


Akhir kata “Sadaqallahul Azim” sajalah buat Hamzah. (ShahbudinHusin 25/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/25/bila-bersatu-tolak-hasrat-mahiaddin-untuk-berundur-maka-sadaqallahul-azim-buat-hamzah.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/bila-bersatu-tolak-hasrat-mahiaddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Falling Further Behind Puad Tells Hamzah

Bersatu Falling Further Behind Puad Tells Hamzah

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 134 hits
An Umno leader has dismissed Bersatu secretary general Hamzah Zainudin s claim that his party has the potential to go the distance after it clinched 31 seats in the 15th general election just six years after its formation Umno Supreme Counc...
Hamzah Baru Nak Berangan Jadi Presiden Mahiaddin Dah Buat Pusingan U

Hamzah Baru Nak Berangan Jadi Presiden Mahiaddin Dah Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 187 hits
HarapanDaily comRata rata warganet berseloroh dengan tindakan Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat pusingan U berhubung pengumumannya akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden Bersatu bagi satu penggal lagi Ada yang mengaitkan ...
Fahri Hamzah Saya Korban Politik Aliran Kita Harus Bersatu Dukung Jokowi Prabowo

Fahri Hamzah Saya Korban Politik Aliran Kita Harus Bersatu Dukung Jokowi Prabowo

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 97 hits
Menurutnya semua pihak juga harus bersyukur sekarang karena ketegangan seperti ini tidak terlalu besar
Langkah Seterusnya Mahiaddin Kini Wajib Ambil Jawatan Ketua Pembangkang Daripada Hamzah

Langkah Seterusnya Mahiaddin Kini Wajib Ambil Jawatan Ketua Pembangkang Daripada Hamzah

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 155 hits
Bagi sesiapa yang pernah berjumpa dengan Mahiaddin Md Yasin mereka pasti sedar topik pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam politik adalah antara tajuk perbualan yang jarang tidak disentuhnya Presiden Bersatu itu ternampak amat berbangga...
Hasrat Muhyiddin Konflik Dalaman Buat Bersatu Ruang Untuk Pas

Hasrat Muhyiddin Konflik Dalaman Buat Bersatu Ruang Untuk Pas

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 136 hits
Haspaizi Zain Alyaa AlhadjriPengumuman mengejutkan oleh Muhyiddin Yassin untuk tidak pertahankan jawatan sebagai presiden Bersatu akan membuka ruang kepada PAS untuk menerajui gabungan Perikatan Nasional Pemerhati politik berpendapat perkem...
Hamzah Zainuddin Mpt Bersatu Setuju Muhyiddin Tak Pertahan Jawatan

Hamzah Zainuddin Mpt Bersatu Setuju Muhyiddin Tak Pertahan Jawatan

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 166 hits
MalaysiakiniMajlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersetuju dengan keputusan presidennya Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti tahun depan Bagaimanapun Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin mereka tidak d...
Hamzah Zainudin Bersatu Boleh Pergi Jauh Menang 31 Parlimen Dalam 6 Tahun

Hamzah Zainudin Bersatu Boleh Pergi Jauh Menang 31 Parlimen Dalam 6 Tahun

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 261 hits
Faiz ZainudinSHAH ALAM Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menggesa ahli bekerja lebih keras untuk parti yang menurutnya berpotensi pergi jauh berdasarkan prestasi pilihan raya lalu Dalam ucapannya kepada perwakilan parti di Pusat Konv...
Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 147 hits
Hamzah Zainudin sebelum ini diuar uarkan calon utama menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa