Langkah Selamat Ialah Kerajaan Kena Batalkan Jual Saham Mahb Kepada Blackrock Sebelum Sidang Parlimen Bermula

Seorang Ahli Parlimen blok pembangkang (MP Machang) telah memfailkan dua usul untuk membahaskan pendirian kerajaan serta kepentingan rakyat Malaysia terhadap isu berkaitan Palestin.

Salah satu daripada usul tersebut ialah mendesak kerajaan menarik balik penjualan 25 peratus MAHB kepada sebuah syarikat milik Blackrock.

Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad mahu kerajaan mempertimbang dan menarik semula keputusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dilapor dimiliki oleh Blackrock, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembiayaan senjata kepada Israel.

“Usul ini sangat penting dan berkehendak kerana ia melibatkan kepentingan aset dan kedaulatan negara.

“Blackrock sebagai sebuah syarikat telah terlibat secara terus dalam membiaya aktiviti pembunuhan rakyat Palestin di sempadan Gaza.

“Maka penjualan sebahagian saham kepada syarikat itu adalah bercanggah dengan pendirian kerajaan Malaysia dan rakyat jelata yang menentang aktiviti pembedilan dan pembunuhan rakyat Palestin di sempadan Gaza,” katanya menerusi surat yang dihantar kepada setiausaha Parlimen, Rabu lalu.

Sebelum ini pelbagai pihak telah membantah perjanjian kerajaan menerusi Khazanah Nasional dengan GIP yang melibatkan penjualan sebahagian equiti syarikat MAHB kepada syarikat tersebut.

Ini kerana Blackrock, iaitu syarikat pelaburan multinasional Amerika Syarikat pada Januari lalu mengumumkan dalam proses mengambil alih GIP pada harga AS$3 bilion (kira-kira RM14 bilion) secara tunai.

Blackrock ialah pengurus aset terbesar di dunia yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan memiliki pegangan dalam syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada tentera Zionis Israel.

Berkaitan usul itu, Speaker Parlimen mungkin menolak usul tersebut kerana sebarang usul yang hendak dikemukakan mestilah memenuhi tiga syarat sekaligus – perkara tertentu, melibatkan kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka usul boleh ditolak ke tepi begitu saja.

Namun demikian, dalam isu penjualan saham MAHB kepada Blackrock, penolakan usul berkenaan untuk dibahaskan akan meletakkan Parlimen sebagai institusi yang dilihat tidak bersama-sama dengan rakyat dan kerajaan dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Dengan demikian, menolak usul berkenaan bukanlah suatu keputusan yang baik.

Walau bagaimanapun, menerima usul itu untuk dibahaskan juga akan meletakkan Ahli-Ahli Parlimen blok kerajaan dalam keadaan serba salah.

Barangkali ramai Ahli Parlimen blok kerajaan yang tidak sanggup membahaskannya, apa lagi untuk bersuara menyokong atau merasionalkan penjualan saham MAHB kepada Blackrock itu.

Menyokong saham MAHB dimiliki oleh Blackrock samalah ertinya, terutama di mata dunia dan masyarakat Islam, dengan tidak bersama dengan susah derita rakyat Palestin.

Bagi Ahli Parlimen kerajaan, jika mereka menyokong pula usul pembangkang itu, sama seperti pendirian blok pembangkang, ia akan dilihat lebih tidak kena kerana lazimnya Ahli Parlimen blok kerajaan tidak akan menyokong usul yang dibawa oleh blok pembangkang.

Jadi, apakah langkah selamat yang harus diambil?

Pertama, kerajaan khususnya melalui Perdana Menteri hendaklah dengan serta-merta mengumumkan penarikan balik penjualan saham MAHB kepada Blackrock itu.

Penjualan saham itu sebenarnya hanya memalukan Malaysia sebagai negara kita yang sejak dulu lagi dikenali sentiasa bersama dengan perjuangan rakyat Palestin.

Sebagai sebuah syarikat yang untung dan tiada masalah, sama ada dari segi operasi atau kewangan, hakikatnya tiada sebab mendesak untuk kerajaan membenarkan penjualan saham MAHB kepada pihak lain.

Lebih memalukan lagi jika saham MAHB dijual kepada syarikat yang ada kaitan dalam membantu Israel untuk meneruskan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

Setelah Perdana Menteri mengumumkan pembatalan penjualan itu, maka dengan sendirinya usul MP Machang itu tidak relevan lagi untuk dibahaskan.

Selepas itu, semasa sidang Parlimen bermula pada 24 Jun ini, Speaker boleh dengan senang hati menolak begitu saja usul berkenaan.

Lebih penting daripada segala-galanya, isu Blackrock dan persendaan bahawa kerajaan kononnya lemah lutut dengan Israel akan termati dengan serta-merta bila pembatalan penjualan saham MAHB itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri. – ShahbudinHusin 08Jun2024.

https://shahbudindotcom.net/2024/06/08/langkah-selamat-ialah-kerajaan-kena-batalkan-jual-saham-mahb-kepada-blackrock-sebelum-sidang-parlimen-bermula.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/langkah-selamat-ialah-kerajaan-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Is There A Link Between Us Fund Manager Blackrock And Mahb

Is There A Link Between Us Fund Manager Blackrock And Mahb

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 346 hits
Global Infrastructure Partners expected to become a wholly owned subsidiary of BlackRock later this year will not be involved in the management of Malaysia Airports Holdings Bhd according to Khazanah PETALING JAYA The government Khazanah Na...
Sidang Dun Kelantan Hancur Kerajaan Islam Versi Pas Pamer Betapa Teru

Sidang Dun Kelantan Hancur Kerajaan Islam Versi Pas Pamer Betapa Teru

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 221 hits
Hampir kesemua soalan lisan berkaitan kebajikan rakyat oleh Adun Kota Lama YB Dr Hafidzah tidak dijawab Beliau hanya terpaksa mencelah melalui soalan tambahan Adun Perpaduan hanya dua orang tetapi Kerajaan Negeri tidak berani menjawab soala...
Konsortium Mahb Jangan Politikkan Dana Antarabangsa Blackrock

Konsortium Mahb Jangan Politikkan Dana Antarabangsa Blackrock

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 270 hits
Cadangan konsortium terdiri daripada Khazanah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Global Infrastructure Partners dan Abu Dhabi Investment Authority dalam menguasai saham Malaysia Airport Holdings Berhad bagi meningkat kualiti penerbangan negara ...
Tengku Zafrul Defends Blackrock S Involvement In Mahb

Tengku Zafrul Defends Blackrock S Involvement In Mahb

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 452 hits
The investment trade and industry minister questions where the line should be drawn citing that the US company also has a stake in Apple Investment trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz has defended the government s decision to all...
Nak Boikot Juga Saham Syarikat Di Blackrock

Nak Boikot Juga Saham Syarikat Di Blackrock

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 242 hits
Rizal Akhir Saham syarikat Yahudi Blackrock di Malaysia Nak boikot jugak ka
Fatin Minta Rm3k Nafkah Anak Sebelum Ni Rm500 Adam Shahz Nafi Jual Motosikal Sebab Terdesak Perlukan Duit

Fatin Minta Rm3k Nafkah Anak Sebelum Ni Rm500 Adam Shahz Nafi Jual Motosikal Sebab Terdesak Perlukan Duit

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 205 hits
Pelakon Adam Shahz berkata dia memilih untuk bertenang setelah bekas isterinya aktres Fatin Afeefa ada memohon nafkah anak sebanyak 6 kali ganda berbanding dulu Adam Shahz ingin bertenang di sebalik tuntutan nafkah anak Maklum Adam Fatin me...
Kerajaan Akan Menghapuskan Dasar Cabotage Untuk Kapal Pemasangan Kabel Bermula 1 Jun 2024

Kerajaan Akan Menghapuskan Dasar Cabotage Untuk Kapal Pemasangan Kabel Bermula 1 Jun 2024

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 282 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan bahawa semua kapal pemasang kabel yang terlibat dalam pemasangan penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut di mana mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Ma...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti