Langkah Populis Jamin Menang Pru


 

Jujur saya katakan, minat saya terhadap bola sepak negara hilang setelah Mokhtar Dahari meninggal dunia dan Soh Chin Aun, Santokh Singh serta pemain hebat seangkatan mereka bersara. Sejak itu, saya tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air dengan dekat.
Oleh itu, saya tidak akan membuat perbandingan sama ada skuad kebangsaan dahulu yang layak ke Sukan Olimpik Munich dan Moscow dengan menewaskan pasukan gergasi bola sepak Asia lebih baik daripada pasukan kebangsaan yang baru-baru ini layak ke Piala Asia dengan mengalahkan antaranya Bangladesh yang lebih terkenal dengan kriket daripada bola sepak.
Apapun, tahniah mesti diberi kepada Harimau Malaya kerana layak ke pusingan akhir Piala Asia untuk menamatkan penantian negara selama 42 tahun.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Dan adalah tidak adil untuk saya bercakap mengenai imbuhan dan ganjaran yang kerajaan bercadang beri kepada skuad Harimau Malaya yang turut dibarisi beberapa pemain “naturalized”.
(Untuk rekod, pasukan Malaysia yang layak ke Olimpik Munich dan Moscow tidak mendapat imbuhan kerajaan ketika itu. Malah, mereka tidak dapat beraksi di Moscow akibat isu politik, apabila Malaysia menyertai kempen yang diketuai Amerika Syarikat dengan memulau Sukan Olimpik Moscow bagi membantah penaklukan Afghanistan oleh Soviet Union pada 1979).
Seperti yang kita tahu, sebaik sahaja Malaysia memenangi pusingan kelayakan Piala Asia, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaannya menimbangkan imbuhan untuk pasukan bola sepak negara serta keramaian untuk meraikan kejayaan itu.
Diberitakan, minggu ini perbincangan mengenainya akan diadakan antara kerajaan dengan FAM, Persatuan Bola Sepak Malaysia. Bentuk imbuhan yang bakal diberikan kerajaan akan ditentukan pada pertemuan dengan FAM, Ismail dipetik media sebagai berkata.
Seperti dinyatakan tadi, saya tidak mahu mempersoalkan imbuhan itu. Tetapi, jika melihat komen di media sosial, agak ramai juga yang tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan itu.
Contohnya, ada kawan lama saya yang dengan sinis membuat hantaran di Facebook menegaskan: “Ni aku setuju. Bagilah tiap-tiap pegawai dan pemain seorang sejuta ringgit dan tanah 100 ekar. Kalau boleh, yang dah hasilkan sawit atau musang king.
“Kalau kerajaan tak ada duit, ambil duit KWSP atau Tabung Haji. Kalau nak lebih manis, semua rakyat Malaysia pun bagi seorang RM1,000. Mereka yang ada bukti pergi stadium dapat seorang RM10,000, barulah bahagia keluarga Malaysia,” demikian tajam dan pedih hantarannya.
Ada hantaran di FB yang membandingkan pencapaian skuad bola sepak dengan pasukan negara dalam sukan lain, antaranya hoki. Kata seorang yang saya klasifikasikan sebagai peminat sukan menerusi hantaran FB: “Pasukan hoki negara masuk final Piala Asia, naib juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023, ranking no 10 dunia, mana imbuhan?”
Beliau turut memberitahu pasukan terjun negara yang rata-rata atlet muda “sapu bersih semua lapan pingat emas di Sukan SEA tak ada imbuhan, tak disambut?”
Menurut beliau, pemain hoki dan anggota pasukan terjun negara “majoritinya B40, anak kampung di Sarawak dan ada yang masih belajar, tetapi pemain bola sepak bergaji puluhan ribu, berkereta mewah dan golongan T20 mahu diberi imbuhan?”
Secara am, ramai yang bertanya mengapa bola sepak diberi layanan istimewa, walaupun kejayaannya tidak segah sukan lain?
Saya setuju dengan beberapa pemerhati dan pengulas politik bahawa kerajaan sedang mengambil langkah populis. Tujuannya untuk memenangi pilihan raya umum (PRU), apabila ia diadakan (yang ramai percaya) tidak lama lagi.
Dan oleh kerana bola sepak adalah permainan sukan yang disukai ramai di negara ini, ia dipilih untuk diberi layanan dan keistimewaan untuk mengambil hati ribuan peminat dan penyokong bola sepak negara yang ramai antaranya boleh mengundi.
Mungkin pada hemat kerajaan, bola sepak lebih diminati ramai berbanding hoki dan acara terjun. Juga, banyak lagi acara sukan yang walaupun cemerlang, kurang mendapat perhatian orang ramai.
Di beberapa negara, terutama Amerika Latin, kejayaan pasukan bola sepaknya di pentas dunia digunakan pemerintah untuk mengalihkan pandangan rakyat mengenai kesengsaraan ekonomi yang dihadapi – sekaligus tidak “menyalahkan” pihak pemerintah.
Seperti dikatakan tadi, saya setuju dengan ramai pemerhati dan penganalisis politik yang menganggap kerajaan sekarang ialah satu pentadbiran populis.
Baru-baru ini, Ismail mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL. Ini kata pemerhati politik, jelas menuruti naratif populis kerajaan.
Tetapi, ada pakar ekonomi yang tidak setuju dengan langkah ini, yang kata mereka akan memberi kesan ke atas negara yang ekonominya sedang kemurungan, apatah lagi kata mereka, tatkala dana kerajaan berkurangan selepas pandemik Covid-19.
Menurut laporan FMT tempoh hari, Putrajaya akan membelanjakan RM155 juta untuk memberi subsidi tambang percuma perkhidmatan bas dan tren di Lembah Klang selama sebulan, termasuk MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL serta perkhidmatan KTM.
“Beri tambang percuma sebulan untuk LRT, MRT ini adalah gula-gula untuk rakyat yang sentiasa suka benda percuma,” kata wartawan veteran Zin Mahmud.
Betul kata beliau dan ini semua berkaitan PRU bak dikatakan tadi. Sebenarnya, banyak lagi langkah populis sudah diambil sebelum ini dan dijangkakan banyak lagi akan diambil untuk kerajaan mencetuskan sentimen “feel good” di kalangan rakyat.
Tidak ada salahnya langkah populis diambil. Tidak ada salahnya kerajaan mahu menang pilihan raya. Namun, realitinya negara sedang dihimpit pelbagai masalah yang menekan rakyat. Tidak perlu dihurai apa masalah yang sedang kita alami kerana semua sudah maklum.
Yang diperlukan ialah langkah serta-merta dan jangka panjang untuk menangani masalah sekarang serta meletakkan negara ke landasan betul dan menyenangkan.
Tetapi, diakui langkah populis boleh memujuk dan memukau. Lalu yang mesti ditanya ialah adakah langkah sedemikian akan menjamin kemenangan kerajaan pimpinan Ismail pada PRU15 ini? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/langkah-populis-jamin-menang-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Segera Bn Bukan Boleh Menang Besar Pun

Pru 15 Segera Bn Bukan Boleh Menang Besar Pun

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 166 hits
PRU 15 segera BN bukan boleh menang besar punPosted By on June 14 2022Seruan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan utama parti itu agar diadakan Pilihan Raya Umum ke 15 segera tidak lebih daripada sekadar modal politik...
Bn Menang Pru 15 Gst Dilaksanakan Kembali

Bn Menang Pru 15 Gst Dilaksanakan Kembali

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 147 hits
BN menang PRU 15 GST dilaksanakan kembaliPosted By on June 18 2022Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang telah dimansuhkan pada era pemerintahan Pakatan Harapan berkemungkinan besar akan dilaksanakan semula oleh Kerajaan BN Hal itu kata Ahli ...
Setiap Hari Beredar Pru 15 Semakin Hampir

Setiap Hari Beredar Pru 15 Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 210 hits
JANGAN BIMBANG SETIAP HARI PRU SEMAKIN DEKATATE YANG NAK SANGAT PRU 15 TU TENTU LA RASA LEGA KAN KAN ESOK TOLAK LAGI SATU HARI LUSA LAGI SATU HARI TUTANDA PRU SEMAKIN DEKAT SATU HARI DEMI SATU HARI SATU MINGGU DEMI SATU MINGGU SATU BULAN DE...
Wanita Pkr Perlu Persiap Jentera Hadapi Pru 15

Wanita Pkr Perlu Persiap Jentera Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 136 hits
Wanita PKR perlu persiap jentera hadapi PRU 15Posted By on June 15 2022Ketua Wanita KEADILAN di peringkat nasional mahu pun cabang yang telah diumum secara tidak rasmi perlu mula memikirkan persiapan gerak kerja untuk peringkat cabang dan r...
Ismail Sabri Perlu Jadi Berani Tamatkan Polemik Tarikh Pru Dengan Segera

Ismail Sabri Perlu Jadi Berani Tamatkan Polemik Tarikh Pru Dengan Segera

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 125 hits
Ribut ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan Yang peliknya bukan saja parti parti dalam k...
Lebih Baik Wang Buat Pru 15 Digunakan Bantu Rakyat Susah Salahuddin

Lebih Baik Wang Buat Pru 15 Digunakan Bantu Rakyat Susah Salahuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 165 hits
agendaily com14 06 2022Datuk Seri Salahuddin Ayub Rakyat kini sedang berdepan kesempitan hidup dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang yang semakin mahal kata Datuk Seri Salahuddin Ayub Timbalan Presiden Parti Amanah i...
Pru 15 Mungkin Lebih Awal Sebelum Julai 2023 Pm

Pru 15 Mungkin Lebih Awal Sebelum Julai 2023 Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 150 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan lebih awal iaitu sebelum Julai 2023 Menurut Perdana Menteri paling lewat PRU 15 boleh diadakan pada Julai tahun depan 2023 selepas tamat tarikh akhir ...
Kenapa Pm Tak Hadir Chogm Pru Dah Dekat Ke

Kenapa Pm Tak Hadir Chogm Pru Dah Dekat Ke

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 350 hits
PUTRAJAYA Ketiadaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel mencetuskan spekulasi Pilihan Raya Umum semakin hampir Sebaliknya delegasi Malaysia hanya diketuai Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada per...
Perlu Segera Pru 15 Jika Mahu Kerajaan Kuat Dan Juga Mengembalikan Kepercayaan Rakyat

Perlu Segera Pru 15 Jika Mahu Kerajaan Kuat Dan Juga Mengembalikan Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Islam SeMalaysia Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan segera jika mahu membina kekuatan dalam kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara Bagaima...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash