Pru 15 Segera Bn Bukan Boleh Menang Besar Pun




PRU 15 segera, BN bukan boleh menang besar punPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 14, 2022
ShareSeruan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan utama parti itu agar diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 segera tidak lebih daripada sekadar modal politik untuk memastikan kerajaan BN kukuh menghadapi ketidaktentuan yang mungkin ditimbulkan sekutunya.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara umum rakyat tidak melihat wujud ‘kestabilan politik’ sekiranya diadakan PRU segera.
Malah, katanya rakyat Johor yang dipaksakan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) awal tahun ini juga tidak melihat sebarang perubahan besar setelah BN diberi mandat 2/3.
Oleh itu, katanya, rakyat Malaysia juga tidak akan mendapat nikmat yang lebih baik sekiranya PRU 15 diadakan lebih awal berbanding menunggu sehingga tamat penggal pada Mei 2023.
“Dalam hal PRU, BN sedar bahawa suasana sekarang amat sesuai untuk memastikan kemenangan mereka. Suasana di mana rakyat kurang berminat untuk keluar mengundi akibat kelesuan gelagat politik dan keperitan hidup.
“Dalam keadaan begini, dengan pengundi tegar mereka, BNlah yang paling untung. Tiada kaitan dengan kestabilan politik sama sekali. Malah perebutan kuasa antara parti pemerintahlah yang menyebabkan ketidakstabilan politik.
“Bolehkah kita percaya jika BN mendapat mandat dalam PRU-15 ini maka politik akan stabil?” tanya Syed Ibrahim.
Bagi Ahli Parlimen Ledang itu, selepas PRU 14 keadaan politik Malaysia tidak lagi sama.
Keengganan pengundi Atas Pagar keluar membuang undi pada PRN Johor baru baru ini, menurut beliau, menyebabkan situasi politik tidak boleh disamakan lagi di peringkat nasional.
Ditambah pandemik Covid 19 bukan lagi ancaman, katanya, terdapat kemungkinan pengundi lebih ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan BN tidak boleh mengharapkan kemenangan mudah.
Katanya, lebih baik BN bersedia menghadapi kematangan politik rakyat daripada mendesak diadakan PRU segera
“Saya percaya lanskap politik negara telah berubah sejak PRU-14. Tiada mana-mana blok yang besar mudah mendapat 2/3 jika padang sama rata.
“Justeru, soalnya bukan kestabilan politik tetapi kematangan politik. Tidak mengamalkan politik sempit dan perkauman yang melampau,” katanya.
Terdahulu, Zahid Hamidi berkata sinis minggu lalu kononnya pembangkang takut menghadapi PRU 15 dan mencari pelbagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya
Namun tanggapan itu dinafikan pembangkang dengan hujah kerajaan perlu memperbaiki ekonomi rakyat terlebih dahulu sebelum sibuk untuk merebut kuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/pru-15-segera-bn-bukan-boleh-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Tak Boleh Menang Tipis Pada Pru 15 Serang Ph Dan Pn Mat Hasan

Bn Tak Boleh Menang Tipis Pada Pru 15 Serang Ph Dan Pn Mat Hasan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 243 hits
agendaily com01 06 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Gambar fail BernamaSasaran Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 15 adalah kemenangan besar dan bergaya bagi memastikan dapat menjadi parti dominan seperti sebelum ...
Najib Yakin Bn Menang Besar Pru15

Najib Yakin Bn Menang Besar Pru15

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 189 hits
Najib Yakin BN Menang Besar PRU15 Najib Razak hari ini mengingatkan agar BN tidak mengulangi kesilapan sebelum ini apabila melewatkan pelaksanaan pilihan raya umum sehingga menyaksikan parti itu tewas buat pertama kali dalam sejarah Merujuk...
Dem4m Sikit Pun Nangis Adik Manja Buat Keputusan Besar Derma Org4n Untuk Kakak Kini Boleh Terus Travel Bersama

Dem4m Sikit Pun Nangis Adik Manja Buat Keputusan Besar Derma Org4n Untuk Kakak Kini Boleh Terus Travel Bersama

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 190 hits
BUKAN hanya mempunyai pertalian darah sebagai adik dan kakak kini dua wanita ini berkongsi buah pinggang yang sama Begitulah kasih seorang adik kerana sanggup berkorban mendermakan sebelah buah pinggang kepada kakaknya yang menghadapi masal...
Pm Saya Tak Boleh Umum Tarikh Pru Kerana Itu Kuasa Agong

Pm Saya Tak Boleh Umum Tarikh Pru Kerana Itu Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 5 2022 6 36 PMKuasa untuk membubarkan Parlimen dan mengumumkan tarikh baru bagi pilihan raya umum akan datang terletak pada Yang di Pertuan Agong bukan perdana menteri kata Ismail Sabri Yaakob Katanya walaupu...
Kenakan Bayaran Masuk Ke Zon Sesak Di Bandar Besar Boleh Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas

Kenakan Bayaran Masuk Ke Zon Sesak Di Bandar Besar Boleh Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 238 hits
Foto hiasan CaretaPengenalan kadar harga jalan iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara Ini berikutan pende...
Formula Utk Bn Menang Besar Sangat Jelas

Formula Utk Bn Menang Besar Sangat Jelas

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 235 hits
Di pihak BN untuk menang besar di PRU15 sangat JELAS NO NAJIB NO ZAHID Ismail akan ketuai dan sokongan moral Tun akan memudahkan Kemenangan PH ada harapan jika NO ANWAR NO MUHYIDDIN dan syarat utama diketuai Rafizi Sokongan moral Lim kit SI...
Umno Bn Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga Bersatu

Umno Bn Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 336 hits
KUANTAN Kemenangan percuma pasti menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional jika khemah besar yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU Ketua Bahagian BERSATU Maran Datuk Jasri Jamaludin be...
Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 199 hits
Rakyat tak desak PRU15 diadakan lebih awal ia hanya desakan politik kata KJ June 5 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka S...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Perempuan Melawan Lara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100