Langkah Husam Bermula Hantar Memorandum Kepada Muhyiddin



Ketua Amanah Kota Bharu, Datuk Husam Musa akan menyerahkan empat cadangan untuk pembangunan ekonomi di Kelantan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.
Menurutnya, cadangannya itu pernah disuarakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi empat surat yang sudah dihantar pada tahun 2019.
Beliau berkata, surat pertama yang dihantar ketika itu adalah untuk mencadangkan supaya penyambungan jajaran paip gas dari Kerteh, Terengganu ke Bachok, Kelantan di bawah sistem Penggunaan Gas Semenanjung (PGU).
“Hanya Kelantan yang belum mempunyai kemudahan PGU ini dan jika ia dapat dilaksanakan insya-ALLAH bekalan gas dapat disimpan di negeri ini. Ia secara tidak langsung menjadikan kos pengeluaran lebih rendah.
“Malah dengan kewujudan PGU ia boleh memberi peluang pekerjaan yang mana menjadi masalah utama Kelantan hari ini di mana anak muda tiada pekerjaan serta pendapatan dan menyebabkan mereka terlibat dengan masalah sosial yang kritikal,” katanya dipetik.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara Kawasan Kubang Kerian di Dewan Tok Kenali, Kubang Kerian hari ini.
Husam berkata, surat kedua yang diserahkan semasa masih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan kepada Dr Mahathir dahulu juga iaitu agar mewujudkan semula skim latihan aperantis petroleum untuk anak Kelantan.
Katanya, ia adalah untuk menggalakkan anak muda yang berminat dalam bidang industri gas membina kerjaya pada masa akan datang.
“Dalam surat ketiga yang saya hantar kepada Dr Mahathir juga membabitkan kerajaan Kelantan dengan Petronas agar bersetuju menjadikan satu syarat yang mana 30 peratus daripada peluang perniagaan sama ada kecil atau besar berkaitan di pelantar dan juga dalam industri gas diberikan kepada anak negeri ini.
“Cadangan saya yang terakhir menyentuh berkaitan janakuasa berasaskan gas dibina di Kelantan dan tiga daripada empat surat ini akan dimajukan balik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta disalinkan kepada Menteri Besar Kelantan supaya sama-sama mengusahakan cadangan ini,” katanya.
Husam berkata, dalam menunggu jawapan kepada empat surat yang diserahkan kepada Dr Mahathir tahun lalu, beliau mendakwa sudah terdapat pelabur yang berminat dengan cadangannya.
Dalam perkara berkaitan pelabur, beliau enggan mengulas lebih lanjut.
“Walaupun Kelantan berada di bawah kepimpinan Pas, saya sebagai Senator menulis sekurang-kurang empat surat kepada Dr Mahathir dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan.
“Insya-ALLAH cadangan akan diserahkan selepas PRN Sabah. Jika sebelum ini saya tidak salin surat kepada kerajaan negeri, kali ini ia akan dihantar kepada Menteri Besar Kelantan,” katanya.
Dalam pada itu, Husam berkata, cadangan berkaitan dengan tenaga dan gas itu secara tidak langsung akan mengembalikan semula manfaat daripada sumber gas asli yang di keluarkan dari negeri ini untuk kebaikan rakyat negeri secara amnya dan negara umumnya.
Memetik surat bertarikh 8 November 2019 itu, Husam memaklumkan, pemasangan saluran paip gas asli yang baharu itu dijangka akan mendorong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di sepanjang koridor saluran paip gas asli seperti yang telah berjaya berlaku di pantai barat Semenanjung Malaysia.
“Ia juga akan merangsang dan merancakkan lagi usaha pertumbuhan industri di kawasan pembangunan sedia ada seperti di Pengkalan Chepa, Kelantan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29768

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 345 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini Menjawap soalam w...
Gps Firmly With Muhyiddin Pas Not Siding Anwar

Gps Firmly With Muhyiddin Pas Not Siding Anwar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 300 hits
Gabungan Parti Sarawak is very firm in its support for Muhyiddin Yassin to remain as prime minister said Parti Pesaka Bumiputera Bersatu secretary general Alexander Nanta Linggi Nanta told Malaysiakini that he had conferred with GPS and PBB...
Pm Muhyiddin To Address Nation This Afternoon

Pm Muhyiddin To Address Nation This Afternoon

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 216 hits
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is scheduled to deliver a special address to the nation at 2 30pm today on additional measures to mitigate the economic impact caused by the Covid 19 pandemic KUALA LUMPUR Prime Minister Tan Sri Muhyi...
Why Is Johorean Muhyiddin The Face Of Grs Campaign Lasimbang

Why Is Johorean Muhyiddin The Face Of Grs Campaign Lasimbang

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 291 hits
SABAH POLLS As Bersatu president Muhyiddin Yassin struggles to maintain a unified front for his Gabungan Rakyat Sabah coalition Warisan Plus Kepayan candidate Jannie Lasimbang chided the ubiquity of Muhyiddin s likeness on GRS election camp...
Covid 19 Vaccine Must Be Accessible To All Nations Peoples Muhyiddin

Covid 19 Vaccine Must Be Accessible To All Nations Peoples Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 224 hits
A vaccine for Covid 19 once it is found must be accessible to all nations and peoples Prime Minister Muhyiddin Yassin said Delivering Malaysia s national statement at the high level meeting of the United Nations General Assembly to commemor...
Pegawai Muhyiddin Antara Kontak Rapat Ahli Mt Umno Positif Covid 19

Pegawai Muhyiddin Antara Kontak Rapat Ahli Mt Umno Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 332 hits
Seorang Ahli MT UMNO Razlan Rafii yang dilaporkan positif dijangkiti virus Covid 19 dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sumber memberitahu Razlan ada bertemu dengan pegawai Muhyiddin sem...
Vaksin Covid 19 Mesti Boleh Diakses Kepada Semua Negara Orang Ramai Muhyiddin

Vaksin Covid 19 Mesti Boleh Diakses Kepada Semua Negara Orang Ramai Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 294 hits
M Update 22 9 2020 Vaksin COVID 19 apabila ditemukan mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan ...
Anwar Offers Muhyiddin Suitable Role If He Cooperates With Transition

Anwar Offers Muhyiddin Suitable Role If He Cooperates With Transition

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 263 hits
PKR president Anwar Ibrahim who today claimed he has secured a simple majority in the Dewan Rakyat said he is willing to consider a suitable role for Prime Minister Muhyiddin Yassin if he cooperates with the transition of power Muhyiddin s ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah