Langkah Ekonomi Luar Biasa Buat Mendepani Waktu Luar Biasa



Pada 6 April 2020oleh Liew Chin Tong


Oleh Senator Liew Chin Tong(Pengarah Pendidikan Politik DAP)Setara mana pun saya menentang rampasan kuasa politik yang membentuk rejim hari ini, saya seboleh mungkin mahu menjadi bipartisan di waktu kritikal ini bagi memastikan kerajaan membuat keputusan tepat pada musim wabak Covid-19. Jika tidak, akan ada rakyat yang kelaparan dan ketenteraman awam mungkin tergugat
Ini adalah masanya untuk kerajaan menunjukkan bahawa ia memahami sepenuhnya masalah semasa, dan mereka mempunyai idea yang paling jelas dan berani, terutamanya dalam melaksanakan apa yang mereka kata
Suka atau tidak, kerajaan adalah pilihan terakhir untuk seluruh rakyat Malaysia. Tidak ada negara lain yang boleh membantu rakyat Malaysia, melainkan kerajaan Malaysia sahaja, dan pastinya dengan bantuan rakyat Malaysia juga
Ini merupakan sebuah krisis global, maka masalah ini tidak boleh dieksport keluar sepertimana yang kita lakukan selepas Krisis Kewangan Asia pada akhir 90’an. Tidak ada sesiapa, China mahupun Amerika Syarikat, yang memiliki kemampuan dasar untuk membantu Malaysia. Tidak ada dana swasta atau badan kebajikan yang cukup besar untuk membantu dan mengalas sengsara jutaan rakyat Malaysia untuk entah berapa lama lagi
Waktu yang luar biasa ini memerlukan tindakan yang juga luar biasa. Kerajaan mesti memimpin dan bersedia untuk berfikir di luar kotak kebiasaan. Tindakan-tindakan yang berani perlu dilaksanakan segera, dengan daya imaginasi dan kreativiti
1) Tambah peruntukan belanja kesihatanKita sedang berdepan krisis kesihatan yang belum pernah kita hadapi selama ini namun kerajaan belum cukup memperlihatkan semangat yang mencukupi dalam melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk berbelanja semaksimum mungkin dengan sepantas mungkin untuk mendapatkan peralatan saringan, pakaian pelindung diri (PPE), alat bantu pernafasan, dan lain-lain lagi. Kementerian Kesihatan diberi peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam pakej rangsangan yang diumumkan baru-baru ini, tetapi itu masih tidak mencukupi
Lebih banyak dana perlu dikhaskan untuk perbelanjaan kesihatan dalam minggu-minggu dan bulan-bulan seterusnya bagi menambah kapasiti hospital dan unit rawatan rapi, serta memastikan ketersediaan bekalan perubatan, seperti topeng muka untuk orang ramai
Kemudiannya nanti, dengan berfikir jauh, kita wajar memperluas dan memperkukuh sistem kesihatan untuk melawan krisis semasa dan akan datang apabila permintaan masyarakat terhadap keperluan kesihatan kian meningkat, terutamanya apabila masyarakat kian bertambah tua
2) Menaikkan defisit ke tahap ‘waktu perang’Kerajaan mesti menerima hakikat bahawa ini adalah waktu perang. Ini bererti peraturan belanja berhemat tidak lagi terpakai. Saya boleh merasakan bahawa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan kerajaan secara amnya masih berfikir menggunakan kerangka waktu aman
Pakej Rangsangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac didakwa telah menyuntik sebanyak RM250 bilion untuk ekonomi negara tetapi angka perbelanjaan fiskal sebenar hanyalah RM25 bilion. Menurut Menteri Kewangan, suntikan fiskal sebanyak RM25 bilion dicapai dengan memotong dana kepada beberapa kementerian dan menetapkan defisit pada 4% berbanding KDNK pada tahun 2020 (berbanding 3.2% seperti yang dirancang)
Bayaran tunai kepada rakyat Malaysia dalam kategori B40 dan M40 hanya mencukupi untuk mereka bertahan sehingga penghujung bulan April dan Mei sahaja. Sebaik sahaja pakej itu diumumkan, para pengusaha dan peniaga menyatakan rasa tidak puas hati kerana mereka melihat tidak ada bantuan fiskal yang mencukupi. Jaminan pinjaman yang ditawarkan tidak relevan kepada perniagaan mereka, memandangkan mereka tidak banyak meminjam, dan melihat keadaan sekarang, mereka pastinya kurang keyakinan untuk membuat pinjaman baharu pada masa akan datang
Jika kerajaan mengekalkan nisbah 4% untuk nisbah defisit KDNK, tidak ada ruang untuk bantuan wang tunai selepas bulan April dan Mei, dan tidak ada ruang juga untuk sebarang bantuan gaji atau sebarang bentuk bantuan fiskal lain kepada perniagaan-perniagaan ini
Kerajaan tidak perlu terlalu terikat dengan pandangan agensi penarafan. Agensi-agensi tersebut kini sangat tertumpu kepada sejauh mana ekonomi dunia akan meleset dan untuk berapa lama, bukan dengan angka defisit. Tidak ada salahnya untuk melihat defisit ketika ini meningkat sehingga 10% kepada KDNK sekalipun. Malah sebenarnya, KDNK nampaknya akan menyusut. Maka usaha untuk mengekalkan nisbah defisit yang kecil adalah sia-sia
Tentu sekali, perbelanjaan haruslah dinyatakan dan dilaksanakan secara telus. Tidak ada ruang untuk ketirisan dan rasuah. Walaupun di tengah krisis yang dahsyat ini, kita mesti sentiasa waspada dan berlaku jujur
3) Wang kecemasan dan langkah yang lebih berani oleh Bank NegaraSudah tiba masanya untuk Bank Negara mengkaji pelaksanaan wang kecemasan (helicopter money) – meletakkan wang terus ke poket orang ramai – dengan menghasilkan lebih banyak wang tunai (base money) dan menyuntikkannya terus ke dalam ekonomi. Bank Negara tidak boleh bersikap konservatif dalam krisis sebesar ini. Ia mesti bersedia untuk campur tangan dengan lebih berani, bukan sahaja untuk menangani kejutan ekonomi dalam masa terdekat tetapi juga untuk menetapkan semula jangkaan pengeluar serta pengguna dan mencegah kejutan semasa daripada menjadi krisis yang berpanjangan. Satu langkah berani seperti wang kecemasan jelas akan memberi isyarat bahawa kerajaan dan BNM bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi mengelakkan keruntuhan ekonomi menyeluruh, dan dengan itu meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap arah tuju ekonomi masa depan
Penangguhan bayaran balik pinjaman selama setengah tahun adalah satu langkah yang tepat, tetapi Bank Negara memberi gambaran bahawa ia hanya bersedia untuk bergantung kepada operasi secara konvensional pasaran terbuka. Bank perlu diminta untuk menyerap pembayaran faedah dalam tempoh ini. Bank-bank perlu menanggung risiko untuk keputusan pinjaman yang mereka buat dan mengambil beberapa potongan, dan peminjam tidak wajar menanggung semua beban
Namun, kita perlu berhati-hati. Sebarang suntikan wang kecemasan tidak boleh mengalir ke sektor hartanah, contohnya. Rangsangan kewangan perlu direka untuk meminimumkan risiko menghasilkan satu lagi gelembung hartanah dan juga tahap hutang yang lebih tinggi, seperti yang berlaku selepas Krisis Kewangan Global pada tahun 2008
4) Dahulukan pekerja MalaysiaSiapa yang sepatutnya mendapat bantuan daripada dana awam
Kerajaan harus membantu para peniaga dan pengusaha untuk menyelesaikan sebahagian daripada tanggungan gaji mereka untuk kekal stabil. Kita namakan ini sebagai “fasa mengawal kebakaran”. Tetapi fasa ini tidak boleh terlalu lama
Objektif utama memberi bantuan ini adalah untuk memelihara pekerjaan rakyat Malaysia
Berjuta-juta orang di Malaysia akan kehilangan pekerjaan mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Puluhan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan di seluruh dunia mungkin kehilangan pekerjaan dan akan kembali ke Malaysia. Kerajaan mesti mampu memberi pendapatan kepada mereka dan keluarga mereka, serta mewujudkan pekerjaan untuk mereka
Selepas fasa ini, apa-apa bantuan upah hanya boleh diberikan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral dan politik untuk memastikan seramai mungkin rakyat Malaysia mendapat pekerjaan
Para peniaga dan pengusaha harus dibenarkan untuk memecat pekerja asing tetapi dengan mematuhi beberapa tuntutan undang-undang untuk memastikan makanan dan penginapan mereka dijamin sehingga tiba waktu selamat untuk mereka kembali ke negara asal. Inilah masa yang tepat untuk beralih daripada kebergantungan terhadap pekerja asing
5) Menyusun semula keutamaan GLC dan GLIC serta mengetengahkan dasar perindustrianKita harus mengambil peluang bagi membangunkan industri bekalan perubatan yang lebih besar. Kita juga patut melaburkan dana awam dalam usaha membina penyelidikan perubatan yang lebih kukuh. Kita juga sepatutnya dapat mewujudkan beberapa peluang pekerjaan baharu daripada krisis ini, sebagai contoh melatih semula anak-anak kapal syarikat penerbangan bagi membantu sektor kesihatan selama setahun atau lebih
Tetapi untuk berbuat demikian, kita perlu melibatkan pihak-pihak dengan kemampuan besar, iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)
Selama ini, GLC selalunya bertindak seolah-olah mereka adalah entiti swasta yang membuat keuntungan semata-mata. GLC banyak yang bersikap seperti pemaju swasta yang mementingkan keuntungan besar dan bukannya membina perumahan awam yang sesuai untuk rakyat kelas pertengahan, atau menanam kelapa sawit dengan mengorbankan jaminan bekalan makanan, atau membina hospital swasta yang memiliki 70% doktor dan sumber perubatan tetapi hanya merawat 30% pesakit, atau menjual kereta dan bukannya menyediakan pengangkutan awam
GLIC tertumpu kepada kerja-kerja menjana dividen untuk para penyumbangnya, tetapi kerajaan harus menyelaraskan pelaburan mereka dengan suatu strategi nasional. Sebagai contoh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaburkan 30% dana di luar negara kerana hasilnya lebih tinggi
Ya, KWSP sedang melaksanakan mandatnya. Tetapi kerajaan perlu melakukan segala termampu untuk mengekalkan dana di dalam negara. Apa gunanya memberi insentif besar kepada pelabur asing sedangkan kita sebenarnya tidak kekurangan dana
Peranan kerajaan dalam ekonomi perlu diperjelaskan: untuk melakukan lebih banyak dalam sektor kesihatan bagi memerangi wabak, mewujudkan pekerjaan dan membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan mereka, mewujudkan industri baru melalui dasar perindustrian yang kukuh serta melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mempersiapkan Malaysia untuk berdepan kitaran akan datang
GLC dan GLIC perlu menyusun semula keutamaan mereka. Mereka mesti berhenti berpura-pura seolah-olah mereka adalah syarikat swasta yang bersaing untuk mendapatkan wang dari kelas menengah Malaysia atau dari aset-aset hartanah yang mereka miliki
Peranan GLC adalah untuk melakukan apa yang sektor swasta tidak boleh lakukan sendiri, seperti penyelidikan dan pembangunan teknologi pertahanan atau kesihatan. GLIC perlu diberitahu secara jelas supaya melabur di Malaysia bagi mewujudkan sektor-sektor baharu yang akan menjana peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia
Keuntungan bukanlah matlamat utama. Matlamat ekonomi sosial keseluruhan harus diberi keutamaan. Sudah tentu, semua ini harus berlaku secara telus, tanpa pihak ketiga yang mengambil untung atas angin, tanpa bahaya moral dan tanpa konflik kepentingan
Rakyat Malaysia memerlukan kerajaan yang mempunyai kesedaran penuh, peka dan cergas dalam memimpin negara demi menyediakan jaring keselamatan untuk seluruh rakyat Malaysia, serta mewujudkan industri baharu supaya peluang pekerjaan baharu dapat dicipta. 
Tags : Covid-19, Liew Chin Tong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/langkah-ekonomi-luar-biasa-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Rm6 000 Kwsp Langkah Drastik Selamatkan Ekonomi

Keluar Rm6 000 Kwsp Langkah Drastik Selamatkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 175 hits
Selasa lalu sejurus selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi krisis Covid 19 satu insentif paling menonjol dan mendapat perhatian pelbagai pihak Pengumuman bahawa ahli Kumpulan W...
11 Ilustrasi Ini Gambarkan Dedikasi Luar Biasa Dari Tim Medis Selama Pandemi Corona Bikin Sedih

11 Ilustrasi Ini Gambarkan Dedikasi Luar Biasa Dari Tim Medis Selama Pandemi Corona Bikin Sedih

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 293 hits
Kita patut bersyukur karena masing masing negara yang terdampak covid 19 punya putra putri terbaik yang mendedikasikan hidupnya sebagai dokter dan tenaga medis hormat
Menpora Jasa Bob Hasan Untuk Olahraga Indonesia Luar Biasa

Menpora Jasa Bob Hasan Untuk Olahraga Indonesia Luar Biasa

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 217 hits
Amali menuturkan seluruh stakeholder olahraga merasakan kesedihan yang mendalam dan kehilangan atas kepergian Bob Jasa Bob dinilai sangat besar untuk dunia atletik Indonesia
8 Manfaat Luar Biasa Yang Terkandung Dalam Lembaran Kubis

8 Manfaat Luar Biasa Yang Terkandung Dalam Lembaran Kubis

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 244 hits
Walau mudah ditemui dan tak memiliki rasa yang terlalu kuat di lidah tak semua orang menyukai kubis Padahal di dalam lembarannya sesungguhnya tersimpan manfaat yang sangat besar
Kecekapan Kkm Bendung Covid 19 Luar Biasa

Kecekapan Kkm Bendung Covid 19 Luar Biasa

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 233 hits
Reaksi spontan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia semasa berjalan keluar dari Flat Selangor Mansion selepas mengeluarkan penghuni yang disyaki postifi Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India Kuala Lumpur foto AFF...
Tangani Covid 19 Dengan Pendekatan Luar Biasa Raja Muda Perlis

Tangani Covid 19 Dengan Pendekatan Luar Biasa Raja Muda Perlis

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 213 hits
Situasi hari ini amat membimbangkan di mana kita dapat melihat perkembangan penularan pandemik Covid 19 ini yang semakin menular di seluruh dunia dan perlu ditangani dengan pendekatan yang luarbiasa dan berbeza titah Raja Muda Perlis Tuanku...
Covid 19 Malaysia Sedang Alami Perubahan Ekonomi Total Ini 8 Langkah Persediaan

Covid 19 Malaysia Sedang Alami Perubahan Ekonomi Total Ini 8 Langkah Persediaan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 290 hits
COVID 19 menjejaskan kesihatan ekonomi negara melalui tiga saluran utama Foto BERNAMA RAMAI mungkin tidak menjangkakan krisis wabak COVID 19 telah membawa bencana yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis krisis lain...
Jokowi Akan Ikut Ktt Luar Biasa Secara Online Bahas Penanganan Covid 19

Jokowi Akan Ikut Ktt Luar Biasa Secara Online Bahas Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 167 hits
Jokowi akan Ikut KTT Luar Biasa Secara Online Bahas Penanganan Covid 19 IMF memperkirakan bahwa dampak Covid 19 berpotensi untuk krisis ekonomi global pada tahun 2008 Untuk itu pertemuan G20 kali ini untuk melakukan langkah stabilitas keuan...
Dijangkakan 2021 Bakal Mencatatkan Pertambahan Jumlah Kelahiran Bayi Luar Biasa

Dijangkakan 2021 Bakal Mencatatkan Pertambahan Jumlah Kelahiran Bayi Luar Biasa

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 642 hits
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan Ketua Unit Kes...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah