Keluar Rm6 000 Kwsp Langkah Drastik Selamatkan Ekonomi



Selasa lalu, sejurus selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi krisis Covid-19, satu insentif paling menonjol dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Pengumuman bahawa ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawh boleh mengeluarkan RM500 sebulan dari Akaun 2 selama tempoh 12 bulan, menerima pelbagai reaksi dari pimpinan politik, pencarum KWSP sendiri, malah bukan pencarum pun galak memberikan pendapat.

Pimpinan politik pembangkang, rata-rata mengkritik dan mempersoalkan insentif berkenaan dengan hujah bantuan sepatutnya datang dari peruntukan kerajaan, tetapi reaksi sebegitu sudah difahami kerana itu kerja mereka sebagai pembangkang.

Dalam kalangan rakyat, ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa menggunakan wang tabungan hasil titik peluh mereka bekerja untuk kegunaan selepas bersara.

Ramai juga yang bersyukur kerana dapat menggunakan wang KWSP dalam keadaan yang sukar dan mendesak ketika ini.

Penulis berpendapat, langkah kerajaan memberi pilihan kepada pencarum membuat keputusan sendiri adalah langkah yang bijak dan praktikal berbanding menjadikannya satu perkara mandatori.

Penulis juga faham kenapa ada pencarum yang mengkritik keputusan kerajaan ini, tetapi kita mesti ingat sekarang adalah waktu yang cukup mencabar, penangan wabak maut yang pantas merebak ini membuatkan tiada sesiapa pun terkecuali daripada menerima kesannya.

Bukan sebilion atau 2 peruntukan sudah diumumkan kerajaan setakat ini pada ketika 2 sumber kewangan utama negara, hasil daripada industri petroleum dan pelancongan amat teruk terjejas.

Hakikat harga minyak terus menyusut angkara perang harga antara 2 pengeluar utama bahan api itu, Arab Saudi dan Rusia menyebabkan Malaysia bakal kehilangan kira-kira separuh daripada hasil kewangannya menerusi Petronas.

Pada masa yang sama, menular pula wabak berbahaya Covid-19 yang memberi impak teruk kepada industri pelancongan, sumber kewangan ke-2 terbesar negara kita.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bermakna kemasukan rakyat atau pelancong dari luar disekat, menyebabkan pusat pelancongan dan hotel kosong, memaksa kerajaan menyuntik dana bagi merangsang serta membantu penggiat industri yang terkesan.

Ada juga suara menyarankan kerajaan menggunakan rizab yang ada kira-kira RM400 bilion, namun dalam konteks pengurusan kewangan sesebuah negara bersaiz Malaysia, ia bukan jumlah rizab yang besar.

Penggunaan rizab juga boleh memberi mesej yang salah kepada pelabur, kecuali rizab kita dalam nilai yang kukuh mencecah trilion ringgit.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$103 bilion setakat 13 Mac 2020, hanya memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bagi KWSP pula, ia mempunyai dana yang besar.

Setakat Oktober 2019, dana caruman terkumpul KWSP dilapor mencecah RM864.7 bilion dan mencapai RM924.7 bilion berdasarkan laporan terkini pada Februari lalu.

Mengambil kira jumlah ahli KWSP yang layak mendapat kemudahan pengeluaran Akaun 2 seperti diumumkan perdana menteri, nilai yang terbabit adalah sekitar RM40 bilion.

Ia sekali gus memberi ruang untuk dana kerajaan diguna untuk membantu rakyat dalam sektor lain yang bukan dari kalangan bukan pencarum KWSP.

Perlu diingat, dalam keadaan yang sukar sekarang, kecairan di pasaran tidak boleh dibiarkan terhenti tetapi perlu dipertingkatkan.

Caranya adalah menerusi perbelanjaan pengguna.

Jika orang ramai tidak berbelanja, makin banyak perniagaan akan “gulung tikar”, peniaga terpaksa tutup kedai dan akhirnya akan menyusul “teori domino” dengan kitaran ganas bakal terus meluas tanpa mampu dikawal lagi.

Apabila keadaan ekonomi berubah teruk, ketika itu tiada guna lagi kita berbicara mengenai simpanan untuk hari tua.

Jadi, segala macam bantuan kewangan diumumkan kerajaan adalah untuk membantu orang ramai berbelanja, termasuk pencarum KWSP menggunakan sedikit wang caruman untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mungkin bagi sesetengah pihak, apalah yang boleh dibuat dengan wang RM500 sebulan, namun bagi rakyat kebanyakan terutama golongan berpendapatan rendah, kemudahan yang diberikan itu boleh diibaratkan sebagai “penyambung nyawa”.

Kita tidak boleh meramalkan apa akan berlaku pada masa depan.

Namun, harapan dan doa kita agar krisis Covid-19 berakhir segera dan ekonomi Malaysia pulih semula, membuka kemungkinan pelaburan dibuat KWSP meraih pulang memberangsangkan pada masa depan.

Ketika itu, mungkin simpanan RM6,000 yang dikeluarkan pencarum dapat ditampung dengan bayaran dividen lebih tinggi oleh KWSP.

Mungkin juga pada tahun-tahun mendatang selepas berakhirnya krisis sukar ini, pencarum KWSP sudah menjana pendapatan atau gaji lebih tinggi dan mendapat kembali RM6,000 wang caruman yang mereka gunakan bermula Mei ini.

Buat masa sekarang, usah kita terlalu risaukan hal-hal pada masa depan, sebaliknya tumpukan kepada kehidupan ketika ini.

Memetik kata-kata perdana menteri pada Selasa lalu, kita sekarang berada dalam waktu yang sukar.

Dalam waktu yang sukar, kita perlu berfikir luar kotak dan melakukan sesuatu yang luar biasa, jangan terlampau jumud dan berpandangan sempit.

Putri Zaiton Khushairi pembaca FMT.


MR :  Macai PH tak berfikiran luar kotak, dia orang duduk dalam kotak!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/keluar-rm6000-kwsp-langkah-drastik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelar Polis Bodoh Suri Rumah Didenda Rm6 000

Gelar Polis Bodoh Suri Rumah Didenda Rm6 000

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 272 hits
KUANTAN Akibat melemparkan kata kata bodoh polis bodoh kepada anggota polis menerusi rakaman video yang di muat naik dalam laman sosial Instagram seorang suri rumah didenda RM6 000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini Hukuman itu diperi...
Kenduri Kepala Kambing Tukang Rumah Didenda Rm6 000

Kenduri Kepala Kambing Tukang Rumah Didenda Rm6 000

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 207 hits
SEORANG tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan Kenduri Kepala Kambing Tukang rumah didenda RM6 000 Perakam kenduri kepala kambing mengaku salah SEORANG tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Ses...
Keluar Wang Kwsp Umpama Tebuk Tabung Sendiri

Keluar Wang Kwsp Umpama Tebuk Tabung Sendiri

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 298 hits
Selepas Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dibolehkan untuk membuat pengeluaran wang simpanan masing masing netizen mula mempersoalkan tindakan berkenaan Ramai yang mempersoalkannya kerana KWSP ada...
Covid 19 Malaysia Sedang Alami Perubahan Ekonomi Total Ini 8 Langkah Persediaan

Covid 19 Malaysia Sedang Alami Perubahan Ekonomi Total Ini 8 Langkah Persediaan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 290 hits
COVID 19 menjejaskan kesihatan ekonomi negara melalui tiga saluran utama Foto BERNAMA RAMAI mungkin tidak menjangkakan krisis wabak COVID 19 telah membawa bencana yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis krisis lain...
Covid19 Pencarum Dibenar Keluar Rm500 Dari Akaun 2 Kwsp Mulai April

Covid19 Pencarum Dibenar Keluar Rm500 Dari Akaun 2 Kwsp Mulai April

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 363 hits
Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur bawah 55 tahun kini boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 masing masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Sri Mulyani Beberkan Upaya Indonesia Keluar Dari Tekanan Ekonomi Global

Sri Mulyani Beberkan Upaya Indonesia Keluar Dari Tekanan Ekonomi Global

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 147 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan apa yang diperkirakan IMF tersebut memang bakal terjadi di tahun 2020 Terlebih saat ini hampir seluruh negara negara berkembang telah terjangkit virus Corona atau Covid 19
Boleh Keluar Kwsp Akaun 2 Untuk Setahun

Boleh Keluar Kwsp Akaun 2 Untuk Setahun

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 314 hits
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini boleh mengeluarkan wang simpanan dalam akaun dua Bagaimanapun kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ia tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan Perutusan Khas Perdana M...
Keluar Wang Kwsp Anwar Cadang Kerajaan Beri Rm250

Keluar Wang Kwsp Anwar Cadang Kerajaan Beri Rm250

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 257 hits
Pengeluaran RM500 caruman KWSP adalah tidak munasabah dalam waktu rakyat dihimpit masalah kemungkinan kehilangan pekerjaan pada masa hadapan berikutan wabak Covid 19 yang memusnahkan ekonomi dunia Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan kembi...
Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 257 hits
Pada saat seluruh dunia sedang bertarung bermati matian memerangi wabak COVID 19 ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi ini Beberapa pihak menjual topeng muka dengan harga yang terlampau tinggi kerana permintaan y...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip