Langkah 16 September 2008 Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu



SEANDAINYA masa boleh diputar ke belakang dan Langkah 16 September tahun 2008 berjaya direalisasikan, barangkali Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu daripada Najib Razak.
Tentu sekali Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dihukum penjara. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun tidak akan berdepan kemungkinan masuk penjara.
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Littoral Combat Ship (LCS) dan Ultra Kinrara Sdn Bhd tidak akan menghantui negara.
Pastinya juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan muncul semula bermain silap mata menghancurkan mandat rakyat dan harapan negara.
Lebih penting daripada itu semua, negara tidak dibebani hutang berlipat ganda, reformasi segera terlaksana dan rakyat pasti hidup lebih selesa.
Barangkali ramai yang masih ingat Langkah 16 September 2008 yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada Mac 2008.
Namun tidak ramai yang mengetahui kenapa langkah itu dibuat dan siapa yang memulakannya.
Penganalisa politik ketika itu menyalahkan Anwar dan melempar pelbagai tuduhan dan cacian ke atasnya.

Namun tidak seorang pun penganalisa politik bertanya kenapa Anwar melaungkan Langkah 16 September sedangkan beliau bukan ahli Parlimen dan tidak boleh jadi Perdana Menteri?
Mari kita lihat kembali fakta sebenar supaya ahli sejarah tidak membuat tafsiran yang salah.
Keputusan PRU11 pada 2004 iaitu PRU pertama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, BN menang besar meraih 198 kerusi Parlimen.
PKR, Pas dan DAP kalah teruk. PKR menang satu kerusi saja iaitu Permatang Pauh. Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.
Pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat selepas enam tahun dipenjara.
Anwar kemudian ke John Hopkin dan Oxford University sebagai profesor pelawat.
Ketika di Amerika, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan menawarkan kepada Anwar untuk ambil alih tempat beliau kerana ketika itu giliran Asia.
Anwar menolak walaupun beberapa pemimpin dunia berjanji menyokong pencalonan beliau.
Pada 18 Oktober 2006, negara dan juga dunia dikejutkan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Tragedi pembunuhan ngeri lagi misteri ini menjadi topik perbincangan panas sepanjang 2007 dan berlarutan hingga PRU12.
Menjelang PRU12 pada 8 Mac 2008, BN hilang dua pertiga majoriti, memperoleh 140 kerusi, hilang 58 kerusi di Semenanjung.
Kalau tidak kerana sumbangan 52 kerusi dari Sabah dan Sarawak, BN Semenanjung tinggal 88 kerusi sahaja, cuma enam kerusi lebih daripada Pakatan Rakyat yang menang 82 kerusi.
Pun demikian, beza peratusan undi antara BN (51 peratus) dan Pakatan Rakyat (49 peratus) cukup tipis.
BN juga hilang lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelantan kekal dikuasai Pas. Perak kemudiannya dirampas oleh UMNO secara tidak demokratik.
Ini adalah kemenangan besar bagi Pakatan Rakyat walaupun kerjasama tiga parti itu baru berputik.
Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum tidak boleh bertanding kerana belum genap tempoh pantang lima tahun.
Kemenangan cemerlang Pakatan Rakyat menghantar gelombang ke seluruh negara bahawa obor reformasi yang dijulang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal melahirkan naratif baharu politik kebangsaan.
Kegagalan Abdullah mempertahankan majoriti dua pertiga menimbulkan kegelisahan anggota BN di Malaysia Timur.
Mereka melihat kelemahan Abdullah dan terpalitnya Najib dalam kes Altantuya bakal menjadi beban kepada BN di masa mendatang.
Sebaliknya ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabah melihat kemenangan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar sebagai kebangkitan baharu yang bakal mengubah landskap politik di Semenanjung.
Bukanlah satu rahsia bahawa Sarawak tidak selesa bersama UMNO sejak zaman Dr Mahathir lagi.
Mereka bersungut Dr Mahathir lebih kerap ke Jepun daripada melawat Sarawak, marah kerana menghalang UMNO bertapak di Sarawak.
Kalau tidak kerana Empangan Bakun, Mahathir mungkin tidak akan pijak bumi Sarawak.
Sekitar seminggu selepas PRU12, Anwar didatangi sekumpulan ahli Parlimen dari Sarawak menyerahkan surat akuan (SD) menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan mahukan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Justeru, Langkah 16 September bukanlah idea Anwar, tetapi langkah yang diatur oleh ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur.
KENAPA MEREKA MEMILIH ANWAR?
Naratif membina sebuah negara bangsa Malaysia pelbagai kaum yang menjadi falsafah perjuangan Anwar amat sesuai dengan perjuangan di Sarawak dan Sabah.
Mereka sedar politik perkauman dan agama yang sempit tidak menjamin kestabilan politik Malaysia.
Walaupun Anwar bukan seorang ahli Parlimen waktu itu, tetapi mereka yakin Pakatan Rakyat adalah parti untuk masa depan Malaysia lebih cemerlang.
Menjelang akhir Mac, Anwar memiliki lebih daripada 30 SD, cukup untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Beberapa ahli Parlimen UMNO turut mendaftar nama dan akan bersama selepas kerajaan baharu terbentuk.
Anwar, Abdul Hadi Awang dan Kit Siang kemudiannya menulis kepada Abdullah mohon diadakan sidang khas Parlimen. Surat itu tidak dijawab.
Pada masa sama, Anwar menghantar wakilnya menemui Muhyiddin menjemput beliau untuk berbincang di Singapura.
Perlu ditegaskan di sini, Anwar masih melihat Muhyiddin sebagai rakannya kerana beliaulah satu-satunya menteri yang berani ke rumah Anwar beberapa hari sebelum dia dipecat.
Anwar juga sedar Abdullah mahu melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi kerana tekanan Mahathir, Najib yang dilantik.
Atas perkiraan ini, Anwar mahu menemui Muhyiddin untuk berbincang jawatan Perdana Menteri dan kabinet.
Malangnya, Muhyiddin bukan saja menolak pertemuan dengan Anwar, sebaliknya mengutuk Anwar.
Tujuan Anwar ialah untuk Muhyiddin menjadi PM dan hasrat ini akan dibincangkan di Singapura. Muhyiddin menolak tuah.
Meragui lebih ramai yang akan mengikut langkah Anwar, Abdullah melarikan ahli-ahli Parlimennya ke Taiwan pada bulan Ramadan kononnya atas lawatan sambil belajar.
Bagi menjamin BN tidak tumbang, Abdullah tidak ada pilihan melainkan melamar Pas.
Abdullah menemui Abdul Hadi di rumah seorang usahawan. Umpan UMNO cepat disambar.
Selepas itu Pejabat Perdana Menteri menjemput Abdul Hadi dan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat bertemu di Istana Terengganu di Kuala Lumpur, kononnya untuk jamuan teh.
Dipendekkan cerita, pertemuan itu sebenarnya untuk menjemput Pas menyertai BN.
Nik Aziz meninggalkan majlis lebih awal selepas menyedari dirinya tertipu.
Tinggallah Najib, Muhyiddin dan Abdul Hadi mengagih habuan demi perpaduan Ummah.
Sementara itu, Saifudfin Nasution Ismail ditugaskan menemui Pandikar Amin Mulia berbincang cara terbaik untuk kemukakan usul undi tidak percaya.
Tiga kali Saifuddin menemui Speaker Dewan Rakyat itu secara sulit, tetapi pastinya diketahui oleh Perdana Menteri.
Menjelang pembukaan sidang pertama Parlimen penggal 12, Abdul Hadi minta untuk berjumpa Anwar.
Mereka setuju bertemu di kediaman Nik Aziz di JKR 10, Kota Bharu.
Anwar ditemani Saifudfin Nasution membawa bersama lebih daripada 30 SD.
Pertemuan di JKR 10 itu menyaksikan perdebatan hebat antara Nik Aziz dan Abdul Hadi.
Nik Aziz tegas menyokong Anwar supaya teruskan walaupun Muhyiddin enggan menemuinya.
Sebaliknya Abdul Hadi berkeras menentang atas alasan kononnya Anwar tidak boleh meminta bantuan orang bukan Islam untuk menjatuhkan pemimpin Islam.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu berakhir apabila Anwar mengingatkan kedua-dua mereka waktu solat Jumaat sudah hampir.
Sebelum melangkah keluar, Nik Aziz tetap meminta Anwar meneruskan langkahnya itu kerana beliau yakin ramai ahli Parlimen UMNO akan menyokong kerajaan Pakatan selepas kerajaan baharu dibentuk nanti.
“Selepas bumbung Putrajaya kita ambil, ramailah yang akan datang berteduh,” kata Nik Aziz.
Anwar pulang dengan perasaan serba salah. Kalau diteruskan, Pas mungkin pecah kerana pertengkaran antara Nik Aziz dan Abdul Hadi begitu keras seolah-olah berkerat rotan berpatah arang.
Anwar akhirnya membatalkan Langkah 16 September kerana Abdul Hadi terbukti belot dengan Pakatan Rakyat.
Kalau diteruskan juga, Abdul Hadi perlu hanya beberapa ahli Parlimen saja untuk jatuhkan kerajaan dibentuk. Jika ini berlaku kerajaan baharu akan jatuh dan Pas berpecah.
Kecuali Nik Aziz yang sudah meninggalkan kita dan Abdullah yang tidak sihat, yang lain - Abdul Hadi, Muhyiddin, Najib, Anwar dan Saifuddin masih hidup untuk mengesahkan cerita ini.
Seandainya Muhyiddin dan Abdul Hadi menyokong Langkah 16 September, Muhyiddin sudah jadi PM pada 16 September 2008, sekurang-sekurangnya untuk tempoh lima tahun.
Malangnya, Muhyiddin berfikiran singkat dan beliau yang kuat menyokong Najib menjatuhkan Abdullah, akhirnya dipecat oleh Najib. Itulah politik.
Sementara Pas pula sekiranya Abdul Hadi menyokong Langkah 16 September, Pas tidak akan melahirkan Amanah dan parti itu kekal sebagai parti Melayu yang terkuat dalam Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya mungkin hingga kini.
Lepas tempoh pantang lima tahun berakhir, pada 28 Ogos 2008, Anwar kembali menjadi ahli Parlimen melalui Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Ini amat membimbangkan Najib dan juga Dr Mahathir.
Sebaik saja kembali ke Parlimen, Anwar sekali lagi berdepan dengan kes liwat.
Najib yang berjaya memaksa Abdullah meletak jawatan dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009 tidak senang sekiranya Anwar di Parlimen.
Plot kedua lebih hebat tetapi dipendekkan cerita pada 7 Mac 2014 Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan dihukum enam tahun penjara.
Kegagalan Langkah 16 September memaksa Anwar sekali lagi melangkah ke penjara.
Tidak salah kalau ahli sejarah menulis bahawa Muhyiddin dan Abdul Hadi adalah sebahagian daripada punca kemelut politik, ekonomi dan penderitaan rakyat hari ini.
Sekiranya kedua-dua mereka berfikiran panjang, cekap membaca kelibat Najib dan Dr Mahathir ketika itu serta yakin dengan prinsip perjuangan Anwar, Malaysia pastinya selamat daripada kemelut politik dan ekonomi yang berpanjangan.
Retrospektif kisah ini amat menyayat hati terutama rakyat miskin kerana merekalah yang menerima kesan yang parah.
Bagaimanapun, kegagalan Langkah 16 September tersemat pengajaran besar untuk rakyat bezakan siapakah pejuang rakyat yang teguh pada prinsipnya dan siapa pula yang belot kerana kuasa dan jawatan.
Kini Muhyiddin dan Abdul Hadi kembali berpakat dalam PN untuk jatuhkan UMNO/BN dan PH.
Mungkin kedua-dua mereka akan menjemput Dr Mahathir bersama. Kita ucapkan kepada mereka bertiga selamat bermuafakat tetapi ingatlah, ada kuasa keempat yang sedang memerhati mereka.
Semoga ALLAH membuka hati pengundi memilih yang hak dan menolak yang batil demi Malaysia yang tercinta.

A Nazri Abdullah Bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/langkah-16-september-2008-ini-apa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Respons Scam Kebangsaan Tingkatkan Langkah Keselamatan Siber

Pusat Respons Scam Kebangsaan Tingkatkan Langkah Keselamatan Siber

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 165 hits
Pusat respons scam kebangsaan tingkatkan langkah keselamatan siber Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Oct 2022 1
Langkah Awal Digitalisasi Pandi Dukung Diskusi Aksara Pegon Kemenag Ri

Langkah Awal Digitalisasi Pandi Dukung Diskusi Aksara Pegon Kemenag Ri

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 201 hits
Kementerian Agama lewat Pusdiklat Teknis Pendidikan dan Keagamaan Badan Litbang dan Diklat menghelat kelompok diskusi terbatas atau focus group discussion dengan topik Penentuan Font dan Keyboard Pegon untuk Standar Nasional Indonesia
Vaksin Indovac Jadi Langkah Ri Antisipasi Pandemi

Vaksin Indovac Jadi Langkah Ri Antisipasi Pandemi

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 129 hits
Presiden Joko Widodo telah meluncurkan vaksin indovac yakni vaksin virus covid 19 karya dalam negeri yang diproduksi di PT Bio Farma Bandung
Laksa Johor Langkah Kanan

Laksa Johor Langkah Kanan

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum wbtLANGKAH kanan masuk aje rumah Senai petang semalam Laksa Johor siap terhidang atas meja Belum pun mendidih kuahnya ibu perangat atas dapur Iman dah menceduk spaghetti dan ulam ulaman susun dalam pinggan Kisahnya hari apat...
Amalkan 4 Langkah Penjimatan Secara Wang Berhemah

Amalkan 4 Langkah Penjimatan Secara Wang Berhemah

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 262 hits
TIPS BELAJAR UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJIMATAN SECARA BERHEMAH Boleh dikatakan zaman pandemic telah banyak memberi kesan yang mendalam khususnya buat golongan muda Salah satunya kita semua terpaksa berhadapan dengan kenaikkan harga barang ...
September Dan Oktober Yang Super Busy

September Dan Oktober Yang Super Busy

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 127 hits
Assalamualaikum wbt semua Bila sesekali ada kesempatan bersiaran macam ni la kita share cerita lontar belakang saja Adakah yang mencari cari Akak masih ada di sini Sentiasa mencari ruang untuk menulis walaupun sangat terhad Cuba cari conten...
Negara Kantongi Penerimaan Pajak Rp1 310 Triliun Per September 2022

Negara Kantongi Penerimaan Pajak Rp1 310 Triliun Per September 2022

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 149 hits
Rinciannya tercatat realisasi PPh non migas mencapai Rp723 3 triliun atau 96 6 persen dari target APBN Menkeu optimis PPh nonmigas pasti akan mencapai target dari APBN bahkan lebih
Hiburan Dah Buat Keputusan Settle Down Di Lembah Klang Mulakan Dengan Langkah Ini

Hiburan Dah Buat Keputusan Settle Down Di Lembah Klang Mulakan Dengan Langkah Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 178 hits
Pemilihan lokasi kediaman antara kesukaran yang dihadapi bakal pembeli Kawasan persekitaran fasiliti di sekeliling dan pelbagai lagi pertimbangan perlu diambil kira Bagi mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang S P Setia menyediakan kediama...
Bila Nak Mula Kumpul Stok Susu Waktu Cuti Bersalin Jangan Tersalah Langkah Pakar Kongsikan Tip

Bila Nak Mula Kumpul Stok Susu Waktu Cuti Bersalin Jangan Tersalah Langkah Pakar Kongsikan Tip

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 120 hits
Seawal seminggu ibu sudah mula buat stok pantang Betul ke cara macam ni Jangan tersalah langkah atau terlalu push diri demi untuk mendapatkan stok Ada caranya Menurut perkongsian Kaunselor Laktrasi ada waktu waktu yang disarankan untuk ibu ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba