Bila Nak Mula Kumpul Stok Susu Waktu Cuti Bersalin Jangan Tersalah Langkah Pakar Kongsikan Tip
Seawal seminggu ibu sudah mula buat stok pantang? Betul ke cara macam ni? Jangan tersalah langkah atau terlalu ‘push’ diri demi untuk mendapatkan stok. Ada caranya.
Menurut perkongsian Kaunselor Laktrasi, Pn Noorfazila Abdul Rahman, ada waktu-waktu yang disarankan untuk ibu memulakan stok awal.
Jangan tersalah langkah. Ini panduan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
Bila nak start kumpul stok susu waktu cuti bersalin?
Ramai yang tanya bila waktu terbaik untuk mula kumpul stok waktu cuti bersalin?
Sepanjang cuti bersalin :-
Fokus kita adalah pada anak. Offer anak menyusu sejam sekali dan 2 jam sekali waktu malam itu jauh lebih baik.
Untuk ibu yang cuti bersalin hanya 2 bulan :-
* Boleh mula memerah susu untuk stok lepas 2 minggu bersalin
* Cukup dengan perah sehari 1-2 kali saja awal subuh atau sebelum tidur.
* Selain dari itu, fokus susukan anak secara direct sekerapnya.
Bagi saya sekarang dah ada kemudahan milk collector, puan tak perlu pam pun tak pe cukup tadah sebelah setiap kali anak menyusu.
Dari terbazir menitik hasil dari tadahan tersebut boleh sejukkan dan semua hasil tadahan. Dalam masa 24 jam boleh kumpul dan satukan dalam satu botol bila dah sama-sama sejuk untuk dijadikan stok.
Kalau purata sehari dapat total 2oz pun takpe sebulan cuti dah dapat 60oz. Dua bulan cuti bersalin dah dapat 120oz, kalau 3 bulan cuti dah boleh dapat lebih kurang 180oz. Dah lebih dari cukup.
Jangan stress nak stok beratus-ratus oz sebab nanti bila dah mula bekerja kita akan bekalkan lebih banyak stok chilled dan fresh, stok frozen cuma untuk back up saja.
Untuk ibu yang cuti bersalin 3 bulan:
* Boleh mula perah susu dari lepas usia anak sebulan atau lepas pantang pun boleh.
* Sama juga caranya cukup sehari 1 atau 2 kali saja sehari.
* Waktu lain fokus menyusukan anak kerap-kerap.
* Waktu siang saya nasihatkan ibu elakkan pam sebab waktu siang hormon tak setinggi malam.
* Tapi, jika dah kejut anak tak bangun puan sendiri pun dah bangkak takkan nak biar time tu bolehla perah.
Macamtulah seterusnya, kejayaan penyusuan ni. Yang paling penting ISTIQAMAH (KONSISTEN). Baru sekali perah dapat beberapa titik senyum dan bersyukur. Esok perah lagi waktu yang sama macam tulah seterusnya.
Jangan stress sangat dengan hasil perahan. Berapa oz pun dapat belajar bersyukur. Fokus dulu untuk naikkan berat anak dulu.
Target dapat naikkan berat semaksimumnya tu lebih baik dari target nak dapat beribu oz susu sebab faktor kejayaan dalam penyusuan bukan ditentukan oleh berapa banyak hasil yang puan mampu pam tapi macamana semangat dan kesungguhan puan meneruskan perjuangan!
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bila Nak Mula Kumpul Stok Susu Waktu Cuti Bersalin? Jangan Tersalah Langkah, Pakar Kongsikan Tip! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/bila-nak-mula-kumpul-stok-susu-waktu-cuti-bersalin-jangan-tersalah-langkah-pakar-kongsikan-tip/