Langit Indonesia Bertukar Merah


Langit Indonesia Bertukar Merah
Fenomena langit bertukar merah di Pandeglang, Indonesia baru-baru ini mengejutkan penduduk setempat apabila suasana senja tiba-tiba berubah menjadi merah pekat.
Gambar dan video kejadian tersebut tular di media sosial, menyebabkan ramai tertanya-tanya sama ada ia berkaitan dengan bencana alam atau petanda berbahaya.

Namun, menurut pihak berkuasa cuaca Indonesia, fenomena itu sebenarnya adalah kejadian alam yang biasa berlaku.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menjelaskan bahawa warna merah yang kelihatan di langit merupakan fenomena optik atmosfera dikenali sebagai “hamburan Rayleigh”.
Ketua Balai Besar Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Wilayah II Banten, Hartanto, berkata fenomena ini berlaku apabila matahari berada pada kedudukan rendah, terutamanya ketika hampir terbenam.
Pada waktu itu, cahaya matahari perlu melalui jarak atmosfera yang lebih panjang sebelum sampai ke mata manusia.
Hanya cahaya dengan gelombang yang lebih panjang seperti merah dan jingga mampu menembusi atmosfera, lalu menghasilkan warna merah yang jelas di langit.
Selain kedudukan matahari, BMKG menjelaskan bahawa kelembapan udara dan kehadiran partikel kecil di atmosfera turut mempengaruhi kepekatan warna merah tersebut.
Di Pandeglang ketika kejadian, kawasan berkenaan sedang mengalami hujan dan mempunyai kandungan wap air yang tinggi.
Kehadiran aerosol seperti debu dan zarah halus di udara juga membantu memantulkan cahaya merah ke permukaan awan, menjadikan warnanya kelihatan lebih terang.
Tiada kaitan dengan bencana alam BMKG menegaskan fenomena ini sama sekali tidak menandakan berlakunya bencana alam. Ia bukan petunjuk kepada gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi atau kejadian berbahaya lain.
Justeru, masyarakat tempatan diminta bertenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi atau andaian tidak berasas.
Pihak berkuasa turut menyarankan orang ramai untuk mendapatkan maklumat cuaca hanya daripada sumber rasmi supaya tidak timbul kekeliruan.
BACA: Mangsa Banjir Indonesia Bakal Terima Elaun Sara Hidup Harian
Sumber: Detik.com, CNN Indonesia
The post Langit Indonesia Bertukar Merah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/22/langit-indonesia-bertukar-merah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langit Bertukar Merah Di Pandeglang Cetus Panik Ini Penjelasan Bmkg

Langit Bertukar Merah Di Pandeglang Cetus Panik Ini Penjelasan Bmkg

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 121 hits
PANDEGLANG Fenomena langit bertukar merah pekat di Pandeglang Indonesia baru baru ini mengejutkan penduduk setempat apabila suasana senja tiba tiba berubah luar biasa Gambar dan video kejadian itu tular di media sosial sekali gus mencetuska...
Penduduk Cemas Langit Merah Seperti Darah

Penduduk Cemas Langit Merah Seperti Darah

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 107 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan fenomena langit merah seperti darah di daerah Panimbang kelmarin TikTokJAKARTA Penduduk di Pandeglang wilayah Banten digemparkan dengan pemandangan langit bertukar warna merah seperti darah lapor portal ...
Majlis Makan Malam Bertukar Cemas Dewan Hotel Terbakar

Majlis Makan Malam Bertukar Cemas Dewan Hotel Terbakar

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 78 hits
Farhana YaacobTangkap layar video tularMELAKA Lebih 1 000 kakitangan syarikat pembersihan yang sedang menghadiri majlis makan malam berdepan detik cemas apabila dewan hotel di Bukit Katil tiba tiba terbakar Dalam kejadian kira kira jam 8 ma...
Malaysia Salur Sumbangan Rm500 Kepada Pelajar Indonesia Terkesan Bencana Di Aceh Sumatera

Malaysia Salur Sumbangan Rm500 Kepada Pelajar Indonesia Terkesan Bencana Di Aceh Sumatera

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 141 hits
Malaysia Salur Sumbangan RM500 Kepada Pelajar Indonesia Terkesan Bencana Di Aceh Sumatera KUALA LUMPUR 11 Dis Malaysia akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di nega...
Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 124 hits
Bawang merah adalah tanaman umbi dari keluarga lili asiasi yang hidup di kawasan tropika Tanaman berumbi ini berasal dari asia barat Perkembangan penggunaan bawang merah tidak sepesat seperti bawang bombay dan bawang putih nbsp Bawang merah...
Media Indonesia Jelaskan Mengapa Banjir Di Sumatera Lebih Parah Berbanding Negara Jiran

Media Indonesia Jelaskan Mengapa Banjir Di Sumatera Lebih Parah Berbanding Negara Jiran

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 166 hits
Media Indonesia Jelaskan Mengapa Banjir Di Sumatera Lebih Parah Berbanding Negara Jiran Seperti yang diketahui beberapa negara di Asia Tenggara telah dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan Malaysia tidak terkecuali beberapa kawasan d...
Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 195 hits
Oleh Azizul FarhanKalau ikut cita cita orang politik Melaka ni bukan setakat bandar pelancongan naik beca dan makan asam pedas Mereka nak Melaka jadi pintu gerbang dunia siap boleh drive kereta terus masuk Indonesia Bunyi macam mengarut tap...
Kpkt Peruntuk Rm15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah

Kpkt Peruntuk Rm15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 115 hits
KPKT Peruntuk RM15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah PUTRAJAYA 17 Disember 2025 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengenal pasti sebanyak 642 unit kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang mas...
Jambatan Melaka Indonesia Bakal Direalisasikan

Jambatan Melaka Indonesia Bakal Direalisasikan

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 163 hits
Jambatan Melaka Indonesia Bakal Direalisasikan ALOR GAJAH 11 Dis Kerajaan negeri bakal merealisasikan pembinaan jambatan penghubung antara Melaka dan Indonesia melalui Pengkalan Balak sekali gus menjadi pintu gerbang dunia terakhir yang men...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk