Kpkt Peruntuk Rm15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah


KPKT Peruntuk RM15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah
PUTRAJAYA, 17 Disember 2025 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti sebanyak 642 unit kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih diduduki namun mengalami kerosakan kecil.
Selain itu, sebanyak 587 unit kuarters JBPM didapati tidak diduduki berikutan keadaan bangunan yang rosak dan usang, sekaligus memerlukan kerja-kerja pembaikan segera bagi memastikan aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan penghuni sentiasa terpelihara.
Sehubungan itu, KPKT komited memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters terlibat secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada unit yang berada dalam keadaan paling kritikal.
JBPM ketika ini mempunyai 5,108 unit kuarters di seluruh negara yang merangkumi penempatan di balai bomba, peringkat negeri serta akademi latihan.
Hasil penilaian mendapati terdapat kuarters yang berada dalam keadaan uzur, mengalami masalah struktur serta tidak lagi memenuhi tahap keselamatan dan keselesaan yang sewajarnya.
Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan rasionalisasi kuarters bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan anggota bomba serta keluarga mereka terus terpelihara.
BACA: JAS Komited Laksana 22 Projek Kampung Angkat Madani Di Kampung Linggi Kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan merangkumi pembaikan struktur bangunan, bumbung. sistem pendawaian elektrik, sistem perpaipan, kemudahan sanitasi serta aspek keselamatan bangunan, bagi memastikan kuarters dalam keadaan selamat, selesa dan berdaya huni.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata, kebajikan anggota bomba sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
“Anggota bomba adalah barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat. Kerajaan komited memastikan mereka dan keluarga dapat mendiami kediaman yang selesa dan selamat.”
Beliau turut memaklumkan bahawa KPKT menyasarkan kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan agar anggota bomba dan keluarga mereka dapat menikmati kediaman yang lebih baik menjelang sambutan Aidilfitri 2026.
Sementara itu, pihak JBPM menyifatkan inisiatif ini sebagai satu langkah yang amat bermakna kepada warga bomba, khususnya anggota yang menetap di kuarters lama, sekali gus mampu meningkatkan moral, kesejahteraan keluarga dan fokus anggota dalam melaksanakan tugas menyelamat.
Selari dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam dan tadbir urus berintegriti, JBPM kini sedang menaik taraf Sistem e-Kuarters bagi memastikan proses permohonan dan pengurusan kuarters dapat dilaksanakan secara lebih cekap, teratur dan bersistematik.
Langkah pengisian semula kuarters turut dilaksanakan secara strategik bagi mengoptimumkan penggunaan aset Kerajaan serta mengelakkan pembaziran.
KPKT akan terus memantau pelaksanaan projek ini dari semasa ke semasa bagi memastikan peruntukan yang disalurkan memberi impak maksimum serta manfaat langsung kepada warga JBPM, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan penjawat awam barisan hadapan.
BACA: KPDN Anjurkan PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan The post KPKT Peruntuk RM15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/17/kpkt-peruntuk-rm15-juta-baiki-642-unit-kuarters-demi-keselesaan-wira-merah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Rm500 Juta Baiki Infrastruktur Awam Terjejas Banjir

Pm Umum Rm500 Juta Baiki Infrastruktur Awam Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 12 hits
KUALA LUMPUR 2 Dis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam di kebanyakan negeri yang terjejas akibat banjir baru baru ini Beliau berkata semua jabatan di...
Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 173 hits
Perdana Menteri Thailand telah mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen dengan alasan utama berkeinginan untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat Namun jika dilihat dalam konteks yang lebih luas langkah ini tampak lebih sebagai jalan p...
Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan

Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 141 hits
JIKA UEC DIIKTIRAF PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI11 December 2025Pada 9 Disember lalu Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Nga Kor Ming berkata kepimpinan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meminta agar Sijil Pe...
Sanggup Tinggalkan Gaji Rm38 000 Sebulan Demi Kahwin Wanita Thai

Sanggup Tinggalkan Gaji Rm38 000 Sebulan Demi Kahwin Wanita Thai

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 137 hits
KOSMO Jordan berkahwin dengan isterinya di wilayah Kalasin Thailand pada 29 November lalu YouTubeBANGKOK Seorang lelaki warga Singapura mengundang perhatian orang ramai kerana nbsp sanggup meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan sebanyak S 1...
Dari Kampung Terbang Ke Ireland Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi

Dari Kampung Terbang Ke Ireland Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 170 hits
Dari Kampung Terbang Ke Ireland Kisah Anak Sarawak Kuat Demi Keluarga Jadi Inspirasi Kental Mungkin itulah satu kata yang paling tepat bila bercakap tentang perjalanan hidup Farid Syafiq Shariffudin Shah 30 Dibesarkan oleh seorang ibu tungg...
Ptptn Lanjutkan Kempen Lestari Pendidikan Demi Kelestarian Pendidikan Tinggi

Ptptn Lanjutkan Kempen Lestari Pendidikan Demi Kelestarian Pendidikan Tinggi

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 101 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif mesra pelanggan bagi membantu serta memudahkan peminjam melaksanakan bayaran balik pinjaman Sehubungan dengan sambutan yang amat menggalakkan dari...
Abang Johari Ups Funding Sarawak Unit For Other Religions By Rm10m To Strengthen Interfaith Harmony

Abang Johari Ups Funding Sarawak Unit For Other Religions By Rm10m To Strengthen Interfaith Harmony

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 124 hits
Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Openg announced RM10 million for the state s Unit for Other Religions bringing the total allocation to RM120 million since it was set up in 2017 The Borneo Post picKUCHING Dec 8 The Sarawak Premier s Dep...
Amanah Negara Disempurnakan Pemimpin Angkat Sumpah Tekad Berkhidmat Demi Rakyat Dan Kemakmuran Malaysia

Amanah Negara Disempurnakan Pemimpin Angkat Sumpah Tekad Berkhidmat Demi Rakyat Dan Kemakmuran Malaysia

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 83 hits
KUALA LUMPUR 8211 Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib di Istana Negara hari ini disempurnakan oleh Kebawah Dul...
Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta

Penghujung Sebuah Cerita Kesedihan Dan Harapan Dalam The Last Goodbye


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Is This Normal Malaysian Parents Barely Think About Their Kid S Mental Health

Dj Dave Rintihan Rasa Chord

Building A Better Playground Top Manufacturers And Their Specialties

Penuntut Ums Maut Terjatuh Di Dewan Canselor