Lampu Pelita Rumah Kampung Dan Anyaman Tema Raya Suria Klcc 2024
LAMPU PELITA, RUMAH KAMPUNG DAN ANYAMAN TEMA RAYA SURIA KLCC 2024 | Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC menjemput para pengunjung untuk menulusuri sambutan yang imersif pada musim perayaan Hari Raya kali ini. Suria KLCC membawakan kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April bersempena dengan hari lebaran yang bakal kunjung tiba pada 10 dan 11 April kelak
Dekorasi sambutan perayaan Hari Raya kali ini bakal memukau para pengunjung apabila laman ‘Centre Court’ ditransformasikan menjadi suasana taman yang bertemakan keindahan bunga ‘bougainveilla” atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan juga pelbagai dedaun dan bunga tropika tempatan.
LAMPU PELITA, RUMAH KAMPUNG DAN ANYAMAN TEMA RAYA SURIA KLCC 2024
Berdiri di tengah-tengah ruang hiasan yang gah, tersergam indah sebuah ‘Rumah Kampung’ tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia. Dekorasi lebaran kali ini turut membawakan latar belakang yang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dilengkapi dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.
Pengunjung juga boleh mencuba bermain permainan tradisional seperti ‘Teng Teng’, ‘Batu Seremban’ dan juga ‘Congkak’ sepanjang tempoh kempen Hari Raya. Tidak kurang daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk merakam detik berharga di sudut ‘photobooth’ yang mana para pengunjung akan menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma. Kemeriahan berganda dapat dirasakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal berlangsung pada hujung minggu
Melalui kerjasama dengan Kraftangan Malaysia, Pihak Suria KLCC akan membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Interaktif Kraf yang bakal berlangsung di laman ‘Centre Court’ dan jualan kraf tempatan di ‘Ramlee Mall’ yang berlokasi di aras 1 bermula dari 15 Mac sehingga 7 April. Seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran Kesihatan Mental, para pengunjung yang mengambil bahagian di dalam aktiviti yang tersenarai berpeluang untuk membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM 10 dan akan menerima pelitup muka batik eksklusif. Kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada NGO yang terpilih.
Dekorasi megah Suria KLCC kali ini turut membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di laman ‘Esplanade KLCC’. Binaan ini turut diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022 sebagai replika ‘Lampu Pelita’ terbesar di Malaysia yang memaparkan tekstur anyaman berwarna-warni pada setiap panel replika tersebut.
Pengalaman membeli-belah musim perayaan di Suria KLCC turut diperkaya dengan ganjaran yang menarik di mana pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya eksklusif Suria KLCC.
Selain ganjaran tersebut, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC yang bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100.
PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA
Sambutan Hari Raya di Alamanda Putrajaya yang mambawakan tema anyaman berwarna-warni disamping latar belakang taman tropikal turut berlangsung dari 15 Mac sehingga 21 April. Laman ‘Court Centre’ Alamanda Putrajaya juga dilihat menampilkan dekorasi tropikal yang dihiaskan dengan binaan 'Rumah Kampung' tradisional dilengkapi elemen anyaman yang berwarna-warni di bahagian dinding, tingkap, dan bumbung rumah. Suasana ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dihiasi oleh lampu pelita yang pasti menyingkap kenangan kita terhadap suasana kampung tradisional zaman dahulu kala.
Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan seperti bermain permainan tradisional ‘Batu Seremban’, ‘Congkak’ bersaiz besar dan juga ‘Teng Teng’. Pada setiap hujung minggu bermula dari 30 Mac sehingga 7 April, aktiviti seni dan kebudayaan akan dianjurkan khas untuk penglibatan ahli VIKids, sementara para pengunjung berpeluang untuk belajar cara menganyam ‘ketupat’. Persembahan kebudayaan juga turut diadakan pada hujung minggu di laman ‘Centre Court’ bagi meningkatkan keriangan sambutan lebaran.
Kemeriahan Aidilfitri juga dapat dirasai apabila para pembeli akan mendapat ganjaran melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima beg anyaman berwarna-warni serta satu set Sampul Raya eksklusif. Bagi pembeli yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas dalam dua resit, mereka akan menerima RM50 Baucar Beli-Belah Alamanda bersama beg anyaman dan Sampul Raya.
Dengan komitmen yang teguh terhadap tanggungjawab sosial korporat, Pusat Beli-Belah Alamanda meluaskan keperihatinannya kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui acara berbuka puasa khas untuk anak anak yatim. Program ini membolehkan anak-anak yatim ini menikmati persembahan sambutan perayaan, beli-belah persalinan dan perhiasan Hari Raya yang baru, serta menerima 'Duit Raya'.
PUSAT BELI-BELAH MESRA
Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Terengganu turut menjayakan kempen Hari Raya yang akan berlangsung selama 46 hari, bermula dari 12 Mac hingga 30 April. Sambutan ekstravaganza kali ini juga menampilkan hasil anyaman tradisional dalam dekorasinya bagi memperkaya budaya tempatan dalam menyambut kehadiran Aidiliftri.
Turut tidak ketinggalan, para pengunjung Mesra Mall juga berpeluang untuk merasai keriangan lebaran dengan menikmati ganjaran eksklusif dengan menerima sebuah beg buluh anyaman berwarna-warni dan satu set Sampul Raya pada setiap pembelian RM350 dalam dua resit.
Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada hari Jumaat dan Sabtu menjelang sambutan Hari Raya, antaranya adalah Pertandingan Anyaman Kostum, Pertandingan Mewarna Mesra untuk kanak-kanak, Bengkel hiasan 'Biskut Raya', persembahan tarian tradisional, sambutan Hari Raya bersama masyarakat 'Orang Asli', Bengkel Gubahan Bunga, Bengkel Solekan Raya, dan juga Bengkel 'Kembalikan Kad Raya'.
Turut serta dalam meneruskan inisiatif terhadap tanggungjawab kelestarian korporat, Mesra Mall ingin menyantuni nilai Aidilfitri kali ini dengan mambawakan program Jalinan Mesra bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemaman pada 21 Mac. Dalam usaha ini, 40 warga emas akan menyertai pihak pengurusan Mesra Mall, pihak berkuasa tempatan, dan penaja untuk berbuka puasa bersama-sama.
Selain daripada itu, pengagihan bubur lambuk akan diadakan untuk 500 pengunjung utama pada 28 Mac. Sambutan perayaan di Malaysia merupakan masa untuk berkongsi kegembiraan dan menghargai adat dan budaya. Di Suria KLCC, Alamanda, dan Mesra Mall, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencipta pengalaman yang bermakna yang juga menjadi titik nilai mulia sambutan lebaran. Di samping kita berusaha menyemai nostalgia dalam membuka lembaran sambutan Hari Raya yang menggembirakan ini, Kumpulan Suria KLCC berharap agar sambutan perayaan kali ini menjadi asas penyatuan dan pemumupukan silaturahim yang teguh dan utuh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2024/03/lampu-pelita-rumah-kampung-dan-anyaman.html