Lambat Rezeki Anak Izzue Islam Cari Jawapan






Rezeki adalah kurniaan Allah yang hadir dalam berbagai bentuk. Atas alasan tersebut, seandainya poket semakin nipis atau sering kekeringan baki dalam akaun bank, tidak bermakna kita tergolong dalam kelompok manusia yang jauh daripada limpahan rezeki Yang Esa.

Daripada satu sudut lain, tanpa disedari bahawa kesihatan yang baik juga merupakan bentuk kurniaan rezeki yang tidak ternilai mahalnya.

Buat seorang anak seni bernama Izzue Islam atau nama lengkapnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, enam tahun melayari bahtera rumahtangga dengan isteri, Awin Nurin, satu hal yang amat mereka hajatkan adalah sebuah rezeki bernama zuriat.

Reda dengan ketentuan takdir sementelah terus mencuba untuk menambah keceriaan rumah tangga, Izzue mengakui telah sepakat dengan isteri untuk menjalani pemeriksaan kesuburan terlebih dahulu sebelum berikhtiar cara lain, iaitu melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk menimang cahaya mata.

“Saya belum buat sebarang rawatan. Buat masa sekarang, perancangan hanya untuk menjalani pemeriksaan kesuburan dalam waktu terdekat.

“Kami akan buat pemeriksaan, sekurang-kurangnya dapat tahu siapa yang bermasalah kerana sebelum ini memang kami tidak pernah buat sebarang pemeriksaan kesuburan,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada sidang akhbar konsert Hora Horey Live! Didi & Friends baru-baru ini.

Zuriat

Tutur Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) itu, sama ada dia dan isteri sudah bersedia untuk berdepan kemungkinan diagnosis siapa yang tidak subur atau mempunyai masalah.

“Rezeki, Allah yang bagi. Kami berdua bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

“Kami ada juga mendapat nasihat daripada kawan-kawan selebriti seperti Fizo Omar dan Black. Mereka ada menyarankan doktor yang bagus untuk urusan mendapatkan zuriat.

“Ada orang kata buat IVF terus. Ada juga yang nasihatkan jangan buat IVF, pergi buat pemeriksaan kesuburan dahulu. Jadi sekarang kami sepakat, pergi buat pemeriksaan dahulu dan selepas itu, baru akan ikhtiar cara lain seperti rawatan kampung atau IVF,” ujar Izzue.

Ditanya pernahkah Izzue dan isteri terfikir untuk mengambil anak angkat, jawabnya: “Buat masa sekarang, ramai yang mencadangkan supaya kami ambil anak angkat. Kata orang kalau ambil anak angkat nanti senang ‘lekat’.

“Bagaimanapun, jadual kerja sekarang tersangatlah padat dan saya rasa lebih baik usaha dengan cara sendiri.

“Apapun, seperti yang saya kata tadi, buat pemeriksaan kesuburan dahulu dan sekiranya salah seorang daripada kami bermasalah, akan ada rawatan susulan,” dedahnya lagi.

Kerjaya

Berkongsi soal kerjaya, Izzue akan terlibat dalam konsert Hora Horey Live! Didi & Friends yang bakal berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019.

“Saya akan terlibat dalam keempat-empat hari konsert. Kerjasama dan tawaran mula tercetus apabila saya buat video untuk kandungan YouTube lagu berjudul Mandi,” katanya.

Dari segi lakonan pula, Izzue akan muncul dengan sebuah telefilem berjudul Dosa Semalam menerusi TV3 tidak lama lagi selain Misteri Akil Baligh dan terbabit dengan program Muzikal Lawak Superstar.

“Buat pertama kali, saya digandingkan dengan dua pelakon iaitu Janna Nick dan Tasha Shilla. Alhamdulillah, rezeki semakin lebat.

“Mungkin ini juga rezeki untuk saya yang bekerja keras tahun ini, sebelum fokus terhadap usaha mendapatkan anak menjelang tahun hadapan.

“Sebagai selebriti, kalau tidak sibuk bekerja, memang tiada duit. Mungkin, rezeki inilah yang akan saya gunakan untuk kos rawatan mendapatkan anak nanti.

“Kalau buat IVF, proses itu memerlukan kos yang mungkin saya sendiri tidak terjangka,” kongsinya.

Berbicara soal muzik pula, bekas anggota Forteen itu bakal melancarkan sebuah single solo berentak rancak selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Insya-Allah. Ketika tawaran lakonan semakin banyak, saya tidak pernah melupakan bidang nyanyian. Hujung tahun ini, saya akan muncul dengan sebuah lagu rancak,” katanya menggulung perbualan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/lambat-rezeki-anak-izzue-islam-cari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 370 hits
Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya Bagi Nor Murni Jusoh 37 tahun dan suaminya Mohd Khairul Azman Hashim 38 tahun menant...
Saya Dituduh Mandul 6 Tahun Berkahwin Tiada Anak Izzue Islam Kecewa Dituduh Mandul

Saya Dituduh Mandul 6 Tahun Berkahwin Tiada Anak Izzue Islam Kecewa Dituduh Mandul

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 566 hits
Gara gara tidak mempunyai anak selepas berkahwin selama enam tahun pelakon Izzue Islam meluahkan rasa kecewa apabila pernah dituduh mandul BACA Seluar Dalam Izzue Islam Habis Terjual Dalam Tempoh 3 HariIzzue dituduh mandul oleh setengah net...
Ambil Sahaja Cikgu Rezeki Ni Kena Berkongsi Nak Cari Dunia Sampai Mati Tak Kan Habis

Ambil Sahaja Cikgu Rezeki Ni Kena Berkongsi Nak Cari Dunia Sampai Mati Tak Kan Habis

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 438 hits
Tenguran tanpa di jangka kadang kala memberi kita kesedaran walaupun ayatnya sebaris tapi mampu memberi kesan kepada kita yang mendegarnya itu lah dinamakan kesadaran tanpa di dugaSituasi berkenaan boleh disamakan dengan kisah yang dikongsi...
Isteri Faham Suami Balik Malam Cari Rezeki Ada Masa Free Tanyalah Khabar Bawa Jalan

Isteri Faham Suami Balik Malam Cari Rezeki Ada Masa Free Tanyalah Khabar Bawa Jalan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 449 hits
Mendirikan rumahtangga satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan seumur hidup Ini kerana ia merangkumi cara hidup dan masa depan buat selamanya Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ia melibatkan dua insan yang berset...
Saya Dituduh Ma4ndul Netizen Minta Ce3raikan Isteri Kahwin Lain Ini Reaksi Win Izzue Islam

Saya Dituduh Ma4ndul Netizen Minta Ce3raikan Isteri Kahwin Lain Ini Reaksi Win Izzue Islam

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 317 hits
Saya Dituduh Ma4ndul Netizen Minta Ce3raikan Isteri Kahwin Lain Ini reaksi win Izzue Islam Saya Dituduh Ma4ndul Netizen Minta Ce3raikan Isteri Kahwin Lain Ini reaksi win Izzue Islam
Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 552 hits
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan iste...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids