Lamb Chops Panggang Tersangat Sedap
ASSALAMUALAIKUM!
Hai.. apa khabar?
Hari ni SN nak sambung entri seterusnya dan western food yang sangat sedap. Lama dah buat ni rasanya tapi al maklum lah bila masa mencemburui terpaksalah di simpan dahulu.
Resepi ini SN ambil dari Fb Chef Rashidi, alhamdulillah tersangat sedap. berbanding dengan daging lembu SN lebih suka makan lamb. Entah tak tahu tapi itu lah realiti. Resepi yang mudah tapi kenak di perap terlebih dahulu untuk mendapat rasa serapan yang enak.
Dengan ramuan yang mudah di dapat tak payah nak susah lagi dah. Seriously memang sedap! Aroma daun limau purut di masukan ke dalam ramuan merinate wallah... Memang menggoda baunya ketika di panggang. Manakala sos nya SN buat mint sos resepi olahan sendiri. So, apa kata kita tengok resepi nya ye. JOM..
Lamb Chop Panggang SedapResepi: Chef Rashidi Manap
Bahan-bahan (untuk perapan)1/2 - 1 kg lamb chop - cuci bersih dan tos kan
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar2 batang searai - hiris halus dan tumbuk kasar2 - 3 helai daun limau purut - buang batang tengah dan mayang halus3 batang daun ketumbar - cincang halusSedikit daun rosemary fresh - cincang kasar (boleh ganti yang kering)1 sdt lada hitam biji - tumbuk kasar 1/2 sdt biji sawiSedikit lemon jusSedikit chili flakesSedikit madu (anggaran 1-2 sudu makan)Garam secukup rasa1/2 cawan minyak jagung/ matahari/ masak
Cara:
1. Satukan kesemua bahan dan rehatkan 20 minit.
2. Kemuadian ambil bahan perapan tadi mengikut kuantiti yang di perlukan dan sapu pada lamb.
3. Perap lagi dalam peti sejuk dalam 2-4 jam sebelum di panggang.
*Lebihan bahan perapan boleh di simpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara dan tahan selama 2-3 minggu*
Garlic Chili Mint
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar2 biji cili merah - tumbuk halus3 biji cili padi (nak pedas lebihkan) - tumbuk kasar5-7 helai daun mint - tumbuk kasar1/2 sdm sos ikan2 sdm soso cili thaiGaram gula secukup rasaLime jus anggaran 1 sdm
*Sos rasanya masam manis*
1. Satukan kesemua bahan dan rasa kan secukupnya.
2. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.
SELAMAT MENCUBA!
Kesemua gambar adalah hak mutlak pemilik dan terpelihara melainkan meminta keizinan terlebih dahulu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://semaniskasturi.blogspot.com/2019/01/lamb-chops-panggang-tersangat-sedap.html