Pelbagai Aneka Sup Utara Sedap Di Pak Ngah Sup Utara Shah Alam



"Pak Ngah Sup Utara"

Jarang tak lari perkataan utara dengan sup. Agak banyak sebenarnya kedai makan yang menjamu hidangan sup menggunakan tema utara. Betul-betul resepi dari utara itu kurang dipastikan.


Pak Ngah Sup Utara Namun, konsepnya tetap sama. Sup yang sudah tersedia ada siap segala rempah ratusnya, hanya dipanaskan menunggu untuk dicurah ke atas mangkuk atau pinggan terisi hirisan daging lembu atau ayam yang sudah direbus.


Tema Sup Utara

Tidak dinafikan rempah ratus resepi sup utara agak berlainan dengan sup yang biasa kita sediakan di rumah. Dalam banyak-banyak kedai makan dengan konsep sup utara, masih ada peminatnya.

Salah satu yang agak popular sekitar Kota Kemuning dan pinggir Shah Alam dan Klang adalah sebuah kedai makan dengan tema sup utara iaitu Pak Ngah Sup Utara.

Signature Sup Utara

Sebagaimana cliche hidangan set sup utara di mana-mana kedai sup utara, terdapat hidangan set nasi jika tidak mahu sup daging atau ayam ini dijamu bersama pelbagai mi atau kue teow.

Pak Ngah Sup Utara Shah Alam

Di Kedai makan Pak Ngah Sup Utara di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam ini menyediakan dua lauk pauk utama iaitu daging lembu dan daging ayam. Selain pengunjung juga boleh memesan sup tulang, sup perut dan sup ekor.

Menu Hidangan Utama 

Setiap kali penulis berkunjung di Pak Ngah Sup Utara, set nasi sup berlaukan hirisan daging menjadi pilihan.

Set Nasi Sup Utara Daging Lembu

Sepinggan nasi yang akan disertakan dengan semangkuk sup yang dijirus di atas hirisan daging lembu yang direbus.


Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur DadarBersama hirisan penyeri sup seperti daun bawang atau daun sup. Menambahkan variasi warna dalam semangkuk sup.


Sup Utara Daging LembuPelayan akan menanyakan tentang telur dadar. Telur dadar untuk ditambah sebagai satu set nasi sup.


Telur Dadar GebuTelur dadar gorengan mereka sungguh menarik, gebu dan berperisa. Telur yang digoreng dalam kuali panas yang terisi minyak masak yang banyak menghasilkan telur dadar yang cukup gebu dan ranggup sekelilingnya.


Telur MasinBagi yang lebih gemar akan telur masin bersama sup boleh mendapatkan telur masin dari seksyen nasi campur.


Teh O Ais LimauBasahkan tekak anda dengan teh o ais limau yang menyegarkan. Memang kena dengan sup.

Hidangan Lain

Pisang Goreng Madu

Sebenarnya pisang goreng ini antara tarikan di sini. Didirikan sebuah gerai goreng pisang yang biasa.

Seumpama satu hidangan pencuci mulut selepas menikmati aneka sup. Pisang yang disalut adunan tepung dan telur dan digoreng bersama madu cukup enak.

Pasti yang mencubanya akan memesan untuk sekali lagi. Meskipun digoreng bersama madu, rasa pisang masih kekal. Itulah uniknya untuk pisang goreng disini.
Mesti cuba.

Nasi Campur

Jika inginkan selera lain terdapat bahagian untuk mereka yang inginkan nasi campur.
Dengan lauk pauk kebiasaan masakan di siang hari.

Ulasan Penulis

Rasa Sup

Tidak banyak yang lari dari kebiasaan sup utara namun sedap dihirup apalagi ketika masih panas.


Kombinasi Terbaik Nasi SupRasa penambah perisa yang tidak terlampau adalah kuncinya. Dengan aroma dan rasa rempah ratus organik itu adalah 'trademark' sup.

Sup disini mengekalkan rasa rempah ratus organik berbanding penambah perisa yang melampau itu menjadikan sup mereka sedap dihirup.

Portion Hidangan Sup

Dari aspek kapasiti lauk dalam semangkuk sup boleh dibanggakan, kena dengan harganya.
Boleh kembung perut kerana banyak sup akan dimasukkan ke dalam tangki perut untuk satu mangkuk.

Tekstur Lauk (Daging) Dalam Sup

Sungguh lembut dan tidak begitu kenyal, jarang memerlukan kunyahan melebihi 7 kali untuk menguraikan daging. Untuk isi dan daging tidak termasuk urat atau lemak.


Tekstur Daging Lembu Dalam SupBagi yang tidak sukakan lemak dalam sup boleh beritahu kepada penyedia sup untuk tidak memasukkannya. Namun, lemak dalam sup tetap sedap.

Persekitaran Kedai Makan

Agak romantik dengan suasana tidak begitu panas dan tidak pula begitu redup. Kedai makan yang menumpang celahan syarikat jualan kereta terpakai mungkin kadang-kadang menghasilkan suasana kurang tenang.

Dengan laluan hadapan (ketika penulis berada di kedai) yang masih dalam pembinaan. Sukar sedikit dalam mendapatkan parkir yang mencukupi. Mungkin apabila keadaan mula stabil masalah ini tidak akan berlarutan.

Layanan Pelayan 

Dari segi layanan untuk pengunjung masih baik. Itu tidak mendatangkan apa-apa keresahan ketika menjamu selera.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di tepi Jalan Bukit Kemuning berhampiran dengan ADTEC Shah Alam.

56, 
Jalan Bukit Kemuning,
40460 Shah Alam, 
Selangor



Harga Makanan

Set Nasi Sup Daging : RM 7.00
Telur Dadar : RM 1.40
Telur Masin : RM 1.00 (separuh)


Harga Makanan Di Pak Ngah Sup UtaraWaktu Operasi

Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Dibuka pada jam 11 pagi sehingga 6.30 petang kecuali hari Ahad 11.00 pagi sehingga 5 petang.

Anda fikir anda tahu Pelbagai Aneka Sup Utara Sedap Di Pak Ngah Sup Utara Shah Alam ? 

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2019/01/pelbagai-aneka-sup-utara-sedap-di-pak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Resipi Cucur Pelbagai Rasa Yang Sedap Mudah Dibuat

Aneka Resipi Cucur Pelbagai Rasa Yang Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1106 hits
Petang petang begini kalau dapat makan aneka cucur yang lembut gebu dan garing dekat luar ni memang sedap Cicah pula dengan sos atau kuah kacang Fuhhh Menyandar la juga Bagi yang tak ada idea nak makan apa bolehlah cuba aneka resipi Cucur y...
Restoran Shah Alam Seafood Hatyai

Restoran Shah Alam Seafood Hatyai

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 511 hits
Restoran Shah Alam Seafood yang beroperasi di Jalan Chee Uthid merupakan salah satu Restoran HALAL terdapat di bandar Hatyai yang diusahakan oleh Tuan Haji Zulkifly yang berasal daripada Shah Alam Selangor Jangan lupa untuk singgah disini u...
Anniversary Staycation Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Anniversary Staycation Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 363 hits
Hi Korang Citer pasal holiday ni mesti seronok kan heheheheYa ampun memang tak plan beria ria pun pasal anniversary ke 11 ni ek sebab malas nak travel dah hujung hujung tahun ni Bukan apa pun sebab mahal dan sana sini penuhlah so kitorang t...
Bayu Spa Di Hotel Grand Bluewave Shah Alam Sekali Sekala Manjakan Diri

Bayu Spa Di Hotel Grand Bluewave Shah Alam Sekali Sekala Manjakan Diri

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 562 hits
Hi Korang Hari ari tuh citer pasal anniversary ni so ni kak lily sambung lagi sket ek Dah alang alang bercuti di Grand Bluewave hotel ari tuh kak lily sempat ke Bayu Spa di tingkat 4 Tambah plak hotel guest dapat 15 diskaun jadik apa lagi h...
Inquest Into Adib S Death To Be Held In Shah Alam

Inquest Into Adib S Death To Be Held In Shah Alam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 378 hits
The inquest into the death of fireman Muhammad Adib Mohd Kassim will be held in Shah Alam Attorney General Chambers solicitor general III Mohd Hanafiah Zakaria said the papers regarding the chambers request for an inquest were filed at the ...
Jumpa Transformers Bumblebee Optimus Prime Dan Santa Claus Di Aeon Shah Alam

Jumpa Transformers Bumblebee Optimus Prime Dan Santa Claus Di Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 971 hits
JUMPA TRANSFORMERS BUMBLEBEE OPTIMUS PRIME DAN SANTA CLAUS DI AEON SHAH ALAM Cerita kisah cuti kami di Hari Natal Merry Christmas Kami beraya dalam shopping mall je Cuti 1 hari je kan Malas nak travel dan ambil cuti direct Cuti nak simpan u...
Rumah Makan Terlajak Laris Di Setia Alam Shah Alam

Rumah Makan Terlajak Laris Di Setia Alam Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 1024 hits
Rumah Makan Terlajak Laris Setia AlamRupanya Dato Aliff Syukri Abang terlajak laris yang ada banyak duit berganda ganda tu rupanya ada bisnes restoran selain dari produk jamu yang hot dipasaran sekarang ni Dia tak namakan sebagai restoran t...
Program Cuti Sekolah Biasakan Anak Dengan Library Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Program Cuti Sekolah Biasakan Anak Dengan Library Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1074 hits
PROGRAM CUTI SEKOLAH BIASAKAN ANAK DENGAN LIBRARY SEKSYEN 13 SHAH ALAM Lagi seminggu je anak anak nak kembali ke sekolah Depa dah mula bosan cuti lama sangat dok tanya bila nak sekolah Kang dah sekolah sibuk pulak bila nak cuti hahahaha Sam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba