Laluan Sungai Koyan Ke Cameron Highlands Sudah Boleh Dilalui


JUMAAT | 29 JULAI 2022
Selesai urusan encik suami di Kuala Lipis, perjalanan kami diteruskan untuk kembali ke rumah di PP. Berdasarkan jarak dan masa, memang lebih baik jika kami melalui jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands (Laluan Persekutuan 102 juga dikenali sebagai Jalan Ringlet - Sungai Koyan).
Beberapa hari sebelumnya, saya dah pun buat semakan status laluan tersebut di laman FB rasmi ‘JKR Cameron Highlands’. Ini kerana sejak bulan Mei 2022, laluan ini ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di beberapa tempat. Kalau tak semak status, nanti kecewa bila tiba di pertengahan jalan kena berpatah balik pula. 
Jadinya dah boleh lalu atau tidak ni? Alhamdulillah, dah boleh lalu bermula 7 Julai 2022 lalu. Tetapi pembukaan sebelah laluan dan untuk kenderaan ringan dengan had muatan 5 tan ke bawah sahaja sebab kerja-kerja penyelenggaraan masih belum siap.
Jalan Sungai Koyan - Cameron HighlandsBerdasarkan catatan di blog, kali terakhir kami melalui jalan ini adalah pada bulan Mac 2022. Iaitu sekitar 4 bulan yang lalu. Papan tanda amaran kawasan lintasan hidupan liar (dengan gambar gajah) tu macam baru juga dipasang. Tak tahulah kot memang dah lama wujud tapi saya yang tak perasan. Siap ada nombor telefon PERHILITAN tertera di situ

Lokasi pertama.Ada 2 tempat di mana hanya sebelah laluan saja dibuka. Ini yang pertama, lokasinya berhampiran Empangan Susu

Lokasi kedua.Dan satu tempat lagi ni terletak tak jauh selepas lokasi pertama tadi. Saya rasa seram juga bila pandang kawasan tanah yang runtuh semasa melalui kedua-dua tempat ni. Tempat-tempat lain cuma ada sedikit kerosakan jalan atau runtuhan kecil di bahu jalan. 
Sampai di simpang tiga ini, tamatlah laluan dengan jarak sekitar 80 km. Nak balik rumah PP, ambil ke kiri untuk lalu Jalan Tapah. Tapi kami ambil ke kanan, sebab kami nak bermalam di Tanah Rata. Dari Tanah Rata boleh terus lalu Jalan Simpang Pulai untuk balik rumah. Walau pun sedia maklum esok hari Sabtu mesti sesak jalan di CH, tambahan pula cuti Awal Muharam. Kami bukan nak jalan ke mana pun, sekadar nak menikmati udara sejuk dan nyaman di CH

Makan di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm.Sampai di Tanah Rata, kami terus ke Kampung Taman Sedia untuk mengisi perut. Masa tu dah lewat petang, iaitu sekitar pukul 6.20 petang. Kedai makan yang ada di situ banyak yang sedang berkemas untuk menutup operasi. Mujur ada sebuah kedai makan yang masih menerima pengunjung. Dapatlah kami makan di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm. Pertama kali kami mencuba makan di sini. Alhamdulillah sedap nasi lemak sambal strawberi, scone dan yang paling sedap fudgy brownies

———————————————————————————————-
Esok paginya hajat di hati nak pergi mengulang makan fudgy brownies, tapi memang tak dapatlah. Hujung minggu di Cameron Highlands adalah hari-hari yang cukup sesak. Walaupun konon dah berpagian (sampai di Kampung Taman Sedia sebelum pukul 8 pagi), tapi kami tak dapat parkir. Siap pusing belakang ikut jalan ke Jabatan Perhutanan tu pun masih tak dapat tempat parkir yang selamat. Takpelah, bukan rezekinya. Syukur juga dah dapat makan petang semalam, lagi pun tak bagus selalu makan manis-manis (ayat pujuk hati…haha)

Tengah hari Sabtu, disebabkan kesesakan teruk dari pekan Tanah Rata arah ke Kea Farm, kami ambil keputusan lalu Jalan Tapah untuk balik ke rumah (sepatutnya ikut Jalan Simpang Pulai untuk balik ke utara). Berdasarkan pengalaman lalu, kami pernah ambil masa selama beberapa jam dari Pekan Tanah Rata untuk sampai ke simpang tiga Kampung Raja disebabkan kesesakan jalan

Jadinya pilihan terbaik adalah melalui Jalan Tapah. Kenderaan kami bergerak lancar kecuali di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di Cameron Bharat Plantation. Merasalah kami melalui Jalan Tapah yang dah bertahun tak pernah kami lalui. Jalan Tapah ni merupakan laluan dari/ke Cameron Highlands yang paling mencabar berbanding laluan lain - sempit, berliku dan ada tempat yang sukar untuk kita nampak kenderaan dari arah bertentangan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/08/laluan-sungai-koyan-ke-cameron.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Package Harga Backyard Glamping Cameron Highlands

Package Harga Backyard Glamping Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 1017 hits
Trend bercuti di tempat sejuk dan berkhemah semakin menjadi ikutan ramai kaki travel Glamping itulah antara term yang mereka guna bila pergi bercuti dan menginap di dalam khemah atau resort yang menyerupai khemah Nak lebih menarik mereka me...
Riadah Pagi Di Tanah Rata Cameron Highlands

Riadah Pagi Di Tanah Rata Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 363 hits
SABTU 30 07 2022Bagi peminat alam semula jadi dan mereka yang sukakan aktiviti merentas hutan Cameron Highlands menawarkan sekitar 14 denai hutan untuk diterokai Hasil carian di internet saya dapati denai hutan 4 menawarkan laluan paling mu...
Driver Tiba Tiba Masuk Laluan Bertentangan 1 Maut 1 Parah Dalam Kemalangan 3 Kenderaan Di Jalan Sungai Choh

Driver Tiba Tiba Masuk Laluan Bertentangan 1 Maut 1 Parah Dalam Kemalangan 3 Kenderaan Di Jalan Sungai Choh

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 212 hits
Foto Balai Bomba dan Penyelamat Bukit SentosaTiga buah kenderaan dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Choh hari ini menyebabkan seorang maut dan enam mangsa lain mengalami kecederaan termasuk seorang mangsa parah nbsp Mangsa...
Melalui Jalan Gua Musang Cameron Highlands Pada Waktu Malam

Melalui Jalan Gua Musang Cameron Highlands Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 340 hits
Rabu 27 07 2022Kalau dulu nak lalu jalan naik ke Cameron Highlands pada waktu malam memang tak berani Tapi sejak berpindah ke utara dua tahun lepas dan disebabkan tuntutan kerja encik suami sudah kerap kali kami melalui Jalan Simpang Pulai ...
Negara Lain Dah Menggunakan 6g 5g Malaysia Kabur Tak Tentu Boleh Guna Tahun Ini

Negara Lain Dah Menggunakan 6g 5g Malaysia Kabur Tak Tentu Boleh Guna Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 332 hits
5G Malaysia kabur tak tentu boleh guna tahun iniPosted By on August 06 2022Inisiatif spektrum 5G yang akan memudahkan rakyat Malaysia mendapat kemudahan terkini dalam spektrum rangkaian mudah alih masih tidak diketahui perkembangannya Menur...
Genap Setahun Ayash Saya Tak Boleh Beri Sentuhan Seperti Ibu Suatu Hari Nanti Dia Akan Tanya Mana Ibu Shuib

Genap Setahun Ayash Saya Tak Boleh Beri Sentuhan Seperti Ibu Suatu Hari Nanti Dia Akan Tanya Mana Ibu Shuib

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 176 hits
Hari ini genap setahun usia cahaya mata bongsu pasangan selebriti Shuib dan Arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan 6 Ogos 2022 genap Ayash Affan setahun Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Berkongsi tentang kehidupan terkini ternyata bekas ah...
Zaman Melayu Isle Yang Bahlol Pun Boleh Jadi Menteri

Zaman Melayu Isle Yang Bahlol Pun Boleh Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 170 hits
Macamanalah dia ni boleh jadi menteri Orang ramai yang bising gaji rendah tu majoritinya adalah graduan Lepasan ijazah gaji tak sampai RM3k bahkan ada yang bawah RM2k nak survive macamana Sebab tu orang bising Dia nak suruh orang sambung be...
Kerajaan Tahu Rok K Bahaya Tapi Tak Boleh Dihentikan

Kerajaan Tahu Rok K Bahaya Tapi Tak Boleh Dihentikan

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 191 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Anda Mungkin Boleh Beli Siri Amd Ryzen 7000 Selepas 15 September

Anda Mungkin Boleh Beli Siri Amd Ryzen 7000 Selepas 15 September

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 901 hits
Berdasarkan perkara yang telah disahkan AMD mereka akan melancarkan AMD Ryzen 7000 pada bulan September ini AMD akan mengadakan satu acara pengumuman pada hujung Ogos ini yang akan memperlihatk kepada umum berkaitan produk produk yang merek...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025