Tiba di kawasan parkir, kami ambil jalan ke kiri (dalam gambar). Seorang pengawal yang berada di situ bertanya, “Nak pergi mana?”. Saya jawab, “Trail 5”. Pengawal tadi menganggukkan kepala. Selepas itu baru kami faham kenapa dia bertanya, sebabnya kawasan taman agro ni tidak semua berpagar. Jadinya ada kemungkinan orang boleh masuk melawat (melalui bahagian yang tak berpagar) tanpa membayar tiket di kaunter. Kami pula tidaklah berminat nak masuk taman agro ni sebab dah pernah masuk beberapa kali sebelum ini
Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan tar yang mendaki. Kami berjalan perlahan saja dek kepenatan dan sambil menikmati keindahan flora di sepanjang laluan. Setelah berjalan sejauh 1.3 km (berdasarkan kiraan jarak di Google Maps), akhirnya kami tiba di laluan permulaan denai hutan #5. Lokasinya bersebelahan dengan deretan rumah peranginan KoMARDI
Marilah kita berpatah balik. Beginilah laluan kami tadi. Ni foto semasa nak menuruni jalan. Masa naik tadi tak larat dah nak berfoto-foto. Layan jaga pernafasan je sambil sesekali berhenti sebab terpesona memerhati bunga-bunga cantik yang tumbuh liar di tepi jalan dan di dalam semak belukar. Seronoknya di CH ni, cuaca nyaman sejuk je. Langsung tak berpeluh. Jadinya selesa jelah sepanjang berjalan
Di tepi padang ada disediakan laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal (warna biru). Sebelah tu aliran Sungai Bertam. Dasar sungai bukanlah batuan atau pasir, tapi dah disimen mungkin untuk memudahkan kerja pembersihan. Memang bersih pun sungai ni, sedap mata memandang
Orang lain berbasikal, berjoging atau berjalan kaki, saya pula sibuk memerhati dan memotret sana sini
Selain disediakan bangku batu di tepi laluan, di sini terdapat beberapa buah tempat rehat berbentuk tube.
Di seberang padang sana, kelihatan Masjid Abu Bakar dan bangunan sekolah
Terdapat sebuah menara jam dan taman permainan kanak-kanak
Eh, ada almari comel menempatkan bahan bacaan. Usaha yang baik! Saya ambil masa lama sedikit di sini sebab menyusun bahan bacaan yang bersepah-sepah tu. Sakit mata saya tengok. Ada buku berbahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin
Beginilah saya apabila ke tempat yang penuh dengan hijau alam. Sibuk memerhati dan memotret segala yang terlihat menarik di mata saya. Walaupun akhirnya banyak yang kena delete, sebab tak semua yang cantik dipandang mata, akan nampak cantik dalam bentuk foto
Letak satu foto bunga sebagai kenangan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |