Jalan Jerantut - Kuala TembelingDari Jerantut, kami menghala ke Kuala Lipis melalui Laluan Persekutuan 234 yang juga dikenali sebagai Jalan Jerantut - Kuala Lipis. Jalan yang belum pernah kami lalui
Jeti Kuala TembelingDalam perjalanan, kami singgah sebentar di Jeti Kuala Tembeling yang terletak di sebelah kanan jalan raya. Terdapat deretan kedai dan sebuah bangunan kompleks jeti di sini, tetapi tiada premis yang beroperasi
Jeti ini menjadi penghubung bagi pelancong yang nak ke Taman Negara Pahang di Kuala Tahan melalui jalan air. Walaupun sekarang dah ada jalan darat, tapi masih ramai yang sukakan cabaran dan mahu merasai pengalaman berbeza dengan memilih untuk menaiki bot. Semasa kami sampai, kelihatan ramai pelancong asing sedang menunggu di jeti
Jalan Kuala Tembeling - Kuala LipisDari daerah Jerantut, kami memasuki daerah Kuala Lipis. Masih lagi di Laluan Persekutuan 234, tetapi jalan di sini tidaklah begitu berbahaya seperti di Jalan Kuala Tembeling tadi
Pemandangan yang indah dan memukau. Dan, eh…di sini rupanya lokasi Taman Eko Rimba Kenong (papan tanda dalam foto). Teringat buku bacaan semasa zaman kanak-kanak yang berjudul ‘Misteri di Rimba Kenong’. Kalau tak silap saya, begitulah judul buku tersebut
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan.Kami singgah menunaikan solat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah sebelum meneruskan perjalanan melalui laluan berbukit seterusnya. Awal perjalanan tadi cuaca panas terik, kemudian sempat merasa hujan lebat di Jalan Jerantut - Kuala Lipis sehinggalah kami tiba di masjid yang cantik dan bersih ini
Di antara tiga laluan berbukit yang kami lalui hari ini, Jalan Ringlet - Sungai Koyan inilah yang paling melegakan laluannya. Struktur jalan yang lebar dan kurang selekoh tajam serta sangat kurang kenderaan membuatkan pemanduan Encik Suami lebih lancar. Saya menurunkan cermin tingkap kenderaan bagi menikmati udara di perbukitan yang segar dan nyaman, juga melayan mata dengan pemandangan indah hijau alam
Pun begitu kalau dah namanya laluan berbukit, tetap juga ada risiko runtuhan jalan. Sepanjang pengalaman kami melalui jalan ini, memang sentiasa ada saja jalan yang rosak disebabkan runtuhan jalan. Cuma kali ini tiada kerosakan teruk sehingga terputus laluan seperti yang pernah terjadi
Bagi kalian yang pernah lalu Jalan Tapah - Cameron Highlands ini tentu sedia maklum bagaimana rupa jalannya. Struktur jalan sempit, berbukit dan banyak selekoh tajam menjadikan laluan ini cukup mencabar
Pesan sup ekor bakar, tapi dapat sup ekor biasa. Dah lapar, makan je apa dapat.Sampai di bawah sebelum memasuki Lebuhraya Utara Selatan, kami singgah makan di Eryna Sup Darat. Ini bukan pertama kali kami makan di sini, selalu jugak kami sengaja keluar dari lebuh raya semata-mata nak makan sup di sini. Supnya sedap dan menyegarkan sesuai dengan cita rasa kami|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |