Galeri Mat Kilau Jerantut


Semasa berada di Jerantut, saya dan Encik Suami sempat mengunjungi Galeri Mat Kilau. Tak susah nak mencari lokasinya yang terletak di tepi jalan besar. Jika dari bandar Jerantut, bangunan galeri ini terletak di sebelah kiri jalan. Tertera di bahagian luar kawasan galeri - Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar

Kehadiran kami disambut oleh penjaga galeri ini, seorang lelaki yang ramah dan mesra. Menurut beliau, kami merupakan pengunjung pertama dari Pulau Pinang pada hari tersebut

Jom kita tengok apa yang ada di Galeri Mat Kilau ini…
Beginilah rupa dalam galeri. Pengunjung akan menyusuri laluan berbentuk pusingan untuk menghayati kisah perjuangan Mat Kilau, pahlawan negeri Pahang ini

Diorama pertempuran Mat Kilau dengan penjajah British

Antara bukti penentangan Mat Kilau terhadap British - telegram bertarikh 26 Oktober 1895 mengenai kehadiran Mat Kilau di Tembeling yang menjadi ancaman kepada pihak British

Keratan akhbar Utusan Melayu bertarikh 27 Disember 1969, memaparkan berita kemunculan semula Mat Kilau yang disangka telah terkorban dalam satu pertempuran pada tahun 1895

Di galeri ini juga terdapat sebuah bilik tayangan yang memaparkan dokumentari Mat Kilau oleh TV3

Lukisan potret pahlawan Mat Kilau. Saya edit sedikit dengan mengubah warna latar belakang lukisan supaya wajah Mat Kilau lebih menyerlah

Fakta ringkas berkenaan pahlawan Mat Kilau :Nama sebenar beliau - Mat Kilau bin Imam Rasu. Imam Rasu (ayah Mat Kilau) lebih dikenali sebagai Tok Gajah, juga merupakan pahlawan negeri Pahang.Pada tahun 1892, Mat Kilau bersama orang-orangnya telah melakukan siri serangan hendap ke atas kubu-kubu British.Pada tahun 1895, Mat Kilau telah tewas dan disangka telah meninggal dunia dalam satu serangan hasil kerjasama British dan pihak Siam.Pada 26 Disember 1969, Mat Kilau (yang ketika itu dikenali dengan nama Mat Siam) muncul semula di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut dan mengisytiharkan dirinya adalah Mat Kilau pahlawan Pahang. Pada 8 Januari 1970, sebuah Jawatankuasa Menyiasat Kemunculan Semula Mat Kilau ditubuhkan. Hasil siasatan rapi, jawatankuasa menyimpulkan dan mengisytiharkan bahawa Mat Siam sebagai Mat Kilau. Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Pahang pada 6 Ogos 1970.Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970, iaitu 10 hari selepas pengumuman tersebut. Jenazah beliau dikebumikan di sebelah kubur ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kedong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dalam usianya lebih 100 tahun.
Walaupun hanya sebuah galeri kecil, tetapi cukup untuk kita mengenali dan mengenang Mat Kilau sebagai seorang pahlawan negeri Pahang khususnya dan Tanah Melayu amnya.
Selain membuat lawatan di galeri, kita juga boleh mengunjungi Makam Pahlawan Mat Kilau yang terletak sekitar 6.2 km dari Galeri Mat Kilau. Kami tak pergi ke makam, cukuplah lawatan di galeri ini

Kemunculan semula Mat Kilau pada tahun 1969 mungkin tidak meyakinkan semua pihak, tetapi itu tidak menafikan sumbangan besar Mat Kilau yang telah bangkit berjuang menentang penindasan oleh penjajah British. Semangat membela maruah diri, agama dan bangsa itulah yang harus disematkan dalam diri kita

————————————————————
GALERI MAT KILAU, JERANTUT(Google Maps - Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar)Kampung Batu Rong, Jerantut,Pahang

Waktu lawatan :Isnin - Khamis | 8 pagi - 5 petangJumaat | 10 pagi - 12 tengah hari & 2.30 petang - 5 petangSabtu, Ahad & Cuti Umum | 10 pagi - 5 petang
Bayaran Masuk :Dewasa (13 tahun ke atas) - RM2Kanak-kanak - RM1Bawah 6 tahun - Percuma


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-66 TAHUNSELAMAT HARI KEBANGSAAN 2023 🇲🇾







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/08/galeri-mat-kilau-jerantut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Promises To Counter Hadi S Lies Tonight

Mat Sabu Promises To Counter Hadi S Lies Tonight

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 186 hits
Amanah president Mohamad Sabu has announced that he will rebut the lies of PAS president Abdul Hadi Awang in Simpang Jeram Muar tonight This came after Hadi claimed that a few members and former party leaders left PAS and established Amanah...
Mat Sabu Pas Keluar Pr Bukan Sebab Hudud Negara Islam

Mat Sabu Pas Keluar Pr Bukan Sebab Hudud Negara Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 354 hits
Mohd Farhan DarwisPETALING JAYA Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengatakan PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat kerana isu hudud dan negara Islam adalah satu pembohongan semata mata kata Mohamad Sabu Presiden Amanah itu berkata isu...
Fatwa Abdul Hadi Berubah Setiap Kali Pilihan Raya Mat Sabu

Fatwa Abdul Hadi Berubah Setiap Kali Pilihan Raya Mat Sabu

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 269 hits
Puji DAP adalah parti yang progresif dan menjunjung Perlembagaan Apabila bercerai DAP dikatakan komunis pulak Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang sering mengeluarkan fatwa yang...
Mat Sabu Pas Left Dap Not Because Of Hudud But To Form Govt With Umno

Mat Sabu Pas Left Dap Not Because Of Hudud But To Form Govt With Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 446 hits
The former PAS deputy president alleged that the real reason for the move was due to the party s plan to ally itself instead with then enemy Umno in order to form the ruling coalition saying the matter was decided during its muktamar or ann...
Mengimbas Semula Tuduhan Khalwat Mat Sabu

Mengimbas Semula Tuduhan Khalwat Mat Sabu

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 153 hits
Malaysiakini Feb 1 2016 Genap 21 tahun PAS hari ini mengimbas semula tuduhan khalwat seorang bekas pemimpin kanannya dengan menegaskan parti itu tidak campur tangan dan menyerahkan kes itu kepada mahkamah untuk diadili Menerusi kenyataan di...
I Will Answer Your Lies One By One Mat Sabu To Hadi

I Will Answer Your Lies One By One Mat Sabu To Hadi

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 199 hits
AMANAH president Datuk Seri Mohamad Sabu said he will refute the lies uttered by PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang in Simpang Jeram Muar tonight According to the Kota Raja MP it was time for the people to know the truth behind PAS deci...
Jerantut Bandar Taman Negara

Jerantut Bandar Taman Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 442 hits
Catatan hari Ahad 27 Ogos 2023 Encik Suami ada urusan kerja di Jerantut pada pagi hari Isnin jadinya seawal pukul 6 40 pagi hari Ahad kami bertolak dari rumah PP menuju ke Jerantut Pahang Bimbang kalau lewat nanti jalan akan sesak memandang...
Laluan Mencabar Dari Jerantut Ke Tapah

Laluan Mencabar Dari Jerantut Ke Tapah

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 319 hits
Catatan hari Isnin 28 Ogos 2023 Kami menginap di Jerantut satu malam saja Selesai urusan kerja Encik Suami pada tengah hari Isnin kami bergerak meninggalkan Jerantut untuk menyambung perjalanan ke Ipoh Perak pula Dah duduk dalam kereta baru...
Mat Sabu Mahu Dedah Pembohongan Hadi

Mat Sabu Mahu Dedah Pembohongan Hadi

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 372 hits
MalaysiakiniPresiden parti Amanah Mohamad Sabu akan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pembohongan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang di di Simpang Jeram Muar hari ini Berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari di Johor Bahru...
Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live

Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut