Lalitha Sedia Buktikan Di Mahkamah Dakwaan Berkaitan Saham Azam Baki



Lalitha sedia buktikan di mahkamah dakwaan berkaitan saham Azam Baki
Lalitha Kunaratnam bersedia untuk membuktikan di mahkamah kandungan artikel dalam talian berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam syarikat senaraian awam.
Menurut pernyataan pembelaan pemberi maklumat itu terhadap saman fitnah ketua agensi antirasuah berkenaan, dia menegaskan penulisannya mengenai isu itu berdasarkan dokumen disediakan oleh laman web seperti Edisi Siasat.
Azam menyaman dua artikel aktivis itu berjudul “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Part 1)” dan “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Part Two)” disiarkan agensi Independent News Service (INS) yang berpengkalan di Asia pada penghujung tahun lalu.
Menurut pernyataan pembelaan yang difailkan semalam dan dilihat oleh Malaysiakini, Lalitha (gambar, judul) menegaskan bahawa artikelnya menyentuh perkara kritikal kepentingan awam yang pada mulanya dibangkitkan oleh Edisi Siasat dan laman web lain pada September tahun lepas.
Tegasnya, laporan dalam talian di laman web ini – mengenai dakwaan konflik kepentingan dan kaitan perniagaan yang melibatkan SPRM dan entiti korporat, pegangan saham dan jawatan pengarah – menjadi tular.
Dia mendakwa isi kandungan artikel-artikel dan ciapannya di Twitter “adalah berdasarkan kepada kewartawanan penyiasatan yang bertanggungjawab dan analisis neutral yang tidak berat sebelah terhadap fakta dan maklumat yang diperolehi, yang mana boleh diakses daripada domain awam.”
Lalitha menegaskan: “Artikel-artikel tersebut tidak berkaitan secara eksklusif dengan plaintif (Azam) tetapi menangani isu nasional dan politik yang lebih luas tentang kemungkinan rasuah dan hubungan entiti perniagaan yang sedang diketengahkan dalam media Malaysia.”
Lalitha mendakwa sejak sebelum dia mula menulis artikelnya dan sehingga dia menyiapkan penulisannya pada Oktober tahun lalu, dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan maklum balas daripada Azam berhubung isu itu, tetapi dia didakwa tidak memberikan sebarang jawapan.
Hujahnya, ketua SPRM itu akhirnya menjawab melalui sidang akhbar pada 5 Jan selepas berdiam diri selama tiga bulan berikutan pelbagai perkembangan yang dilaporkan media mengenai isu itu.
Antara perkembangan yang disebut ini ialah penolakan speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terhadap usul tergempar untuk membincangkan isu itu di Parlimen.
Dia juga memetik peletakan jawatan ahli ekonomi Edmund Terence Gomez daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM pada 27 Dis tahun lepas, berhubung dakwaan tidak mengambil tindakan mengenai isu itu.
“Sebagai alternatif, defendan (Lalitha) akan berusaha untuk mewajarkan penerbitan tersebut dan makna yang dikaitkan dengannya…,” katanya.
“Defendan pada perbicaraan tindakan ini akan merujuk secara terperinci kepada fakta dan data yang sedia tersedia secara umum dalam hal ini kepada latihan beliau dalam kewartawanan penyiasatan,” katanya lagi.
Dalam saman sivil untuk fitnah, justifikasi ialah pembelaan bahawa kenyataan atau dakwaan itu adalah benar, dan jika terbukti berjaya di mahkamah, akan bertindak sebagai pembelaan mutlak terhadap tindakan undang-undang.
Lalitha memetik pembelaan pelaporan berhubung artikelnya mengenai isu pegangan saham Azam yang dikaitkan dalam saman fitnah oleh ketua SPRM itu.
Pelaporan (reportage) sebagai pembelaan terhadap saman fitnah adalah apabila ia melibatkan pelaporan neutral tanpa menerima pakai atau menyokong laporan itu, selagi kedua-dua pihak pertikaian telah dilaporkan secara adil dengan cara yang tidak berpihak.
“Defendan (Lalitha) memplid pembelaan “Reportage” dan menyatakan bahawa artikel-artikel (disangkal) telah diterbitkan hasil daripada laporan penyelidikan Defendan yang adil dan neutral dan ia terpakai untuk pembelaannya yang mana intipati (essence of) pelaporan neutral ialah penerbitan maklumat untuk kepentingan awam.
“Plaintif (Azam) menyatakan bahawa berdasarkan tujahan (“thrust”) artikel-artikel yang disangkal secara keseluruhannya, kesan artikel tersebut bukanlah untuk menerima kebenaran apa yang diperkatakan, tetapi untuk merekodkan fakta bahawa kejadian yang dikatakan memfitnah itu berlaku.
“Daripada tujahan artikel-artikel tersebut, Defendan telah menyiarkan artikel-artikel itu berdasarkan apa yang dia ekstrak daripada sumber yang disahkan dan merumuskan maklumat dengan tepat, adil dan secara neutral.
“Defendan memplid bahawa artikel-artikel tersebut adalah pelaporan neutral bagi transaksi yang dikaitkan dengan cara yang adil, tidak berminat dan neutral,” katanya lagi. Mk
Lalitha sedia buktikan di mahkamah dakwaan berkaitan saham Azam Baki
Baca Artikel Menarik:
“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin” Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana…. 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa? Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu Rider tercampak dilanggar lari (Video) Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

The post Lalitha sedia buktikan di mahkamah dakwaan berkaitan saham Azam Baki appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/04/lalitha-sedia-buktikan-di-mahkamah-dakwaan-berkaitan-saham-azam-baki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Saham Azam Baki Pemberi Maklumat Dipanggil Ke Bukit Aman

Isu Saham Azam Baki Pemberi Maklumat Dipanggil Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 143 hits
Isu saham Azam Baki pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman Polis memanggil pemberi maklumat Lalitha Kunaratnam ke Bukit Aman berhubung dua artikel yang ditulisnya mengenai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pemil...
Azam Baki Case Lalitha Kunaratnam Will Finally Get To Give Her Statement To The Police

Azam Baki Case Lalitha Kunaratnam Will Finally Get To Give Her Statement To The Police

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 134 hits
So called whistleblower Lalitha Kunaratnam has been called in to Bukit Aman this Thursday over two stories she wrote that blew open a shareholding scandal that implicated MACC chief Azam Baki I have been summoned to Bukit Aman this Thursday...
Isu Azam Baki Lalitha Kunaratnam Hadir Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Isu Azam Baki Lalitha Kunaratnam Hadir Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 147 hits
KUALA LUMPUR Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis Ia dipercayai berkaitan penulisan artikel ber...
Lalitha Dakwa Kandungan Artikel Berkait Azam Baki Dari Sumber Sah

Lalitha Dakwa Kandungan Artikel Berkait Azam Baki Dari Sumber Sah

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 182 hits
Siasatan berdasarkan tanggungjawab dan analisis neutral KUALA LUMPUR Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi K Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
Azam Baki Pegang Rahsia Apa

Azam Baki Pegang Rahsia Apa

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 127 hits
Siasatan yang memanggil terlalu banyak peserta himpunan dan mengerahkan 1 000 anggota polis serta menutup sementara sistem pengangkutan aliran ringan di stesen tertentu di Kuala Lumpur Sabtu lalu menimbulkan persoalan apakah hebatnya indivi...
Only 100 Ph Supporters At Tangkap Azam Baki Rally

Only 100 Ph Supporters At Tangkap Azam Baki Rally

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 112 hits
There were more media personnel and policemen than participants at a protest in Bangsar organised by Pakatan Harapan to demand the removal of top graft buster Azam Baki About 100 Pakatan Harapan supporters turned up at the Bangsar LRT stati...
Sprm Perlu Siasat Azam Baki Sebelum Baiki Indeks Rasuah

Sprm Perlu Siasat Azam Baki Sebelum Baiki Indeks Rasuah

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 167 hits
Skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2021 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia baru baru ini mengejutkan rakyat Berdasarkan indeks itu kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara...
7 Badan Civil Dakwa Azam Baki Langgar Pekeliling Kerajaan

7 Badan Civil Dakwa Azam Baki Langgar Pekeliling Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 184 hits
MALAYSIA DATELINETujuh badan bebas hari ini menyifatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah melanggar Pekeliling Kerajaan apabila Suruhanjaya Sekuriti memaklumkan beliau sendiri yang mengendalikan akaunnya ketika menjadi Pengarah...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia