Lalitha Dakwa Kandungan Artikel Berkait Azam Baki Dari Sumber Sah


azrulhakimie

Siasatan berdasarkan tanggungjawab dan analisis neutral KUALA LUMPUR – Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) K.Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
Perkara itu dinyatakan Lalitha, 49, selaku defendan di dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan menerusi Tetuan Ibrahim & Fuaadah semalam.
“Saya telah menyiarkan artikel-artikel itu berdasarkan apa yang diekstrak daripada sumber yang disahkan serta merumuskan maklumat dengan tepat, adil dan secara neutral,” menurutnya dalam pernyataan pembelaan.
Beliau juga mendakwa selaku wartawan penyiasat, siasatan yang dilakukannya adalah berdasarkan tanggungjawab dan analisis neutral selain tidak berat sebelah terhadap fakta serta maklumat yang diperoleh, yang boleh diakses daripada domain awam.
“Saya memplid bahawa adalah amat penting bagi orang ramai untuk menerima komunikasi maklumat tertentu secara terus terang dan tanpa halangan, demi kepentingan awam,” katanya.
Pada 12 Januari lepas, Azam, 59, memfailkan saman terhadap Lalitha atas dakwaan menerbitkan artikel memfitnah berkaitan pembelian saham yang disiarkan oleh portal agensi berita Independent News Service (INS).
Azam mendakwa Lalitha telah mengarang dua artikel bertajuk Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian 1) dan Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian Dua) yang pertama kali diterbitkan dalam INS pada 26 Okt sebelum kedua-dua artikel diterbitkan semula pada 15 Dis tahun lepas.
Plaintif mendakwa defendan turut berkongsi pautan artikel itu di laman Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kepada kedua-dua artikel masih boleh diakses sehingga kini.
Dakwa Azam tajuk artikel itu adalah sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat bagi memberi kesan serta gambaran yang amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif seorang penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.
Azam mendakwa penerbitan fitnah itu menyebabkan nama dan reputasinya tercemar dan oleh itu, beliau menuntut perintah bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah tersebut diterbitkan semula selain memohon defendan memadam artikel dan ciapan dalam tempoh tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf dalam akhbar atau media sosial pilihan plaintif.
Turut dituntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/lalitha-dakwa-kandungan-artikel-berkait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Badan Civil Dakwa Azam Baki Langgar Pekeliling Kerajaan

7 Badan Civil Dakwa Azam Baki Langgar Pekeliling Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 183 hits
MALAYSIA DATELINETujuh badan bebas hari ini menyifatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah melanggar Pekeliling Kerajaan apabila Suruhanjaya Sekuriti memaklumkan beliau sendiri yang mengendalikan akaunnya ketika menjadi Pengarah...
Isu Azam Baki Lalitha Kunaratnam Hadir Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Isu Azam Baki Lalitha Kunaratnam Hadir Beri Keterangan Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 146 hits
KUALA LUMPUR Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis Ia dipercayai berkaitan penulisan artikel ber...
Azam Baki Case Lalitha Kunaratnam Will Finally Get To Give Her Statement To The Police

Azam Baki Case Lalitha Kunaratnam Will Finally Get To Give Her Statement To The Police

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 132 hits
So called whistleblower Lalitha Kunaratnam has been called in to Bukit Aman this Thursday over two stories she wrote that blew open a shareholding scandal that implicated MACC chief Azam Baki I have been summoned to Bukit Aman this Thursday...
Lalitha Sedia Buktikan Di Mahkamah Dakwaan Berkaitan Saham Azam Baki

Lalitha Sedia Buktikan Di Mahkamah Dakwaan Berkaitan Saham Azam Baki

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 132 hits
Lalitha sedia buktikan di mahkamah dakwaan berkaitan saham Azam Baki Lalitha Kunaratnam bersedia untuk membuktikan di mahkamah kandungan artikel dalam talian berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam syarikat sena...
Cops Fix Thursday To Question Azam Baki Whistleblower

Cops Fix Thursday To Question Azam Baki Whistleblower

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 114 hits
Whistleblower Lalitha Kunaratnam has been called in to Bukit Aman this Thursday over two stories she wrote that blew open a shareholding scandal that implicated MACC chief Azam Baki I have been summoned to Bukit Aman this Thursday at 2 30pm...
Bila Tarikh Baharu Jawatankuasa Khas Parlimen Akan Panggil Azam Baki Manivannan

Bila Tarikh Baharu Jawatankuasa Khas Parlimen Akan Panggil Azam Baki Manivannan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 196 hits
Skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki seolah olah telah dilupakan Bukan sahaja pihak polis tidak mengumumkan status terbaharu siasatan ke atas kes Ketua Pesuruhjaya itu malah Jawa...
Jika Pm Tidak Mahu Buang Azam Baki Elok Rakyat Buang Ismail

Jika Pm Tidak Mahu Buang Azam Baki Elok Rakyat Buang Ismail

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 157 hits
Skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki seolah olah telah dilupakan oleh rakyat dan media massa Apatah lagi tiada pengumuman siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa relevan yang mana...
Polis Perlu Siasat Azam Baki Bukan Penunjuk Perasaan

Polis Perlu Siasat Azam Baki Bukan Penunjuk Perasaan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 123 hits
Tindakan berterusan pihak polis memanggil untuk siasatan ke atas peserta demonstrasi sejak beberapa hari lalu menimbulkan tanda tanya apakah keutamaan pihak berkuasa di Malaysia Terbaru Presiden Amanah Mat Sabu dan Ketua Pembangkang juga Pr...
Jika Pm Ismail Enggan Tukar Azam Baki Elok Tukar Datuk Seri Anwar Jadi Pm

Jika Pm Ismail Enggan Tukar Azam Baki Elok Tukar Datuk Seri Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 148 hits
Skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki seolah olah telah dilupakan oleh rakyat dan media massa Apatah lagi tiada pengumuman siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa relevan yang mana...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Persediaan Awal Haji

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Shenzhen Digital Art Park By Jc Design In Futian China

Zayn Rayyan Murder Case My Debt To People Says Cid Chief

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Pusing Jalan

Pentingnya Muhasabah Diri