Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ada Ahli Keluarga Meninggal Dunia


SAKARATUL maut pasti datang dan tidak akan terlewat walaupun sesaat seperti mana firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).


Jelaslah bahawa kita semua akan merasai detik kematian dan tidak ada yang kekal melainkan Allah. Yang menjadi persoalan bila, di mana dan bagaimana kematian itu berlaku, ia kekal menjadi rahsia Allah.

Malaikat Izrail boleh datang menjemput dalam keadaan kita tidur, menonton televisyen, makan bersama keluarga dan sebagainya.

Maka adalah menjadi satu keperluan untuk kita sebagai manusia melengkapkan diri dengan ilmu sekiranya terdapat ahli keluarga sedang berhadapan dengan saat-saat di ambang kematian atau berada dalam keadaan nazak.

Berikut ustaz kongsikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan seandainya ada dalam kalangan ahli keluarga kita berada dalam keadaan sakaratul maut.

1. Ajarkan kalimah 'Laailahaillallah'

Duduklah di sebelah telinga kanan atau kiri ahli keluarga kita itu dan lafazkan kalimah suci 'Laailahaillallah' dengan perlahan dan jelas.

Ia berdasarkan hadis nabi yang maksudnya: "Ajarkanlah kepada orang yang hampir mati dalam kalangan kamu dengan 'Laailahaillallah'. - [HR Muslim 1524]

Memadai kalimah yang bermaksud 'tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah' diungkap sekali di telinga individu itu tetapi jika terkeluar daripada mulutnya soal berkaitan duniawi, ulanglah kalimah suci itu agar dia dapat melafazkannya supaya pengakhiran percakapan itu diakhiri dengan kalimah tauhid, kerana syaitan akan berusaha untuk menyesatkan manusia sehingga di akhir nafas kita.

Ketahuilah sesungguh apabila seseorang anak Adam itu apabila ketika sakaratul maut dapat mengucapkan kalimah 'Laailahaillallah', maka dia meninggal dunia dalam khusnul khotimah.

Seelok dan sebolehnya orang yang mengajarkan kalimah tersebut biarlah yang paling disayangi dan hampir dengannya.

Isyarat syahadah sudah memadai kerana mungkin orang yang hampir mati itu sudah melafazkannya secara perlahan atau di dalam hati.

2. Tutup mata, mulut dan qiamkan jenazah

Seandainya mata dan mulut jenazah terbuka, tutuplah dan jika mengalami kesukaran bolehlah diurut dengan sedikit minyak. Mata jenazah terbuka bukanlah bermaksud azab daripada Allah.

Ini seperti mana hadis baginda nabi yang mana menceritakan perbuatan nabi ketika melawat jenazah Abu Salamah, maksudnya: "Rasulullah masuk atas Abu Salamah dan keadaan matanya terbuka lalu nabi menutupnya dan bersabda: Sesungguhnya roh orang mati apabila dicabut ia akan diikuti pandangan mata." - [HR Ibn Majah 1444].

Berdoalah dengan doa seperti "Allahumaghfirlana walahu" yang bermaksud "Ya Allah ampunkan kami dan dia". Urutlah di sendi-sendi dan pelipatan dan ambilkan beberapa helai kain perca untuk mengikat bahagian-bahagian tersebut. Seterusnya qiamkan tangan jenazah seperti keadaan bersolat.

3. Menutup seluruh jasad si mati dengan kain

Apa-apa jenis kain boleh digunakan dan sebaiknya yang sedikit tebal agar tidak tersingkap aurat si mati. Bagi mengelakkan perut jenazah menjadi kembung bolehlah diletakkan benda yang sedikit berat seperti buku dan sebagainya.

4. Letakkan jenazah di tempat yang baik

Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah diletakkan jenazah di tempat yang sedikit tinggi seperti tilam dan bukan di lantai. Kedudukan jenazah adalah kaki menghadap kiblat seperti pandangan Imam Nawawi yang masyhur.

5. Menghubungi pihak berwajib

Kematian perlulah segera dimaklumkan kepada pihak perubatan untuk pemeriksaan jika ia berlaku di rumah, diikuti jiran tetangga dan pihak masjid untuk persediaan kerja-kerja memandikan jenazah dan menggali liang lahad.

Jadi sentiasalah ke masjid dan bergaul dengan mereka agar tidaklah menelefon mereka sewaktu terdapat kematian sahaja. Laporan polis juga hendaklah dibuat samada kematian berlaku disebabkan jenayah ataupun tidak.

Segerakanlah urusan pengebumian kerana ada diriwayatkan sebuah hadis yang maksudnya: "Bersegeralah kalian dalam menguruskan jenazah. Sekiranya dia jenazah yang soleh, nescaya dia merupakan suatu kebaikan yang kamu hantarkan ia kepadanya. Namun sekiranya dia tidak soleh, maka itu suatu keburukan yang kamu pikul di atas bahu-bahu kamu." - [HR Bukhari 1315 dan Muslim 944].

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 17 Tanda-tanda Kematian Yang BaikApakah Hukumnya Menggantikan Puasa Orang Yang Telah Meninggal Dunia?
sumber: mstar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/buat-5-perkara-ini-jika-ada-ahli-keluarga-meninggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adi Tiba Tiba Mengamuk Tetak 4 Ahli Keluarga Sehingga Cedera Parah

Adi Tiba Tiba Mengamuk Tetak 4 Ahli Keluarga Sehingga Cedera Parah

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 174 hits
Adi tiba tiba mengamuk tetak 4 ahli keluarga sehingga cedera parahSeorang lelaki berusia 38 tahun secara tiba tiba mengamuk dan menetak empat ahli keluarganya yang sedang menanti waktu berbuka puasa Ketua polis Daerah Kota Tinggi Superinten...
Gitaris Bpr Haron Amat Meninggal Dunia Punca Kem4tian Di Dedahkan

Gitaris Bpr Haron Amat Meninggal Dunia Punca Kem4tian Di Dedahkan

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 243 hits
GITARIS kedua kumpulan rock Bumiputra Rockers Haron Amat meninggal dunia akibat k4nser d4rah di Hospital Ampang Selangor pada Isnin
Jatuh Dari Ketinggian 200 Meter Atlet Paralayang Meninggal Dunia

Jatuh Dari Ketinggian 200 Meter Atlet Paralayang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 195 hits
Saat akan sampai di titik pendaratan korban yang lepas landas paling akhir diduga terjatuh dari paralayangnya
Dah Meninggal Dunia Sejak Seminggu Lalu

Dah Meninggal Dunia Sejak Seminggu Lalu

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 216 hits
Dah meninggal dunia sejak seminggu lalu Mayat lelaki warga asing dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu ditemukan di sebuah rumah di Taman Ibu Kota Setapak di sini semalam Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Sama...
Tahan Wanita Malaysia Berdekad Ketua Kumpulan Maoist Uk Meninggal Dunia

Tahan Wanita Malaysia Berdekad Ketua Kumpulan Maoist Uk Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 231 hits
Tahan wanita Malaysia berdekad ketua kumpulan Maoist UK meninggal dunia Komrad Bala ketua kumpulan Maoist yang menahan seorang wanita Malaysia dan tawanan lain selama berdekad meninggal dunia di sebuah penjara Britain enam tahun selepas dis...
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 195 hits
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Dublin Ireland Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pemergian Allahyarham pada Ramadan yang mulia adalah satu k...
Mobil Rombongan Kasad Dudung Kecelakaan Di Merauke Satu Prajurit Meninggal Dunia

Mobil Rombongan Kasad Dudung Kecelakaan Di Merauke Satu Prajurit Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 150 hits
Kadispenad Brigjen Tatang Subarna mengatakan bahwa kecelakaan tersebut mengakibatkan seorang anggota TNI bernama Letda Cpm I Kadek Suhardiyana meninggal dunia Serta tiga awak media mengalami luka luka
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master