Tuduh Rakyat Salah Pilih Cermin Diri Dulu Zahidi Kata Syed Ibrahim



Zahidi seharusnya mengambil peluang untuk mencerminkan dirinya sendiri, sama ada beliau sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah memperbetulkan keadaan.
(Malaysia Dateline) – Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menyelar Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai tidak bertanggungjawab dan mengeluarkan kenyataan memalukan apabila cuba menyalahkan rakyat sebagai punca kepada ketidakstabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Pengerusi PKR Johor itu berkata, Zahidi seharusnya mengambil peluang untuk mencerminkan dirinya sendiri, sama ada beliau sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah memperbetulkan keadaan.
“Saya menyarankan agar Datuk Zahidi mengambil peluang untuk mencermin diri, adakah beliau sendiri sudah memperbetulkan keadaan?
“Dengan pelbagai kenyataan, peristiwa dan usaha yang acuh tidak acuh sebagai Timbalan Menteri KMM, adakah beliau berhak untuk meletakkan keadaan sekarang ke atas pundak bahu rakyat?
“Saya yakin rakyat tidak lupa gelagat Datuk Zahidi dalam berhadapan dengan isu Veveonah Mosibin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.
Semalam, Zahidi yang juga ahli Parlimen Padang Besar mendakwa keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menyebabkan kerajaan tidak mempunyai jumlah majoriti kerusi Parlimen.
Beliau menyebut bahawa keadaan “politik 50-50” menyebabkan pelabur tidak datang melabur sehingga ekonomi negara tidak baik kerana rakyat yang turun mengundi sewaktu PRU-14.
Wakil rakyat Umno itu juga mengulangi tudingan jari kepada rakyat dan berkata akibat keputusan itu, orang politik terpaksa tampil untuk perbetulkan keadaan.
Sementara itu, Syed Ibrahim membangkitkan isu capaian internet yang lemah di kawasan-kawasan luar bandar sehingga membawa kepada permasalahan lain.
Menurutnya, rakyat semakin peka dengan kelemahan kerajaan menguruskan isu capaian internet selain isu berita-berita palsu yang tersebar, termasuk fenomena penipuan atas talian yang semakin membimbangkan.
Justeru beliau mempersoalkan adakah Zahidi mahu meletakkan punca masalah-masalah tersebut kepada rakyat.
“Cukuplah menyalahkan rakyat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat melaksanakan amanah membuang undi untuk mengangkat demokrasi adalah tidak salah.
“Kerajaan yang hanya bermain politik, tidak serius mengambil berat isu terkait rakyat dan meletakkan kesalahan pada pihak lain inilah yang bersalah dan tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/27/tuduh-rakyat-salah-pilih-cermin-diri-dulu-zahidi-kata-syed-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Kerajaan Belum Tentu Untungkan Rakyat Kata Pemimpin Dap

Tukar Kerajaan Belum Tentu Untungkan Rakyat Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 290 hits
Semua jentera kerajaan atau pembangkang perlu memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat pada fasa pandemik Covid 19 ini Ketua Pemuda DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali berpendapat kerajaan pada hari ini dari segi undang undang adalah sah teta...
Pelan Tangani Keresahan Rakyat Perlu Diwujudkan Kata Muhyiddin

Pelan Tangani Keresahan Rakyat Perlu Diwujudkan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 280 hits
Pelan nbsp tangani keresahan rakyat perlu diwujudkan kata Muhyiddin Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Oct
Agong Perlu Halang Salah Guna Kuasa Kata Raja

Agong Perlu Halang Salah Guna Kuasa Kata Raja

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 287 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Selepas perbincangan khas dengan Yang di Pertuan Agong pada Ahad 8 raja Melayu menekankan keperluan semak dan imbang serta peranan Agong dalam menjamin keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa Da...
Mkn Digesa Muktamadkan Sop Dulu Sebelum Umum Elak Rakyat Keliru

Mkn Digesa Muktamadkan Sop Dulu Sebelum Umum Elak Rakyat Keliru

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 210 hits
Pada 23 Oktober 2020oleh PENTADBIRKenyataan Media oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh bertarikh 22 Oktober 2020Majlis Keselamatan Negara digesa memuktamadkan semua Prosuder Operasi Standard sebelum ianya dikeluarkan tanpa orang ramai pe...
Telemovie Sunah Terakhir Lakonan Syed Ali Murtadha Pekin Ibrahim

Telemovie Sunah Terakhir Lakonan Syed Ali Murtadha Pekin Ibrahim

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 1078 hits
nbsp Saksikan telefilem khas maulidur rasuil Sunnah Terakhir pada Khamis 29 Oktober 2020 pukul 9 30 malam di TV2 nbsp nbsp JUDUL SUNNAH TERAKHIRWAKTU SIARAN Khamis 29 Oktober 2020 9 30 malamSIARAN TV TV2 PENGARAH Din GlamourPRODUKSI
Gagal Meyakinkan Agong Muhyiddin Mahu Undur Diri Kata Sumber

Gagal Meyakinkan Agong Muhyiddin Mahu Undur Diri Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 331 hits
MALAYSIA DATELINESetelah gagal meyakinkan Yang di Pertuan Agong untuk meletakkan negara ini di bawah pemerintahan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan untuk letak jawatan Sejurus sahaja YDPA bertitah meno...
Kim Saeron Undur Diri Daripada Dear M Dek Tak Puas Hati Susunan Nama Park Hyesoo Dulu Sebelumnya

Kim Saeron Undur Diri Daripada Dear M Dek Tak Puas Hati Susunan Nama Park Hyesoo Dulu Sebelumnya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 392 hits
Pasti ramai yang tertanya tanya sebab utama Kim Sae ron membuat keputusan mengundur diri daripada drama Dear M walaupun drama itu diadaptasi daripada drama web popular Love Playlist yang diterajuinya sebelum ini Meskipun hanya mengatakan ba...
Selamatkan Kehidupan Rakyat Tumpuan Belanjawan 2021 Kata Pm

Selamatkan Kehidupan Rakyat Tumpuan Belanjawan 2021 Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 308 hits
Belanjawan kali ini adalah kesinambungan terhadap momentum pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini menerusi Penjana dan Prihatin bernilai lebih RM13 bilion PETALING JAYA Putrajaya akan menumpukan 3 tonggak utama dalam pembentangan Belanjawa...
Darurat Saya Gesa Anwar Cermin Diri Zuraida

Darurat Saya Gesa Anwar Cermin Diri Zuraida

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 266 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Zuraida Kamaruddin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim cermin diri sendiri gara gara tindakannya melabelkan kerajaan sebagai tidak sah tidak kompeten dan menyalahguna kuasa kerana ...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Canon Repair


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini