Standing Ovation Buat Seluruh Rakyat Dan Pasukan Bola Sepak Sabah


Sabah tidak mendapat kebenaran laluan khas daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) untuk terbang keluar daripada negeri yang berdepan zon merah pandemik Covid-19. (Foto : FB Johor Southern Tigers) ‘Standing ovation buat seluruh rakyat dan pasukan bola sepak Sabah’- OLEH MOHD FARIQ

HARI ini kita dikejutkan dengan satu perkhabaran sebaik Malaysian Football League (MFL) mengumumkan tiada kelibat pasukan bola sepak Sabah untuk kempen TM Piala Malaysia 2020 yang bakal membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November ini. P enyingkiran’ Sabah tiada kena mengena dengan kegagalan secara merit untuk bertanding di kejohanan paling tertua di Asia Tenggara tersebut.


 
Sebaliknya keputusan berat itu terpaksa dicapai selepas pengendali Liga Malaysia telah mengesahkan Sabah tidak mendapat kebenaran laluan khas daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) untuk terbang keluar daripada negeri yang berdepan zon merah pandemik Covid-19.

Umum mengetahui bahawa Sabah kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilanjutkan oleh Kerajaan Persekutuan sehingga 9 November ini.

Tidak sekadar gagal bermain di TM Piala Malaysia 2020, Sabah juga tidak dapat menamatkan perlawanan terakhir CIMB Liga Super yang sepatutnya berlangsung di Stadium Hang Jebat Melaka pada 31 Oktober ini selepas MFL mengumumkan kemenangan 3-0 diberikan kepada UiTM FC di atas tidak dapat hadir ke venue itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikuli dan mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan pasukan bola sepak Sabah berhak mendapat ‘standing ovation’ di atas pengorbanan besar mereka sehingga terpaksa menarik diri daripada bertanding TM Piala Malaysia 2020 demi kesejahteraan bumi Malaysia.

Kurniawan percaya keputusan yang dibuat oleh MKN ini adalah demi mengutamakan keselamatan semua pihak. (Foto : MFL)

Secara peribadi, penulis cukup rapat dengan pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dan pernah membuat liputan tentang dirinya sejak dari karier pemain.

Mendengar nada suara Kurniawan bagainya reda dan menerima hati yang terbuka di atas keputusan MFL itu tetapi penulis menyedari rasa ralat sosok legenda Indonesia itu masih ada di dalam benak fikirannya.

Ini kerana insiden hitam sebegini bukanlah peristiwa pertama kali berlaku dalam karier beliau dan jelas pengunduran Sabah bermain dari TM Piala Malaysia telah mengimbau kembali kenangan pahit lalu.

Bercakap pengalaman kali pertama, Kurniawan memberitahu darurat pernah berlaku di Indonesia yang memaksa liga negara jiran itu terpaksa dihentikan demi keselamatan.

“Dulu pernah terjadi bencana atau darurat di Indonesia pada tahun 1998. Ketika itu saya bermain di Pelita Jaya tetapi liga terpaksa dihentikan kerana kerusuhan di Indonesia yang berdepan krisis ekonomi negara.

“Kali kedua saya berdepan insiden sebegini ketika saya bermain bersama PSS Sleman tetapi liga terpaksa dihentikan kerana gempa bumi besar berlaku di Yogyakarta pada tahun 2006 di mana Yogyakarta adalah tempat berpangkalan buat kami,” katanya kepada CakapSukan.

Pun begitu di sebalik rasa sedih dengan keputusan MKN di mana semua pemain telah bersedia untuk terbang ke Melaka bagi aksi terakhir liga serta mempersiapkan diri bagi mengharungi TM Piala Malaysia 2020 namun Kurniawan menganggap nasib tidak menyebelahi pasukan mereka.

Beliau percaya keputusan yang dibuat oleh MKN ini adalah demi mengutamakan keselamatan semua pihak susulan penularan wabak COVID-19 yang masih membimbangkan khususnya di Sabah ketika ini.

Sekali lagi, penulis melahirkan rasa kagum kepada pasukan bola sepak dan rakyat Sabah ketika berdepan detik sukar pandemik Covid-19 ini yang jelas memberikan impak kepada seluruh sektor dalam negara.

Bagi penulis, Sabah telah menunjukkan watak seorang juara biarpun mereka tidak dapat bertanding dalam kempen TM Piala Malaysia 2020 dan pengorbanan mereka ini harus dijadikan kenangan dalam lipatan sejarah bola sepak negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.




Di sini penulis ingin mengajak orang ramai supaya mendoakan bukan sahaja Sabah tetapi seluruh negara mendoakan agar kita dapat kembali menikmati kehidupan normal sekali gus menamatkan pandemik Covid-19 demi generasi muda akan datang.

(Nota: Mohd. Fariq merupakan penulis sukan bola sepak lebih daripada 20 tahun)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/10/standing-ovation-buat-seluruh-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Undi Pemilihan Nama Dan Logo Baru Bagi Pasukan Bola Sepak Pahang

Jom Undi Pemilihan Nama Dan Logo Baru Bagi Pasukan Bola Sepak Pahang

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 1462 hits
Pihak pengurusan Bola Sepak Pahang telah membuka undian bagi memilih nama dan logo baru bagi pasukan Pahang untuk digunakan pada musim baru kelak Kita sedia maklum pasukan bola sepak yang ingin bersaing di peringkat liga atasan perlulah di ...
Sudah Hina Rakyat Sabah Tampil Minta Maaf Pula

Sudah Hina Rakyat Sabah Tampil Minta Maaf Pula

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 258 hits
KOTA KINABALU Seorang lelaki tampil meminta maaf kepada rakyat Sabah atas ketelanjurannya mengeluarkan kata kata kesat menghina rakyat Sabah menerusi rakaman video yang tular di media sosial dua hari lalu Permohonan maaf berkenaan dibuat me...
Kerajaan Sabah Mohon Pkpb Seluruh Negeri Dilanjutkan

Kerajaan Sabah Mohon Pkpb Seluruh Negeri Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 438 hits
KOTA KINABALU 23 OKT Kerajaan negeri Sabah telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara agar Perintah Kawalan Bersyarat di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini dilanjutkan Bercakap pada sidang media di sini malam ini Menter...
Kkm Hantar Pasukan Forensik Hkl Ke Sabah Kata Kp Kesihatan

Kkm Hantar Pasukan Forensik Hkl Ke Sabah Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 296 hits
Pasukan forensik Institut Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur berlepas ke Sabah bagi membantu kerja kerja perubatan forensik dan pengurusan kematian akibat jangkitan Covid 19 di negeri itu KUALA LUMPUR Empat pegawai Institut Perubatan ...
7 Perkara Paling Sukar Menonton Perlawanan Bola Sepak Di Tempat Awam

7 Perkara Paling Sukar Menonton Perlawanan Bola Sepak Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 300 hits
Kadang kala menonton perlawanan di kedai mamak atau di padang bukanlah idea terbaik Sebabnya ialah 1 Sedang asyik menonton perlawanan Mesti ada yang riuh rendah buat bising 2 Tonton perlawanan dapat meja yang jauh ke belakang dan skrinnya k...
Orang Politik Berebut Sabah Rakyat Jelata Mendapat Musibah

Orang Politik Berebut Sabah Rakyat Jelata Mendapat Musibah

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 385 hits
IKHTIBAR MALAPETAKA DARI SABAH KETIKA DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI DI SABAHRasa sangat kecewa dan sedih dengan sebilangan gelagat orang politik ketika ada pilihanraya di Sabah seperti Zombi lapar Lepas habis pilihanraya balik penyakit Sepatu...
Bakul Makanan Lambat Sampai Rakyat Sabah Hilang Sabar Dengan Grs

Bakul Makanan Lambat Sampai Rakyat Sabah Hilang Sabar Dengan Grs

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 303 hits
Rakyat Sabah dilihat sudah semakin hilang sabar terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah apabila lewat menghantar bantuan bakul makanan seperti yang dijanjikan sebelum ini Menurut portal IniSabahBah lebih sejuta rakyat Sabah masih belum mene...
Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 265 hits
Lim Kit Siang mengulas titah Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 25 Okt Lim Kit Siang menggesa kesemua ahli parlimen bersatu dalam usa...
Tm Piala Malaysia 2020 Diteruskan Tanpa Pasukan Sabah

Tm Piala Malaysia 2020 Diteruskan Tanpa Pasukan Sabah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 487 hits
Sabah tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia selepas tidak mendapat pelepasan keluar dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilanjutkan sehingga 9 November 2020 TM PIALA MALAYSIA 2020 DITERUSKAN TANPA PENYERTAAN SABAH ...
Best Dinner Recipe Using Ground Turkey

Jangan Tiru Flexing Qarun Dampak Pamer Harta Di Media Sosial

Mahkamah Perintah Kda Fc Bayar Lebih Rm300 Ribu Kepada Sony Norde

Tiktok Top Guns Called To Bukit Aman On Sept 4 Meta Next Fahmi

Putrajaya Urged To Abolish Mp S Fixed Allowances To Avoid Similar Fall Out To Indonesia

Asyraf Wajdi Dedah Rekod Lampau Punca Kebanyakan Kes Buli Di Mrsm

Polis Siasat Skuter Elektrik Diguna Di Jalan Raya

Polis Tahan Lelaki Lepas Tembakan Di Kuil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Podcast Zoom Kejadian Buli Semakin Hari Semakin Parah Ppim 03 09 2025

The Bmw Vision Ce Electric Concept Is A Two Wheeled Dune Buggy

Cara Nak Guna Mysara 100

Teman Encik Suami Main Badminton

Cara Buat Kuih Kalakatar Yang Mudah Tetap Sedap Wangi

Pasaran Terhenti Di Garis Permulaan