Laksa Sarawak Di Dayang Sarawak Corner Cafe Putrajaya
Hari Khamis lepas saya ke Putrajaya, macam biasa...jadi peneman suami buat urusan kerjanya. Sambil tu dapatlah balik ke rumah kami di Negeri Sembilan selama beberapa hari. Bulan ni saja dah dua kali balik Negeri Sembilan. Setakat ni paling lama tak jenguk rumah ada la dalam sebulan setengah.
Berbalik kepada tajuk entri ni, untuk makan tengah hari kami mencuba Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner Cafe yang terletak di Presint 15, Putrajaya.
Laksa Sarawak menggunakan bihun, di atasnya ada hirisan telur dadar, isi ayam yang dicarik, daun ketumbar, taugeh dan udang. Kuahnya saya tak reti nak terangkan macam mana rasanya. Saiz hidangannya tak besar, saya boleh habiskan tanpa rasa terlampau kenyang. Kalau nak saiz hidangan lebih besar, boleh minta yang special
Menu makanan yang terdapat di Dayang Sarawak Corner Cafe. Macam mana la rasa Nasi Goreng Dabai tu ya.
Ini merupakan kali pertama saya makan Laksa Sarawak di kedai makan di Semenanjung. Dulu pernah juga makan di kedai sewaktu berkunjung ke Miri, Sarawak
Kalau di rumah memang dah agak biasa, sebab saya gunakan pes Laksa Sarawak Haji Manan yang diberikan oleh adik yang menetap di Sarawak. Kebetulan adik-beradik lain semua tak minat, Laksa Sarawak tak kena di tekak mereka. Jadinya memang untuk saya sajalah adik bawakan pes dari sana. Saya pulak dah memandai ubah resepi, saya gunakan pasta angel hair sebagai ganti bihun. Rasa lebih sedap di tekak kami suami isteri. Pes Laksa Sarawak Haji Manan mempunyai lebih rasa rempah berbanding Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner Cafe. Kelebihan masak sendiri di rumah, bolehlah letak banyak hirisan telur dadar dan isi ayam yang dicarik. Lebih puas makan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/09/laksa-sarawak-di-dayang-sarawak-corner.html