Mengopi Di Cafe 1988 Muar
Assalamualaikum...

TERLANJUR berada di Muar, tempohari.. Sk tidak melepaskan peluang untuk singgah mengopi di Cafe 1988. Cafe comel yang terletak di Taman Maharani ini menawarkan pelbagai hidangan kopi dan dessert serta juga main course dalam suasana yang vintage dengan berdindingkan batu blok putih dan berbumbung lut sinar di bahagian tepi cafe mengizinkan sinaran matahari menerjah masuk terus ke dalam cafe.

Walaupun gemar deko klasik, namun secara jujurnya, hanya nostalgia yang terasa manis namun untuk kembali ke zaman 80-an, tidak kurela sama sekali.. hahaha. Ianya cuma indah untuk dikenang, walaupun lebih banyak pahit dari manisnya bergelumang dengan kesusahan hidup di zaman yang serba serbi memerlukan wang. Ibaratnya, ada wang abang sayang, tiada wang abang melayang
Kembali ke kisah cafe, walaupun kelihatannya klasik namun ia menerapkan ciri-ciri moden dengan alatan yang canggih bagi menghasilkan kopi yang menpati citarasa pelanggan

Nampak tak cahaya yang menerobosi dan memantul di dinding putih ni. Cantik, kan.. padahal dulu-dulu, dinding tidak berplaster ini biasanya hanya di kebanyakan tanah tol atau setinggarden. Seperti rumah tak siap kerana tidak cukup wang hendak menempel simen

Kombinasi basikal dan bangku yang sungguh awsome. Kalau saiz Sk comel, nak saja tumpang berkayuh sampai ke muara Sungai Muar, hahaha

Antara menu yang ditawarkan di Cafe 1988
Mengopi di warung hanya satu ringgit lima puluh sen, ia betul.. tapi feelingnya tak sama. Sekali sekala bolehlah layan perasaan katanya, hahah

Caramelo Machiato pesanan Iman dan Lemonade untuk Pak Inche
Iman kata, kena minum macam orang kaya, siiiiiikiiiiiitttt... siiiiikiiiiiiitttt

Terus Pak Inche tunjuk cara orang kaya tersengih... Okey, tipu.. sebenarnya, di pinggir gelas lemonade ada garam, cuba bayangkan rasanya bila makan asam dengan garam... haaa.. gitu kok.. mashammmmmm

Akhir-akhir ini, Sk teringin nak jadi barista
Mengocok susu dan kopi, menghasilkan rosetta

Rosetta untuk Sk
Pilihan Sk, Toffeenut Latte.. minum siiiiiikiiiiitttt... siiiiiikiiiiiiittttt

Chocolate Molten Cake dihidang bersama ais krim vanilla
Latte dah mula berbuih, haha

Puas memotret, tak sudah-sudah

Gandingkan dengan Souffle pula.. pun hambar.. hahaha

Anak bapak memahat kenangan depan kafe
Cafe 1988146, Jalan Dato Haji Hassan, Taman Sri Maharani, 84000 Muar, JohorTelefon 06 9533579
Isnin hingga Jumaat 12 tengahari hingga 11.30 malam Sabtu & Ahad 9 pagi hingga 11.30 malam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/mengopi-di-cafe-1988-muar.html