Makan Di Pelam Tree Cafe


 Assalamualaikum...
MATI kutu betul nak cari tempat makan malam pada malam cuti sempena hari hol negeri Johor. Disebabkan hari itu merupakan hari cuti, jadi Sk dah cakap awal-awal Sk tak akan memasak pada hari tersebut. Siapa yang nak beli makan tu, kena ikutlah pada nasib  masing-masing, hahaha. Jadi, pagi tu, Sk keluar beli sarapan nasi lemak dan kuih-muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Tengahari pulak, Pak Inche ajak pergi beli nasi bungkus kat Taman U, tapi tersinggahlah dekat Econsave Teratai yang baru dibuka. Dekat Taman Teratai ni ada satu restoran nasi campur, jadi balik dari Econsave terus tapau nasi campur. Untuk siang dah selesai, malam pulak nak cari tempat yang simple jer, tu yang saja nak tengok apa yang ada di Pelam Tree Cafe yang sedang viral di JB sekarang

 Bertepatan dengan namanya, Pelam Tree, sebatang pokok pelam menembusi atap restoran terbuka ini. Tentu-tentulah pokok yang tumbuh dulu, kan.. sebab restoran ni baru dibuka dalam bulan lepas. Berlantaikan batu kerikil dan menyediakan kerusi meja batu warna putih, latarnya seolah-olah anda berada di kawasan perkuburan tambahan lagi wujudnya sebuah rumah agam lama bersebelahan tempat makan ini. Nasib baiklah orang ramai malam tu, kalau tidak, mahu meremang jugak bulu romaku

 Kebetulan, malam itu ada kenduri doa selamat sempena sebulan Pelam Tree Cafe dibuka. Jadi, kehadiran ramai yang berjubah dan berkopiah putih menambahkan lagi unsur mistik di halaman restoran Pelam Cafe. Itu cuma perasaan Sk sajalah ya, inilah akibat banyak sangat tengok dan baca cerita seram, hahaha


Seram tak seram la.. nama minuman berwarna merah tu ialah Blood Soda. Masa baca menu,Sk tanya staf dia, Blood Soda tu sirap ke? Dia kata bukan, itu 'Blod'. Sk sebut 'blad' dia kata, bukan 'blad' tapi 'blod'. Hurmm.. apa-apalah.. dah kedai dia, kita bagi dia menang lah.. Bila dah sampai, Sk sedut, memang siraplah, haha.. cuma tambah soda dan biji selasih, sabar ajelah. Yang sebelah tu, Boboi Soda, campuran herbs dan soda serta asam boi


Iman nak makan sesuatu yang fusion seperti Salted Egg. Kebetulan memang ada Spaghetti Salted Egg. Rencahnya, cendawan dan chicken loaf, sos salted egg tu sedap, spaghetti pun perfect, memang perfecto la menu ni, cuma presentation dia tak mantap, macam bagi makan anak umur 5 tahun, huhu


BP Steak untuk Pak Inche. Dua keping daging steak yang tebal, dipanggang baik punya, hidangan sampingannya salad dan thousand island yang diperosokkan dalam pasu cenonet tu. Ada kentang goreng bawah daging dan limpahan sos black pepper tu membuatkan kentang yang sepatutnya rangup menjadi lembik. Hidangan ni tak mengecewakan jika kentangnya di letak di sebelah tepi tanpa kena sos tu


Disebabkan Mee Siam hanya ada di sebelah petang, lalu Sk yang kebuntuan bertanya, apa yang istimewa di PTC dan staf mencadangkan Krabi Burger. Ok, dapat tangkap tak, macam Nasi Goreng Pattaya (Thailand) dibungkus telur dadar, kan.. kira dia guna konsep yang sama la.. cuma yang ni dia buat macam selimut aje, hehe. Burger menggunakan daging ayam sebenar yang digoreng. Ada kentang dalam pasu kecik tu. Makan separuh, separuh lagi bungkus, sebab besar betul daging ayam tu


Patutnya appetizer sampai dulu, tapi la ni memang makan cafe mana-mana appetizer sampai paling lambat, haha. Ini ialah Nachos Ala Malay. Idea menggunakan kulit popia tu memang sempoi tapi Sk rasa lebih baik jika kulit popia tu dipotong empat atau enam, atau bersegi saiz mulut macam nachos chips tu jugaklah. Oh, ya.. sos daging tu sedap, Iman kata, mesti spaghetti bolog dia pun sedap


Menu yang membuatkan kami tiga beranak gelak terbahak-bahak
Kungkang rice, nasi cik kiah, nasi pok min, kak putih, mak pon, mak long semua ada. Cik Lang jer tak ada, Nasi Ayam Terbongkang tu boleh tukar nama Nasi Ayam Cik Lang, kah kah kah

Lain kali nak datang ngeteh pulak laaa
Pelam Tree Cafe36, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, JohorTelefon 0127001316
Buka setiap hari kecuali Jumaat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/makan-di-pelam-tree-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Makan Makan Di Cafe Baru Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan

Jom Makan Makan Di Cafe Baru Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 1489 hits
Jom makan makan di Cafe baru Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan satu lagi Cafe yang boleh dikunjungi sekiranya korang berada di Bandar Tanah Merah Kelantan Cafe yang saya maksudkan adalah Nasken Cof...
8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai

8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 631 hits
8 Resepi Nasi Goreng Sedap Macam Makan Kat Kedai Nasi goreng merupakan salah satu menu yang sering di order tatkala singgah makan di mana mana kedai makan atau restoran Apa yang lebih menariknya lagi menu nasi goreng ni ada banyak hinggakan...
Baca Zikir Ya Rahim Ya Latif Untuk Anak Susah Makan Insya Allah Hasilnya Baik

Baca Zikir Ya Rahim Ya Latif Untuk Anak Susah Makan Insya Allah Hasilnya Baik

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 497 hits
Doa untuk anak anak sukakan makanan sihat perlu jadi yang utama kerana yang mampu ubah hati dan fikiran kita hanya Allah saja Jadi janganlah ketepikan Allah dan jadikan Allah yang TERAKHIR Tip yang dikongsikan oleh Puan ini sangat membantu ...
Bahaya Makan Sosej Untuk Anak Anak

Bahaya Makan Sosej Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 409 hits
BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK ANAK Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak anak Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa gesa menyiapkan anak ke sek...
7 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Di Pekan

7 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Di Pekan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 612 hits
7 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Di Pekan Sejak anak yang nombor 3 belajar di UMP Pekan ni memang acap kali kami ke sini dan paling lama kami menginap di Pekan selama 3 Hari 2 Malam bagi menemani Kak Yang yang menduduki peperiksaan dan ...
Mengapa Mengantuk Selepas Makan

Mengapa Mengantuk Selepas Makan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 431 hits
MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN Hormon melatonin adalah hormon yang menyebabkan kita berasa mengantuk dan hormon serotonin menyebabkan kita berasa tenang Kedua dua hormon ini penting untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur Ada beberapa m...
Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi Content Video Tuannya

Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi Content Video Tuannya

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 395 hits
Pada zaman sekarang orang sanggup buat apa sahaja demi meraih populariti dan jumlah tontonan video yang banyak Jadi tidak mengejutkan apabila ramai orang bodoh yang menjadi popular dalam sekelip mata Baru baru ini tular video seekor anjing ...
Makan Di Warung Santan Dan Sambal Macam Makan Di Rumah Ibu

Makan Di Warung Santan Dan Sambal Macam Makan Di Rumah Ibu

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 699 hits
Assalamualaikum HAMPIR terkehel kepala sejak Sk perasan sebuah restoran baru dibuka di sebelah Bakery Shop yang terletak di Taman Pulai Perdana 2 Apa tak terkehelnya sebab sambil memandu sambil nak baca apa yang tertulis di papan tanda keda...
Roy Suryo Sentil Akun Kaesang Dan Menteri Cuit Hiu Makan Tomat Sangat Tidak Etis Di Tengah Pandemi

Roy Suryo Sentil Akun Kaesang Dan Menteri Cuit Hiu Makan Tomat Sangat Tidak Etis Di Tengah Pandemi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 386 hits
Pakar Telematika Roy Suryo mengomentari akun resmi Twitter Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat dan putra bungsu Presiden Joko Widodo Kaesang Pangarep yang mengunggah foto lucu atau meme ikan hiu makan tomat Roy mempermasalahkan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah